Enter your keyword

NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program | Media Event

Apa itu NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program?


Baru-baru ini, iday dijemput ke event NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program yang bertempat di Ben's Bangsar Shopping Centre

NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program ini sebenarnya usahama antara FORWARD dan NIVEA. Kita sedia tahu kan, setiap gadis-gadis di mana-mana pon mempunyai sifat malu dan kurang berani untuk mencapai cita-cita yang mereka nak. 



Jadi, projek ini sebenarnya membantu menyediakan platform dan memberikan peluang kepada para gadis ini untuk mencari dan meningkatkan kemahiran dan personaliti diri mereka serta meraih kerjaya dalam pelbagai industri kreatif di Malaysia. 

Melalui penglibatan mereka dengan NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program, mereka dipupuk serta diberikan motivasi untuk mencapai kecemerlangan pada tahap yang lebih tinggi agar dapat memperbaiki diri walaupun mendapat kurang sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan serta segelintiran pemikiran masyarakat yang stereotaip.

Siapa yang menjadi pilihan untuk projek ini? Gadis yang berusia 18 tahun dan tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Klang dan Selangor mendapat peluang dibimbing oleh individu-individu terkenal seperti Chef Adu dari The Canteen, Boryeong Mud Facial Spa @ Nu Sentral, Baba Can Cook dari Limapulo, Project B, Souka Bakes, serta penasihat kecantikan terbaik NIVEA. 

Program ini turut dibimbing oleh nama-nama terkemuka seperti Christopher Ling dan Firdaus Nisha, yang masing-masing mempunyai kekuatan dalam bidang mereka sendiri agar dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan terhadap kejayaan ini

Mereka yang dipilih secara teliti melalui kaji selidik. Seramai 350 gadis lebih dari 5 lokasi dipilih untuk fasa pertama perekrutan selama tempoh sepuluh hari. Fasa orientasi akan melibatkan perantis yang telah disenarai pendekkan dan mereka akan dilatih dengan asas-asas kerja oleh pembimbing pilihan mereka di kem latihan bagi program ini.

Setelah sepuluh hari, akhirnya 7 orang gadis terpilih dan diperkenalkan semasa event "Apprentice Announcement Ceremony” . Mereka ini akan dinilai secara mingguan oleh mentor mereka. 


Pada minggu terakhir, NIVEA KejarKerja Apprenticeship Program, perantis yang berjaya akan disalurkan kepada tawaran kerja bersesuaian, serta memulakan peluang pekerjaan mereka dalam organisasi berikut.

Kudos buat pihak NIVEA dan FORWARD atas usaha mewujudkan program sebegini untuk membantu gadis-gadis ini mencapai kerjayaan. All the best kepada semua peserta juga!




No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List