Enter your keyword

90kg Taugeh Dibuang? #teamtaugeh

TAUGEH? Hidangan Mee Laksa Terbesar di Malaysia dibuang atasan alasan tidak sesuai untuk dimakan? 


Mula-mula iday baca news tu, ida just marah macam tu je, macam fikir la, kenapa la diorang ni membazir sangat. Buat macam tu semata-mata nak pecah rekod Malaysia. 



Then iday baca lagi artikel tu and terbaca senarai bahan-bahan untuk buat Mee Laksa tu. Ini senarai dan jumlah bahan-bahan yang digunakan :

100kg - Sarawak Laksa Paste
225kg - Bihun 
90kg   - Udang
1008 biji telur
80kg   - Ayam


dan 90KG TAUGEH! 

TAUGEH! dia buang taugehhhh! Hahahahahahah menangis la mak aku kat kampung. Iday and mak memang suka taugeh. 

Kalau masak mee kari, bila makan, taugeh lagi banyak dari mee ye. 

Kalau makan kedai, makan apa-apa hidangan yang ada taugeh, wajib cakap "Extra Taugeh ye!"

Kalau kawan tak makan, mesti rasa seronok sebab nanti dia akan pass dekat kita and then cakap kat dia "Rugi hidup tak makan taugeh". Padahal tak tahu apa yang ruginya.


Lepas tu diorang ni pergi buat Hidangan Mee Laksa paling banyak or besar dekat Malaysia and buang! MEMBAZIR TAUGEH! 

Tapi bahan-bahan lain pon teruk juga membazirnya, 80 kg Ayam dan 90 kg Udang???  1008 biji telur?? HAHA 

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang hidup dengan gaya hidup sederhana dan selalu bawa bekal ke office semata-mata nak jimat cermat, saya sangat kecewa. sedih. emosi sangat ni. HAHA

Then-then, ada la yang bijaksana komen, ni untuk "FOOD SAFETY", yelar takut nanti orang sakit bila makan. 

eh abang, dah tahu macam ni, kenapa nak come out dengan idea teruk sebegini in the first place. Yela, memang tak sesuai dimakan sebab dibiarkan terbuka selama beberapa jam. 

Tapi still, kena la fikir kesan dan akibat. Memang 1 pembaziran yang besar! 

iday buat artikel ni sebab sedih tentang TAUGEH tu je. RIP 90kg TAUGEH!

iday harap nanti Plaza Merdeka ada penjelasan tentang isu ni. Diorang pon mesti dah pening dengan tohmahan dan makian netizen dekat social media diorang sekarang. 

Lagipon niat diorang dah betul, bertujuan untuk mempromosikan Laksa Sarawak sebagai produk makanan ikon negeri ini selain Kuching sebagai destinasi pelancongan pilihan. Cuma dah jadi macam ni pula kan.






okay, tanya serius ni. 

siapa team taugeh? HAHAHA #teamtaugeh

2 comments:

  1. Kan??sayang je taugeh..akak pun suka taugeh..dulu kalau makan nasik , ulam pun taugeh..hahah...sedap aih kunyah krup krap krup krap tu..

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List