Ten Years Restaurant : Famous Street Food di Malaysia

1

Hi

Ini kali kedua Iday datang ke Ten Years Restaurant yang terletak di Sri Petaling. Kalau nak makanan yang famous di setiap negeri di Malaysia ni, memang patut cuba makan di TenYears di Sri Petaling.


Baru-baru ni Iday datang untuk menikmati set Ramadhan Combo di sana iaitu kombinasi 4 juadah berbuka dengan harga yang berpatutan. 

1. Kak Tum Nasi Kuning
2. Kak Pah Nasi Dagang
3. Kak Yati Nasi Lemak
4. Kelantan Nasi Kerabu


Bagi Iday, set Ramadhan Combo ni sangat menarik kerana ia sesuai untuk 4 pax dengan harga RM60 dan banyak pilihan makanan. Iday ada senaraikan apa yang Iday dapat :

- Nasi Kuning
- Nasi Lemak
- Nasi Dagang
- Nasi Kerabu
- Chicken + Percik Sauce
- Fried Chicken
- Fish Curry
- Chicken Satay
- Rice Cake
- Red Onion
- Cucumber
- Ketupat Palas
- Serunding Ikan
- Peanut
- Anchovies
- Acar
- Okra
- Thai Basil
- Long Bean
- Salted Egg
- Sambal Nasi Lemak
- Kerisik
- Dates





Best kan?

Iday share pula apa set makanan yang ada di Ten Years Restaurant ni and semua ini adalah antara hidangan favourite Iday disini. Sebab Iday dah datang sini lebih dari sekali. Hehehe

Nasi Kerabu


Harga untuk satu set Nasi Kerabu ini adalah RM21.90. Resepi originally dari Kelantan. Apa yang Iday suka sebab portion besar and banyak side dish dalam hidangan ni. Ada kerepok dan ayam percik dan berbaloi dengan harga ditawarkan.



Abu Pasembur Indian Rojak


Iday suka Rojak! Ini adalah rojak pasembur dari resepi stall famous dekat Kepong Baru iaitu Stall Abu Pasembur. Hehe Iday pernah makan dekat Penang and tak berapa suka sebab portion kecil. Tapi yang dekat Ten Years Restaurant, portion besar and macam-macam ada. Kuah pon pekat dan sedap! hehehe

Harga hidangan ini adalah RM12.90


Nancy Nyonya Laksa


Nancy Nyona Laksa sangat popular dekat Melaka, tapi jangan risau sebab korang boleh nikmati hidangan ini dengan harga RM16.90.

Kuah pekat dan kaya dengan rasa kari. Memang Sedap :)


Tiger Char Kuey Teow


Mana nak dapat Char Kuey Teow paling sedap kalau bukan dekat Penang kan? Hehehe Iday ingat lagi Iday pernah ke Penang tahun lepas and sampai sekarang Iday ingat lagi rasa Char Kuey Teow dekat sana. Sedap! Tapi sekarang Iday dah boleh makan dekat Ten Years Restaurant. 

Hari tu Islam yang order and Iday ada cuit2 sikit and akhirnya Iday yang habiskan. Hahaha :p


Oh, Iday nak share minuman favourite Iday dekat sini iaitu Lemongrass Sour! Sejak Iday minum teatox, Iday memang suka sangat rasa lemongrass. Hehehe


Korang boleh datang lepak sini bersama rakan-rakan atau family. Iday ada share info dibawah untuk korang check :)





03-9054 9688 / 010-966 8862

website : 
www.tenyears.com.my

instagram :
https://www.instagram.com/tenyearsmy/

facebook :
https://www.facebook.com/tenyears.my





Reference Links:

https://www.foodink.com.my/listing/ten-years- restaurant-sri- petaling/
https://www.foodink.com.my/ten-years- sri-petaling/
https://www.foodink.com.my/ten-years- opening-evolve- concept-mall/







Tags

Post a Comment

1Comments
  1. sedapppnyaaaa nampak. n gambar gambar tu pun semua nampak menarik:)

    ReplyDelete
Post a Comment