Enter your keyword

5 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta, Bayi 12 Bulan Maut di Kulai


Ya Allah, 

Iday rasa sebelum ni pernah kecoh beberapa kes bayi atau anak kecil ditinggalkan dalam kereta atas kecuaian ibu bapa diorang. Terbaru, kes di kulai ni. 

Ada yang berjaya diselamatkan dan ada yang dah lemah dan meninggal dunia. Sedih sebenarnya, tapi Iday rasa parent mangsa tu lagi yang rasa, sebab diorang akan dihantui perasaan bersalah tu sampai bila-bila. 



gambar sekadar hiasan

Terbaru, kes bayi 12 bulan maut apabila ditinggalkan oleh bapa beliau didalam kereta selama 5 jam. Ya Allah, sedihnya. Kesian sangat baby tu. Kita yang besar ni kalau duduk dalam kereta dalam tengah matahari terik pon tak boleh duduk diam. 

Kisahnya, 

9.30 pagi : 
Ibu kepada bayi meletakkan anak mereka di bahagian tempat belakang untuk dihantar ke rumah pengasuh yang terletak berdekatan dengan rumah mereka di Bandar Putra, Kulai.

10.00 pagi :
Bapa kepada bayi tersebut terus ke tempat kerja tanpa menyedari bayi berkenaan masih berada di tempat duduk belakang.

3.00 petang :
Pengasuh menelefon bapa tersebut untuk bertanyakan mengenai bayi tersebut kerana tidak dihantar ke rumah pengasuh seperti kebiasaanya.

Bapa tersebut terus ke kereta dan mendapati anaknya dalam keadaan lemah. Bayi tersebut dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, dan disahkan meninggal olrh pegawai perubatan yang bertugas.


Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca kematian. 




Menurut beliau lagi, kes diklasifikasikan sebagai pengabaian kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian disiasat mengikut seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Peringatan kepada semua juga ye, Iday pon risau sebab in future nanti bila dah ada anak sendiri,mesti kena berjaga-jaga. Iday harap keluarga mangsa bayi tersebut tabah dengan dugaan ni. 







credit : BH Online


No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List