Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Kisah Hantu : Iday Kena Kacau Dalam Tandas Gelap




Tadi ada baca kisah hantu dari beberapa blog rakan blogger. Seram pula kita yang baca ni, dah la baca tengah malam. Hahaha

Tiba-tiba macam nak cerita pengalaman iday sendiri bila kali pertama dikacau oleh "benda" tu. Nak taip nama dia pon takut ni, so kita bahasakan "benda" ye.

Kisahnya, dulu iday berjaya mendapat tawaran di MRSM Kuala Lipis. Time tu iday batch pertama sebab MRSM tu baru dibuka. Iday dengar cerita, dah tergendala selama 3 tahun then baru dibuka. Kesnya ada kejadian pekerja jatuh dari tingkat atas, cerita ni iday tak sure kesahihan dia. Yelah, dari mulut ke mulut kan. 

Tapi tempat baru, lagi-lagi kita dikalangan orang pertama yang tinggal kat situ, mesti banyak kisah kan. Tapi pengalaman iday ni memang iday takkan lupa sampai bila-bila. 

So, malam kan selalu ada prep, macam kelas belajar sendiri. Lepas habis prep, iday naik la bilik. Masa tu bilik iday tingkat 2. Naik tangga tengah . Bangunan hostel iday masa tu bentuk macam T.

Okay gigih ni screenshot dari Google Earth, iday baru tahu yang nama MRSM Kuala Lipis dah tukar jadi Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghazali Shafie (MRSMTGS). Panjang betul. Hehehe



Ini pula hostel iday, anak panah biru tu menunjukkan tangga dekat situ. Iday naik tangga dekat situ untuk ke tingkat 2 iaitu bilik iday. Masa naik tangga tu, iday tak tahan nak buang air. So, iday decide nak ke toilet dekat tingkat level iday. 



Sampai tingkat 2, iday lupa yang toilet tepi tangga tu takde lampu. Lampu rosak. Nak pergi toilet lain memang iday dah tak tahan. Masa tu member-member ada yang dah masuk bilik and ada yang lepak bilik member lain. Nak tak nak, iday terpaksa juga masuk toilet gelap tu sorang-sorang. 

Masa tu, iday dah set kat mind iday, "jangan fikir macam-macam" .

So, bila dah masuk toilet, iday pon setelkan apa yang patut, tapi tiba-tiba rasa tak sedap badan. Rasa macam diperhatikan. Rasa macam ada "benda" tengok. 

Entah macam mana, iday boleh berani pandang ke atas. 

Ya Allah, terkejutnya masa tu sebab Iday nampak ada 1 lembaga rambut panjang, tengah cangkung dekat bahagian atas antara toilet tu. Dia cangkung and pandang IdayMemang gelap and cepat-cepat iday pandang bawah. Tuhan je tahu macam mana takut iday masa tu. Tapi sepanjang iday pandang bawah tu, iday boleh rasa yang dia masih tenung iday. 

Tapi lagi nak berlagak cool. Taknak nampak sangat yang kita takut. Macam buat tak taw. Iday dengan coolnya flush, basuh toilet, keluar toilet perlahan-lahan. Taknak lari-lari, kononnya nak tunjuk yang kita berani dekat "benda" tu. Then buka pintu toilet, jalan slow-slow tapi sampai je dekat luar toilet, iday lari macam orang gila ke bilik. 

Hahahahah ingat balik memang kelakar, tapi seram pon ada. Sumpah memang taknak masuk toilet yang gelap takde lampu. Tu nasib baik "benda" tu tenung je, kalau dia pegang? kalau dia tegur? memang menangis la aku kat situ. Hahaha

Itu je la kisahnya, kalau nak ikut, banyak lagi pengalaman iday kena kacau "benda-benda" tu. Diorang pernah muncul dalam gambar iday. Ye la, dulu kan zaman pakai kodak. Bila cuci gambar baru nampak. Huhuhu



Ingat ye, jangan masuk toilet kalau gelap sebab lampu rosak. heheeeeeeee!




5 comments:

  1. Benda tu apa? Pontianak ke hantu raya?

    ReplyDelete
  2. ala Iday ni... Mummy selalu je masuk waktu toilet gelap.. huaa, takmo buat lagi dah la.. Hish Iday ni!

    ReplyDelete
  3. nasib baik dia tak tegoq.

    ka dia nk repair lampu yang rosak tu. kahkahkah

    ReplyDelete
  4. dah rezeki nak jumpa kan.. kehkeh :P

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List