Enter your keyword

Gambar-Gambar Busan Dilanda Taufan Chaba #PrayForBusan

Busan dilanda Tsunami dan angin kuat akibat Taufan Chaba - 5 orang mati dan seorang masih hilang?



Terkejut iday bila tengok timeline twitter penuh dengan hashtag #prayforbusan . Ada something berlaku dekat Busan ke? Rupa-rupanya Busan dilanda tsunami dan angin kuat akibat Taufan Chaba. Dari website Korean News, 5 orang didapati mati dan seorang masih lagi hilang. 






Menurut KoreanTimes, antara yang maut adalah seorang lelaki dalam 60-an beliau yang telah dihanyutkan oleh air banjir di hadapan sebuah apartmen di Ulsan. Mayatnya ditemui terperangkap antara penghadang jalan raya kira-kira 60 meter. 

Seorang ahli bomba Ulsan cuba untuk menyelamatkan orang dari banjir juga meninggal dunia. Dua orang yang lain terbunuh di Busan pada pagi tadi.


Ribut besar juga mendatangkan malapetaka di Pulau Jeju. Seorang wanita meninggal dunia apabila angin kencang melanda beliau dari bumbung sebuah rumah dua tingkat di daerah Suyeong. 

Pada masa yang sama, sebuah kren di tapak bangunan sekolah di daerah Yeongdo runtuh dan menghempap seorang pekerja, kemudian mati di tempat kejadian.



Tadi iday ada baca yang macam-macam operasi terpaksa diberhentikan seperti train, pembatalan penerbangan menyebabkan ramai pelancong terkandas di airport. Ketiadaan elektrik menyukarkan penduduk setempat. 

2500 sekolah terpaksa ditutup.

Kilang Hyundai yang dibanjiri air(gambar bawah) juga menamatkan operasi kilang mereka.












Market Taehwa di Ulsan juga dibanjiri akibat taufan Chaba (gambar bawah).




Apa-apa pon kita doakan mereka semua selamat, semoga dilindungi dari sebarang kecelakaan. #PrayForBusan





sumber : http://koreatimes.co.kr/

2 comments:

  1. uish teruk jugak. harap semua terselamat

    ReplyDelete
  2. Memang tragedi betul masa busan popular dgn filemnya...

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List