Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Menyesal Tolong Staff KFC, Tak Sangka Jadi Macam Ni





Serius,

Iday sebenarnya tak sangka benda macam ni nak jadi. Nasib baik ada Islam dekat situ. 

Okay nak cerita ni,


Kan kita selalu diingatkan untuk berbuat baik sesama manusia, tolong pada yang memerlukan, sekadar kita mampu. Gituuuu. So, Iday memang sentiasa dengan pendirian ni, sentiasa bantu orang.


Kisahnya, 

Iday and Islam pergi la makan dekat KFC. Selalunya kalau kita masuk KFC, mesti tengok meja sepah, tulang ayam sepah. Siapa la makan lepas tu tak susun and kemas meja sendiri. Biasanya orang macam ni akan set dekat kepala :


"Staff KFC kan ada, biar lah diorang buat kerja"

Sepatutnya jangan la fikir macam tu, bukan susah sangat pon, asingkan sisa makanan, susun sikit-sikit pinggan tu, memudahkan diorang. Makan kat mana-mana pon macam tu. Free-free dapat pahala sebab tolong orang. Kan?

So, bila Iday and Islam makan, Iday dah pasang niat, lepas makan nak kemas and tolong staff KFC. Lagipon masa tu ramai, diorang mesti tak cukup tangan. 

Lepas makan, Iday kemas-kemas, letak semua sampah atas tray and nak tolong buang sampah. 

Iday bawa tray tu and pergi tempat sampah yang disediakan. Yang jenis pintu tolak tu. 

Tiba-tiba Islam jerit,

"Eh, awak nak buat ape?"

"Saya nak tolong, nak buang sampah"

"Tak payah, awak buat ape tu, jangan jangan"

"La, saya nak tolong buang sampah ni"

"Eh, awak nak buang tray sekali la! Tray tu jangan buang!"

HAHA, patutnya macam buang sampah and letak Tray dekat atas, tapi Iday nak terus buang tray sekali. Iday masih pegang tray tu, tapi kalau lepas, memang selamat masuk dalam tong sampah. Satu kerja pula staff KFC nak kena ambil Tray dalam tong sampah. HAHAHA

Tapi time tu memang malu sebab ramai orang tengok. Yela, macam kau nak buat baik, tapi kau buat lagi worse. HAHA

Lepas tu terus menyesal, lepas ni nak kemas-kemas jangan nampak sepah atas meja je. Taknak angkat-angkat tray or buang sampah. Takut termalu sendiri. Buat baik tak jadi. HAHA

Menyesal tolong staff KFC hari tu, tapi takkan menyesal nak tolong lagi lepas ni. Cuma kena berjaga-jaga. Nasib baik ada Islam. Cerita ni dah lama sebenarnya, zaman kitorang belum kahwin lagi. Hehehe




Korang pernah nak buat baik tapi jadi lain? Cuba share, hehe

Tapi ingat, jangan penat jadi baik ye :p


5 comments:

  1. hahaha. spoil pulak. lela biasa kemas atas meja ja, susun pinggan dengan kotak bagi mudah dia nak angkat.

    ReplyDelete
  2. hahaha.. nasib baik tak sempat buang tray tu lagi

    ReplyDelete
  3. hehe..wat suspen je la..ingatkan ape la tadi..
    bagus tu kemas sendiri..hehe :)

    ReplyDelete
  4. yeah, a good value to apply :D sy pun suka tolong clearkan meja kat fast food restaurants setiap kali lepas makan. :) kalau tengok muka adik2 kerja KFC tu, macam precious je muka happy. sy pun happy sekali, dan meja tu boleh orang lain terus guna

    hanisamanina.com :)

    ReplyDelete
  5. hahahaha jenuh laa kak kalau semua pelanggan tolong buang skali dgn tray..

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List