Enter your keyword

Festival Syoknya Nikah - 500 Goodies Bag Untuk Yang Terawal





Berita baik bakal-bakal pengantin yang bakal berkahwin tak lama lagi! Dah buat preparation belum? Jangan risau, korang boleh datang ke Festival Syoknya Nikah bertempat di SACC Mall, Shah Alam pada 12 hingga 14 ogos 2016. 



 Apa yang best dekat sana? 


Mestilah banyak promosi hebat untuk pakej perkahwinan, kelengkapan majlis, busana pengantin dan pengapit, perkhidmatan katerer dan venue majlis, pelamin, hantaran dan eksesori, percetakan kad kahwin, pakej berbulan madu dan percutian, fotografi dan photobooth, kek perkahwinan dan banyakkkkk lagi. WAHHHH! Serba serbi lengkap okay.

Baru la syok nikah sebab semua akan dapat dengan harga promosi! Hehehe

Lebih dari 40 pengusaha-pengusaha barangan dan perkhidmatan perkahwinan akan membuka booth. Pastinya, banyak pilihan :)



Kalau nak tahu 500 goodies bag dan 100 perdaftaran percuma kursus nikah akan diberi kepada pengunjung terawal! Bukan itu je, sepanjang 3 hari festival ini berlangsung, pengunjung akan diberi peluang untuk memenangi hadiah utama iaitu RM20, 000 berupa pakej bulan madu dengan menyertai "Walimah Contest".



Finale Pencarian Wajah Jamela juga akan diadakan sempena pembukaan butik Jamela di tingkat 2 SACC Mall, Shah Alam.

Then yang paling excited, akan ada pendaratan helikopter bersama pasangan selebriti tanah air , Sembang Santai Syoknya Nikah bersama Hos Selebriti Amin Idris, Farahanim dan PU Taha dan kemunculan selebriti tanahair yang lain.



Konsep yang ingin ditonjolkan iaitu "One Stop Weeding Bazaar" dimana memudahkan bakal penganting membuat perancangan persiapan untuk segala aspek kelengkapan perkahwinan dibawah satu bumbung.

Festival ini mendapat sokongan sepenuhnya dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysaia (DPMM) dan Dewanita Selangor dan PKNS Real Estate Sdn Bhd.

So apa lagi, mark your date dan datang ke Karnival Syoknya Nikah pada 12- 14 Ogos ini di SACC Mall, Shah Alam.

Nasib baik kita dah kahwin, kalau tak memang dah serbu. Tapi mungkin Iday akan datang, untuk cuci mata. Hehehehe

Ini antara details Festival Syoknya Nikah nanti :



Lokasi : Shah Alam Convention Centre Mall

Tarikh : 12 - 14 Ogos 2016

Masa : 10 pagi - 10 malam

















1 comment:

  1. Hi Iday, Sorry pika tersesat dalam gambar atas tu.. Huhuhuuu..

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List