Enter your keyword

Tempat Menarik di Johor - Austin Height Water & Adventure Park


Hi Korang!


Iday nak share salah satu tempat menarik yang boleh korang lawati jika datang ke Johor iaitu Austin Height Water & Adventure Park yang terletak kira-kira 20 minit dari bandar Johor Bahru. 


Apa yang best dekat sini?


+ Adventure Park 

+ Water Park 
+ Ice Skating 
+ Jump Street 
+ Drift Kart 


Nanti Iday cerita setiap satu tarikan yang ada dekat Austin Height Water & Adventure ni okay. Hehehehe


-.-


Semua dah start register sebab dah tak sabar nak masuk ke Taman Tema ni. Hehehe




Dapat tag ni, kena pakai untuk masuk ke Taman Tema ni. Hehehe






   Skating Rink Austin Height   


Dulu masa belajar, suka sangat pergi Sunway Pyramid, lepas tu tengok orang main ice skating. Macam takde kerja sangat, hahaha. Nak main tapi malu sebab kat tengah-tengah mall. Bila Iday tahu ada Ice Skating dekat  Austin Height Water & Adventure, terus excited nak main. Dah la 24 jam okay. 



Ice Skating kat sini guna synthetic ice rink, maksudnya ais buatan la. And kalau korang jatuh, memang takkan basah. Hehehe Ice ni 95% lebih kurang sama je dengan natural ice. 





Harga tiket untuk Ice Skating dekat sini sangat murah, bagi Iday la. Hehehe Ini adalah harga tiket untuk sekali masuk (per entry) :

Kanak-kanak 
Weekday :RM12
Weekend : RM22

Dewasa 
Weekday : RM15
Weekend : RM25

Murah kan? :)








  Austin Height Adventure Park   


Siapa pernah pergi Bukit Cerakah? Lebih kurang sama macam Adventure Park. Ada 51 different obstacle. Memang betul gayat. Start dari luar park hingga masuk ke dalam theme park. Masa tengah drift tu pon boleh nampak diorang yang main dekat atas kepala. Hahaha Gigil jugak laaa. 


Nak taw apa obstacle yang ada dekat sini? Check gambar bawah :






Best kan? Jom cabar diri sendir dengan bermain di Adventure Park ni. Memang best kalau dapat luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan disini. Macam mana dengan harga tiket? 

Dewasa : RM118
Kanak-kanak : RM98 






  Drift Kart - Austin Drift   

Ini antara favourite Iday dekat sini. Jangan risau, drift ni selamat untuk bermain and akan ada orang yang pantau kita. Hehehe






Kanak-kanak pon boleh main, seronok tengok diorang drift laju-laju. Iday pon ajak Islam and kitorang race. Hahaha







Harga tiket adalah seperti berikut :

Weekend : RM25
Weekday : RM20

Harga untuk 1 sesi iaitu 10 minit. 





Lepas dah penat main drift, Iday, Islam and Clare menjamu selera dekat cafe yang terletak dalam Taman Tema. So, korang jangan risau kalau lapar ke sebab ada cafe yang tersedia di dalam taman tema. 








Lepas tu kitorang serbu Water Park! Yeay! Tak sabar nak main slide :p


  Austin Height - Water Park   

Ini gambar kitorang lepas main SuperSurf. Tip nak main benda ni, jangan buka mulut. HAHA









Iday, Clare and Islam memang try semua slide and ada 1 slide tu Iday memang suka tapi takut nak try banyak kali. HAHA Lagi takut dari Vuvuzela dekat sunway lagoon iaitu Yellow Wall. Nasihat Iday kalau nak main slide ni, jangan buka mata. HAHAHA

Takde gambar, tapi ni pinjam Google. Hehehe


Apa lagi yang best dekat Water Park Austin ni? Check gambar bawah :














Banyak benda yang korang boleh buat dekat Water Park ni? Macam mana dengan harga tiket?



Korang juga boleh stay dekat Austin Height Golf and Hotel Resort sebab diorang ada tawarkan pakej penginapan bersama tiket water park ni. Kalau nak tahu macam mana, boleh check artikel dibawah :



For more info tentang tempat ni, korang boleh check website dibawah :


http://www.funtime.my/



Iday akan datang lagi kesini bersama kawan-kawan lain. Hehehe 





p/s: Terima kasih Tourism Johor dan Rush Media atas jemputan.



5 comments:

  1. ice skating dia sampai 24 jam mmg trbaik ah. waterpark 118 boleh thn harga nya. hehehe. tpi tgk mcm best jaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, seronok sangat 24 jam, kalau masuk , memang lepak lama la. hahahaha, nanti datang johor, boleh ke sini. hehe

      Delete
  2. banyak jugak aktiviti kat sana ye..mcm menarikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, bukan sekadar water park je. hehehe :)

      Delete
  3. byk jugak aktiviti mnarik di austin ni..

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List