Enter your keyword

Ayam Tandoori & Cottage Cheese Terbaik di Pearl International Hotel Kuala Lumpur


Hidangan makanan India adalah antara makanan favourite Iday. Ayam Tandoori and Roti Naan antara kombinasi pilihan makanan rakyat Malaysia dan juga pilihan Iday kalau tiap kali ke restoran mamak. Korang pon sama kannn. Hehehe

Dulu masa kawan Iday, Kalpana masih kerja dekat Lazada, dia pernah bawa Iday lunch Banana Leaf di suatu restoran di KL. Memang sedap. Iday teringat lagi rasa curry lamb dan cottage cheese dekat situ. First time try Cottage Cheese and Iday suka. Hehehe

So, bila kawan Iday iaitu Melinda ajak Iday jumpa and lunch dekat Pearl International Hotel di Jalan Klang Lama, Iday seronok. Sebab dia ajak makan Ayam Tandoori yang dibuat khas dari chef yang dibawa dari India. Ini baru betul-betul sedap kan. Chef dari sana yang masak. Hehehe



Rupanya Pearl International Hotel ada buat lunch promo iaitu 'A Taste of North India' dengan harga RM19.90+ untuk 1 set bersama mini buffet. Murah sangat kot. Siap ada mini buffet yang seronok tu. Iday dapat makan sup favourite Iday iaitu Sup Asparagus. Hehehe

Okay, nak tunjuk la apa Iday makan hari tu ye. Hehehe

Sebenarnya ada 3 set yang available iaitu :

1. Ayam Tandoori dihidang bersama Roti Nan dan makanan sampingan.
2. Beriyani Kambing dan makanan sampingan.
3. Kaadai Panner Masala (Cottage Cheese) dan makanan sampingan. 


Beriyani Kambing | Ayam Tandoori | Cottage Cheese

Makanan sampingan dalam setiap hidangan adalah Northen-styled dhall gravy, vegetable raita, special herb & mint sauce dan chutney. 

Korang kalau nak rasa sendiri kena datang ke Cafe 5 di Pearl International Hotel, masakan ini diketuai oleh Chef J.Narahani yang memang datang dari Delhi, India. Datang la sini makan tengahari bersama kawan-kawan or family. Available during weekdays dengan harga RM19.90+ untuk seorang. Sangat berbaloi!

Yang mana satu hidangan kegemaran Iday?

Iday suka Beriyani Lamb! Selain dari Ayam Tandoori, Beriyani Lamb memang favourite all the time. Lamb dia sangat lembut and portion besar. Iday pon terpaksa share dengan Islam sebab tak habis. Hahaha



Tapi kalau korang yang nak jaga badan kononnya. HAHA Boleh la try hidangan Roti Naan ni. 



Cicah dengan Cottage Cheese and condiment. Iday suka sos mint tu. Sedap! :) Kalau nak tahu, Cottage Cheese ni memang healthy protein untuk vegetarian. Ada khasiat ye. 

Iday suka dengan kepingan Roti Naan dengan Cafe 5, Pearl International Hotel. Roti dia tak terlalu tebal tapi besar. Memang kenyang. 

Lepas tu makan pula dengan Ayam Tandoori. Menyesal pula tak tambah Ayam Tandoori masa makan lunch hari tu. Sekarang ni datang pula keinginan nak makan lagi. Hehehe



Korang kena cepat-cepat taw sebab lunch set ni hanya sepanjang bulan September. Sepatutnya dah habis masa August hari tu, tapi ada permintaan ramai and ramai yang datang so pihak hotel panjangkan waktu promosi ni. Hehe
 Thanks Melinda sebab jemput kita makan lunch. Memang sedap! hehehe



Kalau korang nak datang, Iday ada sertakan maklumat seperti berikut :


Website : http://www.pearl.com.my/#restaurants
Facebook : https://www.facebook.com/pearlinternationalhotel.kualalumpur/

Reservation/Booking : 03-7983111 ext 3205


Cafe 5 terletak di tingkat 5 di Pearl International Hotel Kuala Lumpur





Artikel lain dari kawan blogger yang datang lunch sini :

http://foodmsia.com/2016/09/a-taste-of-north-india-cafe-5-pearl-international-hotel-kuala-lumpur/

http://alialisakreatif.blogspot.my/2016/09/jom-lunch-ala-taste-of-north-india.html








7 comments:

  1. macam sedap ayam tandoori too. ymmy

    ReplyDelete
  2. biar betul , cam sedap je...nk try ...

    ReplyDelete
  3. Portion die cukup besar tak untuk makanan seorang yang pelahap macam aku? Hahahaha. Nampak sedap

    ReplyDelete
  4. I have to try their ayam tandoori as I like Ayam tandoori with naan so much.

    ReplyDelete
  5. terbaik la ni.. review i belum up lagi, omg.. hehe

    ReplyDelete
  6. Nice..always love tandoori.... mcm best jer tempat nih.... masuk dalam list lah nanti!

    ReplyDelete
  7. Yup... as long as it's related with food, I'll hunt them down.

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List