Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Karnival DesaStay Negeri Johor



Kali pertama iday jejak kaki ke Kg Parit Tengah di Negeri Johor sebagai media di Majlis Perasmian DesaStay Negeri Johor, iday rasa dihargai kerana disambut dengan meriah oleh penduduk kampung di situ. Suasana kampung yang pastinya lebih seronok dibandingkan dengan keadaan bandar yang agak sibuk. Hehehe


Sampai-sampai, kami disajikan dengan Nasi Ayam! Sedap!

Untuk pengetahuan korang, Tourism Johor telah melancarkan 1 program perlancongan yang berpotensi di kawasan luar bandar iaitu Program DesaStay. 

Konsepnya adalah sama dengan "homestay" dimana pelancong luar dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah, berinteraksi dengan penduduk sekitar kampung, melakukan aktiviti harian merekan dan mengenali lebih dekat kebudayaan mereka. Seronok kan? Hehe

Tourism Johor telah membuat tinjaun ke kampung-kampung di dalam daerah-daerah di negeri Johor dan telah memilih 31 buah kampung yang berpotensi untuk dijadikan "DesaStay" yang terdiri dari pelbagai masyarakat Melayu, Cina dan India.


Tujuan  program ini diwujudkan adalah :

+ Mempertingkatkan industri perlancongan di negeri Johor.

+ Mempelbagaikan bentuk kemudahan penginapan kepada para pelancong khususnya kepada "Budger Travellers".

+ Memperkenalkan cara hidup dan kebudayaan penduduk setempat.

+ Mewujudkan peluang perniagaan kepada penduduk setempat serta meningkatkan ekonomi mereka secara tidak lansung.



Semasa hari perasmian Karnival DesaStay, Iday perasan banyak booth yang dibuka. Rupanya, booth-booth tersebut mewakili homestay yang disediakan di setiap kampung. Dari booth itu lah, iday boleh tengok apa yang ditawarkan, pakej macam mana dan aktiviti yang mana. Hehehe



Masa dekat booth ini lah juga Iday tengok keluaran produk dari masyarakat setempat. Sempat juga Iday shopping untuk kawan-kawan Iday di KL. Hehehehe




Dari pakej yang ditawarkan, pelbagai aktiviti menarik yang ada seperti menangkap ketam, perah susu kambing, membuat kraftangan dari kertas, belajar cara membuat kerepok lekor dan macam-macam lagi. 



Senang cerita, setiap kampung mempunyai keunikan masing-masing. Hehehe





Kalau nak tahu, Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor turut datang untuk merasmikan Program DesaStay Negeri Johor ini. 




“Pertama, agar pelancong punya peluang memahami kehidupan kita yang damai, unik dan saling bermuafakat."

"Bukan sahaja para pelancong dari luar negara, percayalah, ramai sekali generasi millennials Malaysia yang barangkali tak pernah hidup di desa. Ramai yang lahir di bandar, membesar di bandar, bersekolah dan bekerja di kota dan ibu bapa mereka telah lama meninggalkan kampung halaman mereka. "

“Mereka ini juga adalah golongan sasaran yang penting. Kebanyakan mereka inginkan kelainan. Suasana yang damai, suasana yang mengusik nostalgia,” katanya.

So, kalau korang belum ada pengalaman di desa, ini la peluang korang untuk rasai semua pengalaman tu :)


Bersama rakan media yang lain :)



Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang Program DesaStay ini, boleh lah follow :





Terima kasih kepada Kak Roszana, Tourism Johor dan Team Rush Media atas jemputan FAM Trip ini. Nanti Iday akan story tentang tentang penginapan kami di Austin Height Golf and Resort :)

2 comments:

  1. Kadang-kadang, suasana tinggal di desa dan kampung, lebih dekat dengan hati kita...kan?

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List