Enter your keyword

Resepi Mudah : Kentang Bakar Bersama Cheese

Ida dan cheese berpisah tiada. Hahaha



p/s : entry ni edit dari entry lama : Kentang bakar bersama cheese 2012


iday memang gila cheese, apa-apa makanan yang ada cheese memang iday suka. Sebab tu ada je resepi yang guna cheese, iday nak try masak. Tapi kalau makan selalu pon tak elok kan. Hehehe


Hari tu ada tertengok blog kawan iday, dia share resepi kentang bersama cheese. Kentang tu dibakar bersama cheese. Memang mudah dan sedap. Ida pon cuba la resepi tu, tapi iday ada tukar step sikit. Hehehe



Bahan-bahan yang diperlukan :


+ Cheese slice - iday beli yang ChesDale yang besar. Lebih boleh simpan :p

+ Cheddar cheese - beli je 1 paket
+ Kentang - bergantung pada selera korang & beli yang sederhana besar
+ Serbuk lada hitam


Cara-cara nak buat Kentang Bakar bersama Cheese :


- Basuh kentang terlebih dahulu. Kemudian potong kepada 2 bahagian.


- Korek isi kentang tapi jangan sampai terkena pada kulit kentang, takut nanti berlubang. Kalau macam susah nak korek sebab keras, korang boleh rebus dulu kentang tu.


- Iday memang tak suka rebus, sebab nak fresh rasa dibakar. Hehe Ida cucuk-cucuk isi ketam dengan pisau then korek keluar isi kentang. Hehehe


- Gaulkan isi kentang bersama cheddar cheese dan black papper.  Then kalau nak lagi best, korang boleh kisar bahan-bahan tu. Korang boleh letak bahan-bahan lain jugak seperti brokoli, parsley. Ikut selera korang. Hehe


- Lepas dah kisar, tuangkan balik acuan tadi kedalam lubang kentang yang korang korek tadi. Isi sampai penuh. 




-  Then baru la letak kepingan cheese di atas kentang tadi. Iday potong separuh kepingan cheese tu. Barulah banyak kentang boleh buat. Hehehe




- Lepas tu korang bakar dalam oven sampai kentang masak. Hehehe




Senang je kan :)



Sorry gambar tak berapa nak cantik sebab ni edit entry lama. Hahaha

Tadi ada intai resepi ni dekat Google, ada yang siap gaul dengan brokoli. Memang sedap! Nanti nak cuba la. Tengok je la gambar-gambar ni. Mana tak terliur. Haha





So, next time kalau iday masak lagi, iday akan update entry ni gambar terbaru, okay! hehehe :)

Selamat mencuba resepi mudah ni! Anak-anak pasti suka. Hehe

3 comments:

  1. woww. bestttnya nak try buatt tapi kalau tak da oven, boleh pakai apa ye? *serius nak try buat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, ni memang feveret. Try la buat! :)

      Ada double sided pan tak?kalau takde maybe boleh guna kuali and aluminium foil. Hehehe

      Delete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List