Enter your keyword

12 Video Lagu Yang Berjaya Ke Anugerah Juara Lagu 31 - 2016

Akhirnya 12 Lagu telah terpilih ke Anugerah Juara Lagu 31 2016, pilihan iday?



Bila buat list video ni, boleh dengar satu-satu and decide mana yang ada harapan menang. Hehehe Saat iday tulis entry ni pon, iday tengah check mana lagu pilihan iday untuk menang Anugerah Juara Lagu 31 :)


1. Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah (Natasyah/Iman Imran)


Ini kali pertama iday dengar lagu Lelaki Teragung. Suara Dayang Nurfaizah memang best. Tapi bukan pilihan iday untuk menang Anugerah Juara Lagu 31. 



2. Terakhir – Sufian Suhaimi (Shirkhan/Rinkarnaen)



Iday suka suara Sufian. Lagu ni banyak jadi OST kan? Sebab iday tahu lagu ni pon dari drama melayu yang iday tengok. 


3. Sudah Ku Tahu – Projector Band (Razif)



Lagu ni banyak kali iday dengar, dari radio and dari mulut Islam. Dia tak habis-habis pasang lagu ni dekat rumah. Iday rasa lagu ni memang famous. Tapi memang best pon. Lagi-lagi part corus. Tapi bukan pilihan iday untuk menang Anugerah Juara Lagu 31. Pilihan Islam kot. Hehehe :p



4. Selamanya Cinta – Shila Amzah & Alif Satar (Shila Amzah)




Siapa yang tengok Suri Hati Mr Pilot, mesti dah selalu sangat dengar lagu ni kan. Iday suka suara Alif Satar! Kan best kalau dia nyanyi lagu ni dengan Siti Nordiana. Haha Lagu ni macam ada harapan la boleh menang, maybe menang kategori. Hehehe



5. Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip (Ajai)




Dua-dua memang penyanyi hebat. Lagu ni Ost filem Uda & Dara. 



6. Ku Rela Dibenci – Aiman Tino (A.C.K/Riena)




Aiman ni muda lagi, umur 18. Lagu ni rekaan ayah dia iaitu Yusri Ishak yang pernah jadi finalis Bintang HMI 1992.


7.  Di Amaran Mama – Hazama/The Penglipur Lara (Ajai/Ad Samad)




Iday memang minat Hazama dari dulu. Suara dia unik! Hazama ni dah banyak kali masuk Anugerah Juara Lagu. Semua lagu-lagu dia mesti best-best. Hehehe




8. Obses – Akim & The Majistret (Hang Nadim & Laq)




Sebenarnya dari mula-mula iday tengok akim masuk AF, tak sangka dia boleh jadi sehebat sekarang. Lagi-lagi tahun lepas dia menang dengan lagu Potret. Menang ke tahun ni? Hehehe Nanti kita tengok.


9. Setia – Elizabeth Tan feat Faizal Tahir (Faizal Tahir/Mike Chan, Ezra Kong)




Satu je yang iday tak suka dengan lagu Setia ni, part Faizal Tahir nyanyi sikit sangat. Haha


10.  Hang Pi Mana – Khalifah (Harry Khalifah/Yabang Khalifah)



Boleh tahan juga suara Harry ni, serak-serak basah. Rock camtu. Hehehe



11. Kalah Dalam Menang – Syamsul Yusof feat Mawi (Syamsul Yusof)



Serius, iday tahu yang Mawi nyanyi tapi tak tahu pulak yang Syamsul Yusof nyanyi. 
HAHA  Dah la dia yang buat lirik, then dia nyanyi rap.


Tapi serius, iday suka lagu ni. Lirik dia best. And rindu suara Mawi. Dulu kan Mawi jadi fenomena dekat Malaysia ni. Ada harapan menang ni. Hehehehe


Lagu ni pilihan ida untuk menang Anugerah Juara Lagu, suka lirik, suka irama dia, suka Mawi, suka Syamsul Yusuf Rap. HAHA




12. Anugerah Terindah – Black (Omar K)




Vokal Black memang best, tapi iday tak suka sangat lagu ni awal-awal. Dengar banyak kali baru rasa best. Hehehe




So, tu semua video lagu yang berjaya ke Final Anugerah Juara Lagu 31. Setelah gigih check satu-satu lagu dan lirik, iday pilih lagu Kalah dalam Menang. Hehehe

Nanti kita tengok siapa yang menang. 

Korang pilih siapa?



1 comment:

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List