Train To Busan VS World War Z

2


Siapa dah tengok Train to Busan? Okay tak? World War Z? 





Pada mereka yang dah tengok World War Z, mesti rasa cerita Train to Busan ni macam lebih kurang macam cerita WWZ. Tapi Train to Busan ni lebih emosi sikit. Tapi dari segi personaliti Zombie, kedua-dua ni sama iaitu :

1. Masa untuk berubah menjadi Zombie sangat cepat
2. Ketahanan badan cukup kuat, jatuh dari tempat tinggi, no hal punya. 
3. Suka sangat lompat-lompat
4. Attack bukan nak makan tapi nak sebarkan virus

Tapi Zombie dalam World War Z ni pandai sikit, dia pilih mangsa yang sihat, maksudnya yang takde penyakit. Yang ada sakit Kanser ke AIDS ke, diorang takkan gigit. 

Tu yang buat World War Z ni ada happy ending sebab diorang ada solution nak selamatkan dunia mereka. Manakala Train To Busan ni masa penghujung cerita, diorang masih dalam keadaan berjaga-jaga(ada sekatan askar,penembak jarak jauh)

Bagi Iday, dua-dia movie ni best. Cuma Train To Busan ni lagi sedih. Siapa tak sedih kalau hero mati kan. WHYYYYY??!!! HAHAHA 

Then ada part husband ni sanggup korbankan diri sebab nak selamatkan wife dia yang pregnant. Ada part pakcik tua selfish yang pentingkan diri sendiri. So, banyak watak main peranan dalam Train To Busan. Senang cerita, Train To Busan ni lebih memaparkan macam mana reaksi manusia bila menghadapi situasi macam ni. 

Kalau World War Z, mostly tentang Brad Pitt yang banyak ke beberapa tempat untuk cari cure/solution untuk virus tu.

Jom tengok perbezaan trailer antara World War Z dan Train To Busan ni :

World War Z



Train To Busan



Effect zombie dalam dua-dua movie ni pon best. 

World War Z




Train To Busan



Train To Busan berjaya mendapat $80 million (setakat ini). Kalau ikut rating dari Rotten Tomatoes, World War Z hanya 67% manakala Train To Busan adalah 93%. Jauh beza tu.

Tapi, bagi Iday, Iday lagi suka zombie dalam World War Z berbanding Train To Busan.  Tapi kalau dari segi jalan cerita, Iday suka Train To Busan. 


So, nanti korang tengok la dua-dua movie ni. Train To Busan masih lagi ditayangkan di pawagam dan memang tengah hit sekarang. Hehehe


Post a Comment

2Comments
  1. last sekali hero mati ke?/ala..pecah rahsia pulak..heheh..apa pun nanti nak tengok juga filem ni..

    ReplyDelete
  2. Dua-dua favorite pika. Walaupun tak suka cerita seram tapi 2 filem ni exception for me. Time tenok World War Z menjerit banyak pastu kagum dengan hero dia yang pro and bijak sebab memang expert. Tapi train to busan buat pika nangis teruk! Pastu pika sorang je menjerit dalam panging tetiba time cermin pecah sebab zombie tu. Overall, dedua favosite. Boleh tengok berulang kali tanpa bosan.

    **alamak, terceloteh panjang pulak. Hahahhaaa..

    ReplyDelete
Post a Comment