TAUGEH? Hidangan Mee Laksa Terbesar di Malaysia dibuang atasan alasan tidak sesuai untuk dimakan? 
Bunuh rakan dengan letak racun dalam coffee.


Terkejut iday bila Jessica Kumala Wongso dijatuhkan hukuman 2o tahun penjara. Sebenarnya iday dah follow lama kes pembunuhan ni. Jessica Kumala Wongso dituduh membunuh rakannya Mirna dengan meletak racun kedalam vietnam coffee di sebuah cafe. Rakaman CCTV menunjukkan detik Mirna diracun dan pengsan sebelum mati.




Gambar lama Mirna dan Jessica



Serius scary kalau tengok balik rakaman tu. Iday siap ikut perbicaraan kes ini sebab diorang memang live dekat youtube.

Okay, mesti ramai yang belum tahu tentang kes ini, iday nak share kronologi kes ini, so harap korang faham :

6 Januari 2016

- Jessica berjanji berjumpa Mirna, Hani dan Vera di Kafe Oliver, Indonesia. Jessica memilih meja 54 di cafe tersebut. Jessica datang awal dan sempat membeli barang di Body & Bath untuk kawannya. 

- Jessica memesan coffee kesukaan Mirna iaitu Vietnam Ice Coffee. 

- Kemudian Mirna dan Hani datang ke cafe tersebut. Vera tidak jadi datang. 

- Mirna meminum kopi dan mula merasakan bau kopinya sangat pelik dan meminta Jessica dan Hani turut bau kopinya. 


- Jessica bangun dan cuba meminta air dengan pelayan dan meninggalkan Hani dan Mirna di meja. Hani sempat merasa sedikit dan tidak tahan dengan rasa air coffee tersebut.


- Tiba-tiba Mirna pengsan dan tidak sedarkan diri. Mirna akhirnya dikatakan meninggal di klinik.

Cuba check video detik-detik kematian Mirna diterangkan oleh saksi iaitu Hani:



- Racun cyanide dijumpa dalam badan Mirna dan menyebabkan kematiannya. Hasil forensik, terdapat 3 gram racun cyanide dalam coffee tersebut dan mampu membunuh 5 orang sekaligus.

29 Januari 2016

- Jessica ditangkap dan menjadi suspek kepada pembunuhan Mirna. Jessica ditangkap di sebuah hotel iaitu Hotel Neo, Mangga Dua, Jakarta Utara.

- Kemudian kes pembunuhan dibicarakan di Mahkamah. 

27 October 2016

- Jessica didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman selama 20 Tahun. Penguambela Jessica tidak berpuashati dan ingin membuat rayuan.

- Tapi serius, Jessica memang nampak tenang je waktu dijatuhkan hukuman. Itu yang buat iday confuse, betul ke dia bersalah? 


Sepanjang sidang perbicaraan tu, banyak lah bukti-bukti ditunjukkan, ada juga tayangan CCTV sepanjang dalam cafe tersebut. Memang macam tengok telenovela pembunuhan dah. 



Kenapa Jessica nak bunuh Mirna?

Dari apa iday baca and dengar, Jessica berdendam dengan Mirna kerna Mirna pernah minta Jessica putus dengan teman lelakinya yang baran dan kaki pukul. Setelah putus, Jessica menuduh Mirna  cuba menghancurkan hidupnya. Then ada juga yang kata Jessica cemburu dengan Mirna.

Ramai yang tanya, kenapa 20 tahun je?

Jessica ni kan dah jadi penduduk tetap Australia, Polis persekutuan dekat sana dah cakap yang hukuman mati tidak akan dikenakan. Sebab kalau dekat Australia, law dekat sana dah tetapkan tiada hukuman mati untuk kes bunuh. Sebab banyak kes, yang bila dah hukum mati, tiba-tiba tak bersalah. Korang boleh baca banyak tentang ni dekat wiki. Hehehe

Padahal kalau dekat indonesia, kalau kes bunuh macam ni patut kena hukuman mati.



Gigih tahu follow kes ni sampai subsribe semua video news dekat Indonesia. Haha Tapi sekarang kan nak dibawa ke Mahkamah Rayuan so, nanti nak tengok update terbaru. 


p/s : untuk lebih details, boleh search "jessica kumala wongso". Article ini just summary dari keseluruhan kes. Senang nak faham :)
Siapa pakai mouse ni? 
Poskad? Siapa yang masih guna Poskad?
Seronok bila ada coffee machine, boleh buat 5 jenis coffee!
Favourite iday, Roti Canai Tisu! Hehe



Sebenarnya roti canai ni memang dah jadi sebahagian dari hidup rakyat Malaysia, mana-mana je mesti ada jual. 24 jam okay. Then macam-macam pilihan dan jenis. Yang iday listkan ini adalah favourite iday dan juga the basic roti canai yang ada di Malaysia. Kalau yang zaman sekarang siap ada berwarna-warna, tu hipster sangat, not in this list. Haha

Kalau nak tahu, perkataan "Canai" itu sendiri berasal dari Chennai di India. "Canai" in Malaysia juga membawa maksud roti yang dicanai-canai, yang diuli-uli dengan tangan. eh betul ke? HAHAHA

okay, dah la intro, jom kita tengok 7 jenis roti canai pilihan rakyat Malaysia :



1. Roti canai telur

Ini memang favourite iday all the time! Kalau lepak mamak dengan Islam, mesti beli yang ini. Cuma roti canai bersama telur, then makan dengan sambal, memang masyuk! Haha


Kadang-kadang iday order roti telur tampal, so diorang takkan hancurkan telur kuning tu. Hehe


2. Roti Bawang

Ini memang roti favourite mereka yang suka makan bawang. Biasanya akan rangup diluar tetapi juicy lembut didalam. Iday tak pernah try tapi macam sedap. Hehe



3. Roti Planta

Roti  ini dibuat dengan menggunakan "Planta" brand, akan rasa masin-masin mentega. Iday pon suka! hehehe Ini kalau macam kosong macam tu pon sedap. Hehe


4. Roti Pisang



Iday tak pernah try tapi pernah la member-member order roti ni bila lepak. Diorang cakap sedap, tapi iday tak berapa suka sangat combination pisang and roti. Tapi maybe akan try in future. Hehe Korang pernah try?


5. Roti Cheese

Ini memang favourite, kalau makan memang takkan share. Haha Panas-panas roti dengan cheese yang meleleh. Sedapnya, tiba-tiba terliur dah masa taip ni. Haha


Korang tahu mana-mana restoran yang serve roti cheese yang sedap? share dekat ruangan komen ye. Hehehe

6. Roti Tisu

Sebenarnya dulu masa awal-awal kenal Islam, kitorang pernah keluar dengan kawan 1 ofis. Then, iday duduk sebelah Islam, dia order roti tisu. Yang habiskan roti dia? Iday la. Padahal tak sembang or kenal sangat sebab Islam budak baru. HAHA


Tapi ini pon antara favourite iday. Biasanya diorang akan serve tinggi-tinggi macam bukit, ada yang just baringkan atas tray. Ada yang tabur gula dan siram dengan susu. Tapi iday, selalu minta jangan tabur gula dan asingkan susu siap minta extra susu. HAHA Sebab suka cicah-cicah. Sedap!

7. Roti Boom

Iday tak sure sangat roti boom ni, biasanya akan diserve dengan bentuk bulat macam ni and ada cairan gula. Iday tak pernah makan tapi kawan-kawan ada order. Maybe sebab iday tak suka gula-gula ni kot. Tapi macam nak try. Hehe


Oh, satu lagi adalah Roti Canai Kosong :)

Yang paling murah tetapi sedap, ada yang suka order biasa-biasa, dah ada juga yang order "banjir" - maksudnya dilimpahi dengan kuah sambal dan dhal. Hehehe


Dulu zaman belajar dekat Uitm Shah Alam, iday stay dekat Pusat Komersial Seksyen 7, situ memang banyak restoran mamak and tiap-tiap malam mesti lepak makan roti canai. Haha

Rindu pula zaman belajar. 

Tapi sekarang pon, bila dah kahwin, selalu breakfast roti canai dengan Islam dekat Yus Corner Bukit Jalil, dia punya roti canai memang terbaik. Lembut dan sedap! Hehehe


So, mana satu favourite korang? Apa tempat roti canai best bagi korang? Boleh la share! Hehe :)



Gary tidak akan muncul lagi dalam RunningMan! 
Ya Allah, terkejut bila tahu tentang kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor tadi.



Pagi tadi, iday ada check ramai yang tweet dengan hashtag #PrayForHSA . So, iday check la beberapa post lain yang menggunakan hashtag yang sama. Rupa-rupanya Wad ICU di Hospital Sultanah Aminah Johor terbakar. 


Dari twitter Bernama, 6 pesakit iaitu 4 perempuan & dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran.




Tak dapat bayangkan suasana di hospital waktu tu. Ini pula live twitter update dari staff di Hospital Sultanah Aminah 







Gambar-gambar lain adalah sumber dari twitter :






Ingat, jangan buat sebarang spekulasi kalau tak yakin dengan kesahihan cerita. Diorang ada family dekat sana and risaukan keadaan family diorang. Iday pon bergantung dari sumber Bernama dan berita yang boleh dipercayai. 


Ini pula video ketika kejadian :




Untuk update terbaru tentang kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor boleh la check di twitter Bernama : https://twitter.com/bernamadotcom


Doakan semua selamat! 
Favourite food all the time! Hehe



Sebenarnya ramai yang cari Resepi Ayam Masak Kicap dekat blog iday, itu antara keyword yang selalu masuk blog iday. Yelah, sebelum ni kan iday ada post entry Resepi Ayam Kicap Berempah tapi ramai yang nak Resepi Ayam Masak Kicap jugak. Hehehe

Ada dua versi yang Iday suka iaitu :

A. Versi Ayam Digoreng Terlebih Dahulu + Tomato
B. Versi Ayam Belum Digoreng + Daun Sup 

So, Iday akan kongsi 2 jenis resepi ni dibawah. Korang boleh cuba mana yang korang suka :)

A. Versi Ayam Digoreng Terlebih Dahulu + Tomato

Bahan-bahan

Ayam - potong sederhana (5-6 ketul)
1 biji bawang merah besar - dihiris
3 biji lada - nak pedas letak extra
Lada hitam - ditumbuk, kalau takde yang macam ni, boleh pakai yang serbuk
1 inci halia
2 ulas bawang putih - diketuk/hiris
Kicap
1 biji Tomato dihiris 8
Garam dan Gula secukup rasa

 Cara-cara memasak Ayam Masak Kicap Mudah Dan Cepat :

1. Gaulkan ayam bersama sedikit kunyit dan garam. Goreng sehingga kekuningan dan asingkan.

2. Hiris bawang, halia, bawang putih. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga naik bau atau bawang layu. Jangan hangus pulak. Hehe 

3. Masukkan kicap dan sedikit air. Jangan lupa secubit garam. 

4. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau sehingga ayam masak. 

5. Letakkan lada dan tomato.

Siap! Hehehe


B. Versi Ayam Belum Digoreng + Daun Sup 

Bahan-bahan

Ayam - iday suka potong kecil-kecil, terpulang pada korang
Daun sup
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji lada - nak pedas letak extra
Lada hitam - ditumbuk, kalau takde yang macam ni, boleh pakai yang serbuk
1 inci halia
2 ulas bawang putih - diketuk/hiris
Kicap
Garam dan Gula secukup rasa

optional : sayur seperti kacang panjang atau cendawan


Iday lagi suka pakai biji lada hitam macam ni compare dengan yang serbuk. Yang ni lagi pedas dan sedap. Hehehe



Cara-cara memasak Ayam Masak Kicap Mudah Dan Cepat :


1. Hiris bawang, halia, bawang putih dan lada. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga naik bau atau bawang layu. Jangan hangus pulak. Hehe 




2. Masukkan ayam, kicap, daun sup, lada hitam dan secawan air. Letak cendawan pon boleh. iday pernah letak shitake dan cendawan butang. Sedap!


Jangan lupa letak garam dan gula. iday jarang letak gula sebab guna kicap kipas udang yang manis tu. so, letak garam je. Hehe






3. Biarkan sehingga ayam masak, nak lagi sedap nanti boleh letak sayur seperti kacang panjang.


Sebelum letak sayur, korang boleh biarkan lama sikit supaya ayam tu meresap kuah kicap. Kadang-kadang iday biar lama then baru letak sayur. 



Then, siap dan boleh hidang! Simple sangat kan! Ada orang letak tepung sebab nak bagi pekat, tapi kalau korang biar lama-lama nanti pon pekat jugak. Hehehe





Mudah kan? Hehehe Korang boleh la buat during weekend ni. Makan dengan nasi panas memang sedap! Hehehe

iday ada post resepi-resepi lain jugak, boleh check link dibawah ni :



Selamat mencuba! Hehehe




“Panas Giler” “Senyuman Besar” Pandai Mat Salleh ni cakap Melayu! Haha
Serius cantik Instagram diorang, bukan selfie semata-mata ye. Hehehe

Serius, the best asam laksa penang iday pernah makan!
Pretzel Pizza? Sedap sangat sampai si Islam makan sorang :|


Iday memang gila cheese, apa-apa makanan yang ada cheese memang iday suka. Sebab tu ada je resepi yang guna cheese, iday nak try masak. Tapi kalau makan selalu pon tak elok kan. Hehehe

p/s : entry ni edit dari entry lama : Kentang bakar bersama cheese 2012

Hari tu ada tertengok blog kawan iday, dia share resepi kentang bersama cheese. Kentang tu dibakar bersama cheese. Memang mudah dan sedap. Ida pon cuba la resepi tu, tapi iday ada tukar step sikit. Hehehe



Bahan-bahan yang diperlukan :


+ Cheese slice - iday beli yang ChesDale yang besar. Lebih boleh simpan :p

+ Cheddar cheese - beli je 1 paket
+ Kentang - bergantung pada selera korang & beli yang sederhana besar
+ Serbuk lada hitam


Cara-cara nak buat Kentang Bakar bersama Cheese :


- Basuh kentang terlebih dahulu. Kemudian potong kepada 2 bahagian.


- Korek isi kentang tapi jangan sampai terkena pada kulit kentang, takut nanti berlubang. Kalau macam susah nak korek sebab keras, korang boleh rebus dulu kentang tu.


- Iday memang tak suka rebus, sebab nak fresh rasa dibakar. Hehe Ida cucuk-cucuk isi ketam dengan pisau then korek keluar isi kentang. Hehehe


- Gaulkan isi kentang bersama cheddar cheese dan black papper.  Then kalau nak lagi best, korang boleh kisar bahan-bahan tu. Korang boleh letak bahan-bahan lain jugak seperti brokoli, parsley. Ikut selera korang. Hehe


- Lepas dah kisar, tuangkan balik acuan tadi kedalam lubang kentang yang korang korek tadi. Isi sampai penuh. 




-  Then baru la letak kepingan cheese di atas kentang tadi. Iday potong separuh kepingan cheese tu. Barulah banyak kentang boleh buat. Hehehe




- Lepas tu korang bakar dalam oven sampai kentang masak. Hehehe




Senang je kan :)



Sorry gambar tak berapa nak cantik sebab ni edit entry lama. Hahaha

Tadi ada intai resepi ni dekat Google, ada yang siap gaul dengan brokoli. Memang sedap! Nanti nak cuba la. Tengok je la gambar-gambar ni. Mana tak terliur. Haha





So, next time kalau iday masak lagi, iday akan update entry ni gambar terbaru, okay! hehehe :)

Selamat mencuba resepi mudah ni! Anak-anak pasti suka. Hehe
Jangan lupa tips ni supaya tak menyusahkan diri sendiri dan orang lain!





Every month bila dapat gaji, mula la buat list untuk shopping grocery. Beli barang-barang keperluan rumah lagi-lagi kalau yang dah kahwin, full time suri rumah ke mesti busy nak pergi supermarket untuk shopping.

Tapi, pastikan jangan lupa 5 benda penting ni! 

    Pastikan barang yang di beli mempunyai bar code!

    Hari itu iday shopping grocery, gigih semua campak dalam bakul/troli. Bila dah selesai, bayar la di kaunter. Sekali akak kaunter tu cakap :


    "dik, yang ni tiada bar code, tak boleh scan. kalau nak, kena ambil baru la."



    masa tu aku beli 1 paket kentang, then memang nak pakai sangat, terpaksa la jalan jauh sikit pergi ambil paket kentang tu. buang masa & tenaga kat situ. Selain menyusahkan customer lain yang dah beratur dekat belakang korang time tu


    Sebab tu kena check barang yang nak dibeli tu ada bar code ke tak. Kadan-kadang ink dah pudar dan tak dapat dikesan dengan scanner.

    Lagi tak suka, bila malas nak ambil ,then cancel. menyusahkan pekerja kat situ untuk hantar balik barang yang korang cancel beli tadi. 




     Jangan lupa timbang (sayur,ayam,ikan & etc) !

    Sama juga kes dengan bar code tu. Jangan lupa timbang. Pilih-pilih dulu, baru timbang sekaligus.

    jangan kejap ambil lobak, timbang.

    ambil tomato, timbang.

    pilih-pilih kangkung, timbang.

    Aunty yang timbang tu dah bosan tengok muka, kejap-kejap datang timbang.



    Then barang yang lupa timbang ni biasanya barang basah, bila korang lupa nak pergi timbang, then cancel, tinggal kat kaunter, lagi menyusahkan dengan air meleleh pastu pekerja pula kena cepat-cepat letak kat tempat yang sepatutnya. Ish Ish Ish! 








    Pandai ambil , pandai letak balik tempat asal

    Jenis orang yang suka beli ni memang banyak ada bila shopping grocery, tapi jenis cancel and letak suka hati pada tempat yang tak sepatutnya pon ramai. Alasan, sebab malas.

    Kadang-kadang aku nak beli meggi, tiba-tiba nampak susu tepung baby kat situ. Kalau nampak cendawan, boleh juga ambil, makan dengan meggi pon sedap. Hahaha

    Itu lah, rancang betul-betul, bila terlebih budget, terus cancel, then letak merata-rata barang tu.

    paling obvious, rak coklat bersebelah kaunter tu. macam-macam ada. last minute taknak beli kannn. aishhhhh! Jangan buat perangai tak elok ni ye. Hehehe


    Letakkan troli dengan betul

    Bila nak pilih barang, mesti nak parking troli tu kan. Ingat, jangan halang laluan. Kadang-kadang sakit hati pon ada, bila kau terpaksa ambil jalan jauh sebab ada orang parking melintang & mustahil untuk lalu.

    Lagi bagus, troli diletakkan di luar lorong. Minta la partner jaga kejap, takut barang hilang. Tak jaga pon takpe, korang bukan dah bayar pon. Hehehe



    Last sekali, jangan lupa bayar. Hahaha

    Especially kalau ada bawa anak, make sure before keluar, check la anak tu ada pegang something ke tak. Hehehe

    Iday ada baca 1 blogger share yang anak dia terpegang barang & masa keluar, bunyi alarm sebab ada barang yang belum bayar. tapi lupa pula sape. Hehehe Jaga-jaga taw. Hehe



    Tips Tambahan daripada Blogger :)


    + Jangan lupa bawak list barang nak beli sebab nanti terover bajet & barang nak di beli tak beli-beli pun. - BBL
    + Jangan pergi shopping groceries waktu lapar. Nanti semua benda yang tak penting pun nak ambik :D - Fadzi Razak


    p/s : nak tambah tips shopping grocerry pon boleh, di ruangan komen. Hehehehe :)


    I just can't say NO to Thai Food. Like seriously tak boleh hoi! Hahaha

    Selalu ada masalah macam ni, tak pasal menyusahkan makcik yang berniaga tu. Huhu :p
    Ini cerita zaman bercinta, dari dulu sampai sekarang, asyik buat Islam pening :p
    Apa itu NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program?
    Tiap kali birthday kawan, bagi Ballotin Chocolate je la. Hehehe





    2 benda paling iday kagum waktu pertama kali jejak kaki ke dalam kedai Ballotin Chocolate adalah hiasan kedai yang sangat elegant bertemakan warna putih dan corak unik pada chocolate yang dijual di Ballotin Chocolate.

    Paling penting, halal sebab founder Ballotin Chocolate sendiri adalah muslim. Dia la yang bertanggungjawab dalam membuat Ballotin Chocolate ni. Hand-made okayyyy! Hehe


    // Founder of Ballotin Chocolate sibuk melayan customer yang datang
    Tapi, bila tengok corak unik yang cantik pada Ballotin Chocolate ni, memang sayang betul nak makan. Macam tak sanggup je. Hahaha

    Sebab tu Ballotin Chocolate ni memang sesuai sangat kalau nak dijadikan sebagai hadiah buat mereka yang istimewa. Itulah konsep yang dibawakan oleh founder Ballotin Chocolate, beliau mencipta creative chocolate bonbon dengan pelbagai jenis isi coklat. 


    Setiap corak coklat membezakan isi coklat yang ada didalamnya. Nak tengok apa corak-corak chocolate yang ada di Ballotin Chocolate? Check gambar bawah, pasti korang pon kagum dengan kecantikan chocolate yang ada disini. Hehehe






















    Untuk memudahkan customer yang datang, owner Ballotin Chocolate ni dah susun chocolate-chocolate mengikut kadar peratusan chocolate. Dari dark chocolate, milk chocolate hingga ke white chocolate. 



    Biasanya kalau customer datang, kita akan tanya dulu, suka chocolate yang manis atau kurang manis, white chocolate, milk chocolate atau dark chocolate supaya senang untuk diorang buat pilihan 

    Bagus kan? Hehe


    Then setiap chocolate kan ada different filling, so customer juga boleh pilih filling apa yang diorang nak. iday ada suka 1 chocolate yang ada pistachio. Serius sedap! Hehe

    Yang penting, akan sentiasa ada corak baru yang diperkenalkan. Bukan corak yang sama je. Contohnya semasa musim merdeka baru-baru ini, ada chocolate Teh Tarik dengan corak bendera Malaysia di Ballotin Chocolate. Kreatif kan?
    Ada 3 jenis box di dalam Ballotin Chocolate, setiap box mempunyai kuantiti dan harga chocolate tertentu.



    Small Box (6 pieces) : RM36

    Medium Box (12 pieces) : RM66


    Large Box (24 pieces) : RM126

    Each : RM6









    Oh tadi kan iday ada mention yang iday kagum dengan dekorasi elegant di Ballotin Chocolate kan? Macam ni la suasana dalam kedai Ballotin Chocolate. 


    Customer akan datang dan pilih chocolate kemudian bayar. Prosedur dia lebih kurang macam kita beli donut. Pilih box then pilih jenis/corak chocolate yang kita nak. Simple :)



    Fouder Ballotin Chocolate ni sebenarnya anak kelahiran Sarawak, memang minat dengan bidang pastry dan ada pengalaman bekerja di hotel sebelum ni. 


    Kerana minat mendalam pada chocolate, beliau berjaya memiliki 1 kedai chocolate di Kota Damansara dan baru dibuka pada awal August tahun ni. Baru lagi kan? Tapi masa iday datang, banyak chocolate yang sold out. Hehehe



    Kalau nak tahu, proses nak buat chocolate ni bukan senang taw. Kena masa yang tepat dan teliti semasa proses. Kalau tak, nanti tak cantik berkilau macam ni. So, memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. 








    So, kalau korang memang peminat chocolate atau nak cari hadiah untuk yang tersayang, boleh la beli chocolate dekat sini. Cantik dan sedap! 

    Boleh check details and alamat dibawah :


    Ballotin Chocolate
    12 Jalan PJU 5/4, Petaling Jaya, Selangor 47810

    Masa operasi : Mon-Sun 11am-7pm

    https://www.instagram.com/ballotinchocolate/


    http://www.foodink.com.my/listing/ballotin-chocolate/

    Korang boleh order melalui email ini >> ballotin.chocolate@outlook.com
     dan akan terima pesanan melalui Ta-Q-Bin.




    Kalau suka artikel ni, boleh la share! :)