Enter your keyword

First time check CCTV - barang kena curi?

Barang hilang, bila check CCTV memang tak percaya. memalukan betul :|




Ini kali pertama iday check CCTV sebab barang iday hilang. 

Ceritanya macam ni, pagi rabu minggu lepas, iday datang kerja seperti biasa. Then sampai dekat meja, iday perasan yang botol air masak iday hilang. Botol air jenama Tupperware. Iday memang ingat yang iday tak bawak balik botol tu hari sebelumnya. So, memang syak ada orang ambil. Huhuhu


Iday pon cerita la dekat Linda, kawan 1 office dekat office. Then dia cakap "check CCTV la iday" . Nak gelak and ingat dia main-main, tapi serius rupanya. 

Masa tu kebetulan, lalu depan Salah, staff department IT.  Linda terus cerita yang iday hilang botol air and nak check siapa yang curi. Salah minta datang je department IT and request nak tengok CCTV. 

Masa tu memang iday risau la, macam mana tiba-tiba nampak iday sendiri yang pegang botol and bawak balik. Memang malu habis la. Then Linda tanya lagi,

Linda : Betul ni memang tak bawa balik semalam?

Iday : Ye betul, sebab semalam pakai handbag, memang tak bawa balik. 

Linda : Kalau camtu, tengok je la CCTV. Kot-kot boleh nampak siapa yang ambil.

So, petang tu masa waktu habis kerja, iday and linda ke bilik IT. Salah dah bagitau bos IT tapi bos IT sempat cakap kat iday,

"Kau buat kelakar ye, mahal sangat ke botol tu?" 

HAHAHA

tapi Linda reply,

"Mahal la, jenama Tupperware tu"

kelakar Linda ;p

So, iday pon pergi la dekat CCTV punya display. Wahhhh, memang nampak semua jelas. Ni kalau buat something mencurigakan, memang terang-terang nampak. hehehe

So, Salah pon lajukan video CCTV tu ke waktu iday balik dari office. Yang kelakarnya, waktu tu botol air iday dah takde dekat meja. Tapi iday ada dekat situ. 

Linda dah gelak-gelak, memang sah la iday yang tinggalkan botol tu dekat mana-mana. Bukan orang ambil or curi. HAHA

Then, Salah undurkan ke belakang sebab dia nak tahu bila waktu botol tu tiba-tiba hilang. 

Rupa-rupanya, petang semalam, sebelum balik, iday ada ke meja belakang sebab nak tengok Aina and Linda tangkap gambar sunset. Yang best, iday bawa botol tu sekali and tertinggal dekat meja belakang. Memang jelas satu-satu kejadian tu dekat CCTV tu. 


Masa tu macam tak tahu nak sorok muka kat mana. Memang 3 bulan la taknak mengadap abang IT. Malu sangat-sangat. Linda dah keluar dari bilik IT and pergi dekat meja belakang. And memang ada botol air kat situ.

Beria cakap orang curi or ambil botol tu, padahal diri sendiri yang cuai. HAHA

Siapa la nak curi botol air aku tu? HAHAHA



2 comments:

  1. Hahaha nasib la Iday.. iday pelupa la tu hahahaha

    ReplyDelete
  2. hahahaha..aduh..macam tu sekali..

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List