Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Pelajar Sekolah Putrajaya Jatuh Dari Tingkat Tiga - Cubaan Bantu Kawan Yang Dibuli Bawa Maut



Sedih sebab budaya buli ni masih ada dikalangan budak sekolah.




Terbaru, seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), maut selepas terjatuh dari tingkat 3 bangunan sekolahnya, pagi tadi. 

Kejadian berlaku pada pukul 9.40 pagi (29 August 2016), mangsa (Azim Hakimi Abu Shuja) berusia 15 tahun terjatuh kerana cuba mengambil beg rakannya yang berada di tepian beranda berdekatan kelasnya. 

Tempat kejadian :




Bag yang cuba diambil oleh mangsa :







Abang kepada mangsa, Muhammad Aliff (28 tahun) berkata, adiknya seorang yang pendiam dan suka duduk di rumah pada masa lapang, selain tidak begitu bercampur dengan orang lain. 

"Dia tidak pernah katakan 'tidak' setiap kali ahli keluarga atau saudara-mara meminta pertolongan. Tidak pernah dia menyusahkan ahli keluarga atau menyakitkan hati kami. Kami semua redha dengan ketentuan ini" katanya ketika ditemui di Hospital Putrajaya disini hari ini. 

Mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.



Takziah kepada keluarga mangsa. 

Harap pada masa akan datang, tiada kes seperti ini. Alhamdulillah sepanjang Iday belajar dari sekolah dulu sampai dah abis belajar, belum lagi terjebak dengan kes buli. 

Maybe, diorang bukan buli, tapi bergurau. Tapi bergurau pon kena berpada-pada. Boleh bawa maut macam ni. Huhuhu








gambar credit : berita harian & mynewshub



3 comments:

  1. sepatutnya perkara begini tak akan berlaku kalu struktur banggunan dibuat tampa adanya beranda kerana akan menyebabkan insiden seperti ini ..ini adalah banggunan sekolah dimana budak budak tidak boleh berfikir diluar kewarasan namapun budak budak...bukan kita tak redai tapi biarlah kita fikir akn keburukan dahulu sebelum membuat struktur banggunan yang macam mengundang kemalangan

    ReplyDelete
  2. sturktur beranda yang mengundang kemalangan .....bukan tak reda tapi fikirkanlah beranda yang tiada ciri keselamatan pastu di reka pada banggunan yang majoriti budak sekolah yang menggunakan banggunan tersebut.....

    ReplyDelete
  3. Sapa lah mak bapak pembuli tu..hmmm

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List