Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Kisah Sebenar Tentang Isu Tugu Burung Helang Langkawi - Jangan Cepat Buat Andaian Sendiri



Hi ❤ 

Iday macam biasa, suka buka website-website berita seperti Utusan, Metro, Astro Awani dan macam-macam lagi website berita yang ada. So, Iday ada baca isu yang hangat sekarang iaitu Isu Tugu Burung Helang yang akan diroboh? Iday memang terkejut la. 



So, sebelum Iday percaya bulat-bulat kenyataan beberapa media, Iday google and check dari pelbagai jenis website. Ingat taw, apa-apa berita kena check dulu, jangan terus percaya. Kadang-kadang yang viral cerita tak tahu hujung pangkal. 

Dalam beberapa kenyataan di blog or media mengatakan Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim sedang berbincang untuk dirobohkan tugu helang yang sedia ada di Pulau Langkawi. 

Tetapi, dalam salah satu website yang Iday baca, mengatakan isu ini diputar belit oleh media kerana menurut Ustaz Zamri Hashim dalam temubual dengan website tersebut :

“Saya tidak menyentuh isu untuk merobohkan monument helang di Langkawi kerana ia di bawah kuasa pihak berkuasa negeri masing-masing. Sebaliknya isu yang disentuh adalah isu setempat di Perak dan tiada pun berkaitan dengan replika helang di Langkawi mahupun Tugu Negara.

Bersesuaian dengan kehendak nas-nas yang ada, juga saranan kaedah ‘sad az zar’iah’ dan kalaupun ada perbincangan ulama mengenainya, maka keluar daripada khilaf adalah lebih utama iaitu tidak lagi membina replika mahupun bangunan berhala di dalam sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama negara,” 



Kisahnya macam ni la, Ustaz Zamri ada menerima surat rasmi daripada sebuah pihak berkuasa tempatan untuk memasang satu lagi replika burung helang di suatu tempat yang berkaitan dengan binatang itu. Isi surat rasmi tersebut adalah bertanyakan tentang hukum membina replika tersebut. 

Jadi Ustaz Zamri menyatakan bahawa memasang replika tersebut adalah haram sebab menyerupai haiwan hidup dan sempurna. Tapi tidak berkaitan dengan replika burung helang yang sedia ada dan popular di Langkawi tu. 


"Pandangan saya jika monumen sedia ada tidak mahu dirobohkan masih menjadi kewajipan pihak berkuasa untuk memastikan bahawa perbuatan yang membawa kepada syirik tidak berlaku dan tidak lagi membina replika binatang hidup yang sempurna. " - Ustaz Zamri



Ada media liberal yang membuat rumusan sendiri di website mereka, then pengguna laman social terus share tentang isu ini. Rata-rata pengguna laman social tidak puas hati. 


Akibat dari kontroversi dan viral, Isu Tugu Burung Helang di Datarang Lang di bangkitkan balik. Menurut Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwani Dyizauddin, ada gesaan dari beberapa pihak untuk merobohkan tugu yang sedia ada. Jadi, perbincangan perlu dibuat untuk mendapatkan keputusan dengan mengadakan rundingan bersama Pihak Berkuasa Tempatan. 

So, belum ada kata putus tentang Robohan Tugu Burung Helang di Langkawi.

Nasihat Iday, kalau kita tak sure dengan sesuatu isu, jangan gelojoh nak share. Cuba check kesahihan berita dulu. Contohnya isu Tugu Burung Helang ni. Banyak taw orang share sesedap hati je atau buat kenyataan sendiri tanpa usul periksa. Lepas tu sendiri malu kan.

Nanti iday update cerita terbaru tentang isu ini. 






sumber :

http://www.ismaweb.net/2016/09/isu-replika-haiwan-media-putar-belit-kenyataan-saya-kata-timbalan-mufti-perak/

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tugu-burung-helang-dilarang-bina-replika-benda-hidup-harussani-115814

http://www.kedahnews.com/2016/09/replika-helang-langkawi-agensi-terlibat.html




1 comment:

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List