Enter your keyword

7 Tips Untuk Suami Pikat Hati Isteri

Hi




Tiba-tiba nak bagi tips macam ni, bagi hint dekat suami sendiri ke? Hahaha takdelah, tadi Iday ada tengok Oh Bulan buat artikel tentang tips memikat hati suami, asyik pikat hati suami je, pikat hati Isteri la pulak. Hehehe So, terjadi la post ini. :p

Kalau nak baca artikel Oh Bulan tentang tips memikat hati suami, boleh klik link bawah :



Tips 1 : Kejut Isteri bangun pagi & bisik kata-kata cinta

Lelaki jangan nak geli-geli ye, ala kalau buat pon bukan orang nampak. Isteri sendiri je pon. Kalau Isteri macam pelik blur-blur, takpe. Dia suka sebenarnya. Hehehe Paling senang pon, kejut and cakap "sayang, bangun. Saya sayang awak sayang" awwwwwww, bikin cair je taw. Hehehehe





Tips 2 : Selalu ucapkan ayat Terima Kasih

Dari awal-awal kahwin sampai sekarang, Islam memang selalu cakap "Terima Kasih Sayang" bila Iday buat something untuk dia. Lepas masak and hidang, dia akan cakap " Terima Kasih Sayang sebab Masak" 

Rasa dihargai sangat. Sebenarnya, ada isteri tak kisah pon sebab apa dia buat memang ikhlas untuk suami dia. Tapi bila suami hargai and cakap Terima Kasih, lagi semangat isteri nak buat apa-apa untuk suami. 

Ingat! Ringankan mulut cakap "Terima Kasih" okay! :)


Tips 3 : Tolong Isteri Buat Kerja Rumah - Simple2 pon okay


Bukan semua kerja okay, kan ada lelaki yang datang kecam aku. Hahaha Yang simple-simple macam sidaikan baju, tolong basuh pinggan sendiri and wife bila lepas makan. 

Islam selalu tolong basuhkan pinggan sendiri and pinggan Iday everytime kitorang habis makan. Dia buat tu sebagai penghargaan la sebab Iday masakkan untuk dia. Give and take gituu. Banyak la kerja rumah yang kita sama-sama share buat.  Hehehe


Tips 4 : Offer Pertolongan

Apa kata, kadang-kadang tu offer pertolongan pada Isteri. Contohnya nampak Isteri tengah duduk berehat lepas buat kerja, then offer untuk urut bahu atau boleh offer air minuman. Ataupon, kadang-kadang bila tengok tv, saja-saja tanya dia "Sayang, awak nak tengok cerita apa? " 

Isteri mesti rasa dihargai, alahai baiknya suami aku ni. Hehehe


Tips 5 : Cium tangan/dahi Isteri setiap kali keluar and balik dari Kerja

Kalau jenis Suami Isteri yang kerja 9 pagi - 6 petang, mesti jarang ada masa sama-sama. So, bila nak keluar kerja, cium la dahi isteri atau cium tangan isteri. Macam Iday, Iday tiap kali pergi kerja and balik kerja mesti salam and cium tangan Islam. And Islam pon buat benda sama. 

Memang rasa disayangi. Hehehe

Tips 6 : Kadang-kadang Buat Keputusan untuk Barang Dapur

Ini basic je sebenarnya, rasanya semua suami akan temankan isteri beli barang dapur. Bukan barang dapur tapi shopping sekali. Hehe So, masa beli barang dapur tu, cadangkan la si Isteri apa yang nak dibeli. Iday selalu akan tanya Islam, apa yang dia nak makan, nak beli ape, sayur apa yang dia nak makan. Awal-awal dulu, Islam selalu jawab "Ikut suka awak, saya makan semua awak masak" . 

Iday apa lagi, asyik beli shitake. Sebab Iday tahu yang dia suka sangat makan shitake. Last-last dia dah muak. HAHAHA Then lepas-lepas tu, dia sendiri cakap apa nak makan. Sebenarnya memudahkan Iday, takyah pening-pening dah. Hehehe


Tips 7 : Duit saku

Walaupun Isteri berkerja, tak salahnya hulurkan duit belanja hari-hari/mingguan untuk Isteri. Terpulang pada Isteri untuk terima atau tak. Macam Iday, Islam selalu bagi duit belanja, kadang-kadang dia siap selit dalam wallet. Tapi selalunya Iday tak guna, Iday akan simpan. 

Then, kalau kitorang makan malam dekat kedai, Iday akan tolong bayarkan guna duit yang Islam bagi tadi. Hehehe Or kadang-kadang, Iday just letak dalam tabung duit dapur rumah. Hehehe 




Okay la, itu je la kot tips2 yang dapat Iday kongsikan. Kiranya ni tips dari seorang Isteri kepada suami-suami di luar sana. Hehehe 

Ada tips lain? Boleh kongsikan diruangan komen ye. :)

1 comment:

  1. rasenye tips pikat ni, apa yang pasangan mahu dari pasangannya sendiri lakukan.

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

My Blog List