Enter your keyword



Check My New Video On Youtube!



You can follow me here :



You can follow me here :



You can follow me here :



You can follow me here :



You can follow me here :



You can follow me here :



You can follow me here :



You can follow me here :


Lara Oh Lara Episode 1

Friday, August 19, 2016
Sekarang ni, bukan selebriti je yang famous, anak-anak diorang pon famous. Buktinya, Lara Alana anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya dah ada rancangan realiti sendiri iaitu Lara Oh Lara. 




Sebelum ni asyik tengok kat Instagram kan? Jom tengok telatah Lara di rancangan realiti Lara Oh Lara. Comel sebab tengok Lara bangun tidur, kejutkan Awal & Scha. Morning Person kata Scha. Hehehehe

Enjoy the video :



comel sangat Lara ni :)


You can follow me here :


Siaran Langsung Final Indonesia lwn Malaysia dan Keputusan | Olimpik Rio 2016

Wednesday, August 17, 2016
#MalaysiaBoleh



Wah, excited kemain ni. Sekarang Iday tengah tunggu Siaran Lansung Final Double Mix antara Indonesia dan Malaysia. Kalau nak tahu, ini adalah pertama kali pasukan beregu campuran ke final Olimpik. 

Game akan bermula pada pukul 11.30. Tak sabar nak saksikan siaran langsung perlawanan peringkat akhir acara badminton beregu campuran diantara Liliyana Natsir/Tontowi Ahmad dari Indonesia menentang beregu campuran Malaysia, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying ni. Harap bersabar menunggu ye! Hehehe

Check Youtube Live dibawah untuk Siaran Langsung Final Indonesia lwn Malaysia dan Keputusan.

update:


11.12 malam : perlawanan masih belum mula, dijangka pada 11.30 malam


Tonton video final dibawah, pelawanan bermula pada 1:38:49 :)



Keputusan : Pasangan Malaysia Tewas dan Menang Pingat Perak dengan keputusan 14-21, 12-21. Walaubagaimana pon Tahniah! Kali pertama ke final kan :)






You can follow me here :


Pengalaman Seminggu Sebagai Pokemon Trainer - Hari Pertama Dapat Dragonite

Tuesday, August 16, 2016
Siapa yang masih gigih main Pokemon Go? Hehehe Iday still lagi main, sekarang main sebab nak target menang iPhone 6s dariUMobile je. Macam mana? Check artikel bawah ni : 

http://bit.ly/PokemonGoUmobile

So, macam mana seminggu lebih sebagai Pokemon Trainer? Iday nak share sikit pengalaman menjadi pokemon trainer selama seminggu or lebih. Hehehe

Dragonite



Iday memang zero knowledge tentang Pokemon. Iday memang ada tengok kartun ni masa budak-budak dulu, tapi ingat-ingat lupa. Then, Iday langsung tak ingat nama pokemon semua tu, tak taw yang mana Pokemon paling best ke ape ke. Zero. Hahaha

So, masa first day main, Iday tak pergi mana-mana. Stay dekat rumah je dengan Islam and Cah. Cah datang buat brownies dekat rumah. Bila buka Pokemon Go punya game, ada la nampak ada beberapa ekor Pokemon muncul. Iday pon pilih la salah seekor untuk tangkap. 

Oh, Dragonite. 

Sebelum tangkap, Iday sempat la screenshot, main-main dengan Cah. Haha


Dia punya round warna merah, Iday ada baca gak, kalau warna merah ni macam susah nak tangkap. Banyak Poke Balls yang Iday guna time tu. Tapi nasib baik dapat. Then Iday screenshot and share dekat group Pokemon Go Malaysia.




Tengok ramai yang respon cakap, rare lah, then tanya mana dapat. Hahahaha

Rupanya Dragonite ni antara pokemon yang paling orang nak tangkap and antara top Pokemon. Hehehe :p



Kes Langgar

Eh, accident ke? Hehehe

Okay, cerita dia macam ni. Malam tu Iday datang rumah cah sebab esoknya mak dari kampung nak datang. So, sebelum tidur, Iday ke balkoni rumah cah. Masa tu cah baru sidai baju dekat ampaian. 

Punya la gigih tangkap pokemon, then terlanggar ampaian dia. Semua baju dia jatuh kecuali tuala. Tuala je sempat Iday selamatkan. Hahahaha 




Tak pasal-pasal kena bebel and kena basuh balik baju dia. Hahaha Kes Langgar Pertama bagi Iday setelah bergelar Pokemon Trainer. Nasib baik bukan langgar lari, tapo kena denda basuh balik baju-baju Cah Hehehe




Gaduh dengan Islam & Uninstall Pokemon Go


Islam tak main sangat Pokemon Go, dia lagi suka main game lain. Tak silap Iday, dia ada download Game Boy, so dia banyak main game-game camtu. 

Masa balik dari hospital, dalam kereta kan, Iday pegang la kad parking tu. Sambil-sambil Iday buka game Pokemon Go. Then tak perasan dah sampai palang parking yang kena cucuk kad tu. Tetiba kena marah Islam. 

Islam : eh baby, dah-dah la dengan Pokemon Go tu.

Iday : (touching) yela, saya uninstall sekarang. 




Terus uninstall and senyap (merajuk). Lepas tu Islam pujuk, siap bagi phone dia suruh main Pokemon Go. Hahaha


Install Balik Pokemon Go 

Eh, macam mana boleh install balik? Hehe sebab Iday join contest dari UMobile, nak menang iPhone 6s. Hahaha gigih ni. Padahal nipis amat peluang menang sebab, ramai yang lagi creatif dari Iday. Nak taw contest apa? Check link bawah ni :

http://bit.ly/PokemonGoUmobile



Menang hadiah Daily Winner dari UMobile

Sebenarnya Iday dah menang hadiah RM100 credit dari UMobile. Yeay! lagi semangat ni nak join contest ni. Contest ni berakhir 23 August 2016. Siapa yang memang UMobile user, cepat-cepat main Pokemon Go and join contest okay. Hehehehe



Iday rasa tu je kot pengalaman sepanjang main Pokemon Go selama seminggu. Jumaat lepas, ada jugak Iday ke KLCC. Ramai sangat Pokemon Trainer kat sana, tempat lubuk Pokemon and banyak Poke Stop kan. Heheheh

Nasihat Iday buat pemain-pemain Pokemon Go, main dengan berhemah and jangan menyusahkan diri sendiri dan orang lain ye. Hehehe :p

So, apa pengalaman korang sepanjang jadi Pokemon Go ni?





You can follow me here :


Hotel Review : Austin Height Golf & Hotel Resort, Johor Bharu

Monday, August 15, 2016
Hi

Hari ini Iday nak story sikit pengalaman Iday ketika menetap di Austin Height Golf & Hotel Resort di Johor baru-baru ini. Sebenarnya Iday ke Johor untuk program DesaStay anjuran Tourism Johor dan diberi peluang untuk menetap di hotel tersebut. 

Korang boleh baca story tentang program DesaStay sini : 





Cantik sangat kan bilik? Oh Iday tak tidur di bilik dalam gambar atas. Itu adalah salah satu bilik dalam President Suite. President Suite ada 3 bilik dan ruang tamu yang besar. Cukup untuk 1 family besar yang ingin datang bercuti di Johor. 

Sampai je hotel, pakat bergambar la reramai. Hehehe




Okay la, Iday sebenarnya nak cerita tentang bilik Iday. Iday dapat 1 bilik dengan seorang lelaki. Hehehehe

Islam la, siapa lagi. Ini kali pertama kitorang join trip bersama and thanks to Kak Zana dari Rush Media kerana tempatkan kami dalam 1 bilik. And rakan blogger lain pon dapat 1 bilik untuk 2 orang. 

Paling best, semua reaksi sama :

"Eh, ni bilik kita ke?"

"Kenapa besar sangat?"

Tengok gambar-gambar bawah ni, Ini adalah Premium Family Suite  and ada 2 katil King Size. Hahaha Kitorang tak sentuh langsung katil yang 1 lagi tu. Suami isteri kan, mana boleh tak tidur sebantal and seselimut :p



Ruang bilik yang sangat besar. Premium Family Suite ini sebenarnya untuk 4 orang tetamu. Bilik ni takde balkoni tapi ada tingkap besar yang memang boleh nampak view padang golf.  


 Review Iday :

Ruang bilik yang luas dan selesa. Aircond juga berfungsi dengan baik. Cuma suis lampu agak confuse, sebab terletak antara katil and Iday tertekan suis on/off Master. Habis black out satu bilik. HAHA

Tingkap bilik Iday tidak boleh dibuka, itu yang Iday kurang suka sebab kadang-kadang Iday suka bau udara luar. Tapi, kalau malam, lepas tutup lampu semua, view sangat cantik. 

Toilet berfungsi dengan baik dan bersih. 

Overall memang sangat berpusa hati :)

Paling best, berhampiran dengan kemudahan hotel yang lain iaitu ruang makan, bilik games, bowling, bilik movies dan macam-macam lagi. 





Ada ruang santai di sudut bilik besar ini dan juga cermin besar. Kalau nak OOTD or MOTD semua tu, elok sangat la. Perempuan memang suka. HAHA


Bilik ini dilengkapi dengan peti ais, set tv plasma dan cerek elektrik. 






Bilik air pula dilengkap dengan tab mandi, 2 sinki dan tandas. Memang besar dan selesa. Sebelum masuk bilik air akan ada built-in wardrobe disebalik cermin besar.






Ini adalah senarai rate untuk bilik-bilik yang ada disini :



Lepas je rehat dan bersihkan diri, kami ke ruang makan untuk makan malam dan karaoke. Masing-masing kemain tunjukkan bakat masing-masing. Hehehe




Iday macam biasalah, akan jadi backup singer :p


Momi pon nyanyi taw, paling best masa dia nyanyi lagu Setia by Alizabeth Tan feat Faizal Tahir. Hehehehe 




Yes, clare pon backup singer. Hahaha 



Iskandar tengah pilih lagu nampak gayanya. Hehehe


Iday lupa pulak dia nyanyi lagu apa malam tu. Hahaha



Kitorang karaoke sampai pukul 10 malam. Pada asalnya plan ke Bazar Karat di Johor, tetapi tukar plan sebab masing-masing dah penat. Then kitorang semua pergi tengok movie di bilik teater di Austin Height Golf and Hotel Resort. 

Kalau korang stay sini bersama family, boleh plan movie night dengan anak-anak. Hehehe


credit gambar : Rafzan Tomomi


Keesokan hari nya kami diberitahu akan dibawa ke golf field tour! And naik golf cart! Seronok sangat, sebab Iday memang nak naik since sekolah menengah. 

Sekolah Iday dekat Terengganu memang betul-betul sebelah padang golf and selalu nampak golf cart. Hehehe Tapi Iday tak pandai drive, nasib baik Islam ada. Clare pon join sekali kitorang punya golf cart. Hehehe

  


Banyak info yang Iday tahu sepanjang Golf Course Tour ni, keluasan padang golf disini adalah 6165 meter dengan par 72 mula dibuka pada tahun 1995. Lokasinya yang terletak 15 kilometer dari Johor Bahru menjadikan tempat ini tumpuan pemain golf yang ada. 




Selain itu, harga pakej golf yang ditawarkan sangat berpatutan bersama dengan kemudahan tambahan iaitu kolam renang, jacuzzi, sauna, tennis court, 8 lane bowling dan macam-macam lagi. Cukup lengkap untuk percutian family disini.  







Sempat cik Abang kita ni selfie wefie. Hehehe :) 




Kalau nak tahu, ada pakej penginapan Austin Height Golf and Hotel Resort bersama tiket Theme Park. Eh theme park mana? Yang tu Iday akan share nanti di next entry. Hehehe

Bagi Iday memang tak rugi kalau korang menginap disini. Untuk harga RM200-RM5oo, korang akan dapat penginapan hotel yang besar, bersama dengan kemudahan-kemudahan yang ada untuk seisi keluarga iaitu :

+ Swimming Pole
+ Jacuzzi, Sauna dan Spa



+ 8 Lane Bowling
+ Bilik Teater untuk menonton movie
+ Karaoke 
+ Games Room
+ Water Park
+ Golf course
+ Theme Park - Jump Street, Ice Skating, Adventure, Drift

Semua ni korang dapat jika menginap di Austin Height Golf and Hotel Resort, boleh check website diorang atau Agoda. 

Ini pakej yang available (thanks for emily for the picture) :




Package A : RM220 per pax termasuk GST 
1 Night Stay
2 Pax Breakfast
Swimming Pool, Jacuzzi and Sauna
18 Holes Weekday Golf Game
2 Lunch Set Meal


Package B : RM300 per pax termasuk GST 
1 Night Stay
2 Pax Breakfast
Swimming Pool, Jacuzzi and Sauna
18 Holes Weekday Golf Game (2 pax)
2 Lunch Set Meal

Package C : RM220 per pax termasuk GST 
1 Night Stay
2 Pax Breakfast
Swimming Pool, Jacuzzi and Sauna
2 Tiket ke Jump Street, Adventure Park dan Water Park
1 hour Bowling Game
Transportation ke Theme Park

Package C : RM200 per pax termasuk GST 
1 Night Stay
2 Pax Breakfast
Swimming Pool, Jacuzzi and Sauna
2 Tiket ke Jump Street dan Water Park
1 hour Bowling Game
Transportation ke Theme Park

Iday ada sertakan info untuk korang dibawah :)



Austin Heights Golf & Hotel Resort
Lot Ptd 58061, Jalan Mutiara Emas 8, 
Taman Mount Austin, 81100 
Johor Bahru, Malaysia. 
Tel: +607- 352 4300 
Fax: +607- 353 8500 
Email: reservation@austingolfresort.com



Okay, nak bagi teaser sikit theme park :


Best kan~! Hehehe :)




You can follow me here :


Main Pokemon Go dan Menang iPhone 6s + RM100 kredit dari UMobile!

Sunday, August 14, 2016

Guysss! Nak iPhone 6s? Kalau korang ada ciri-ciri dibawah, memang layak untuk join contest ni :

1. UMobile User : CHECKED! Iday UMobile user sejak azali lagi! Hahaha

2. Ada akaun Instagram : CHECKED! Dari akaun bisnes (@idayjualteatoxmimpimika) hingga personal (@sayaidaydotcom) :p

3. Main Pokemon Go : CHECKED! Since day one launch, Iday dah install and main. Hehehe



Okay, macam mana nak join contest ni? Senang sangat ye. Cuma perlu ikut step dibawah :



1. Download the Pokemon Go - Boleh download dekat App Store and Google Play Store

2. Screenshot bila "Pokemon Of The Day" keluar dekat area tempat korang main. Pastikan on AR okay. 

Macam mana tahu "Pokemon of the day"? Korang kena check IG Umobile  atau boleh check website diorang. 



3. Upload Instagram yang korang screenshot tadi lagi kreatif gambar maybe peluang untuk menang hadiah lagi best. hehehe

4. Post bersama caption ini dibawah dan hashtag #PokeOnz dan #Umobile :

"I want to Power Up for Pokemon Go with U Mobile because ____________."


Hehehehe simple je kan! cuma korang kena ikut luck untuk dapat "Pokemon Of The Day" :p

Kalau berjaya and menang akan dapat hadiah-hadiah berikut :


All the best guyssss! Ingat jaga diri and main dengan berhemah! Jangan menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Hehehehe



Blog Archive

My Blog List