Enter your keyword

Baba Nyonya by Sambal Chilli @ Avenue K

I'm glad that all my friends jenis kaki makan, asal lepak nak makan. Takde la jenis nak diet ke ape (oh Fadh jenis diet -.-) 

Then, we love to try new outlet, new restaurant atau restoran yang famous dengan makanannya yang sedap. Hehehe So baru-baru ni, kawan iday Kalpana(K) yang memang lama gila tak jumpa, ajak keluar makan. Yang join masa tu, Usha, Via, K and Islam.


K suggest Baba Nyonya by Sambal Chilli @ Avenue K. Senang for everyone sebab dekat dengan LRT and senang parking. Lagipon, Baba Nyonya tu baru dibuka disitu, 2 minggu tak silap iday. Iday tanya sebab before ni tak pernah nampak. Hehehe


First outlet yang diorang buka dekat Atria Mall. Masa mula-mula datang, iday tengok dekorasi restaurant Baba Nyonya tu memang cantik sesuai dengan tema Baba Nyonya dan Peranakan. 


Yang penting, lighting kedai tu yang memang terang dan sesuai untuk selfie or group wefie. Hehehe Kiranya good for Instagram post la. Hehehe



Tempat duduk makan pon cantik and masa kitorang dah start ramai orang datang. Maybe sebab during lunch kot. 





Hiasan lampu yang unik dan cantik.




Ruang yang luas dan hiasan dinding yang cantik.





Siap ada mural art cantik dekat dinding lagi. 




Iday paling suka dengan hiasan pokok dalam restaurant tu. Nampak hidup je suasana restoran Baba Nyonya ni.



Paling comel bila tiba-tiba nampak jelmaan kucing comel ni. Mula-mula ingat real, rupa-rupanya replika kucing comel. Hehehe


Macam nak bawa balik HAHA


Okay, nak cerita tentang makanan. Disebabkan K pernah makan sini, so kitorang minta K suggest apa yang pernah dia try and best dekat sini. 

Menu pertama kali yang K suggest adalah Chicken Lobak. Lobak kat sini bawa maksud Nyonya Meat Rolls. Memang sedap, datang bersama 3 jenis sos. Ni paling cepat habis masa makan hari tu. Hehehe


Harga untuk hidangan ini adalah RM10.90, hari tu kitorang makan share 5 orang. Hehe 






Then K tanya, semua suka petai? Iday and Islam kan hantu petai. So, K order Sambal Petai Prawn. Memang sedap dan pedas-pedas rasa petai. Petai pon banyak dia letak. Udang dia pon segar dan bersih dibuang kulit. Korang memang patut try. Hehehe


Harga Sambal Petai Prawn ini adalah RM29.90. Portion besar and sesuai untuk makan ramai-ramai. Make sure datang dengan kawan yang tak makan petai, so korang boleh makan sorang and tak payah share. HAHAHA 



Masa tengok menu tu, iday nampak ada satu makanan favourite iday and memang lama tak makan iaitu Cincalok Omelette! Masa tu K, Islam and Usha memang tak pernah makan Cincalok Omelette. Terus iday paksa diorang makan. 


Last-last diorang yang habiskan. Hahaha 


Harga untuk 1 hidangan Cincalok Omelette ini adalah RM12.90




Then K order Fried Belacan Chicken Wing. Masa bau ayam goreng tu memang ada bau belacan, bauu syurga HAHAHA


Biasa la kalau Baba Nyonya punya style masakan memang ada belacan. Iday rasa lain dari chicken wing yang biasa. Sedap! Kalau datang lagi, nak order lagi. Hehehe




Harga satu hidangan Fried Belacan Chicken Wing adalah RM9.90. 




Then untuk sayur, kitorang order Kangkung Belacan. Rasa kangkung sedap dengan kuah pedas belacan. 




Nanti kalau datang lagi, iday nak try masakan sayur yang lain. Dekat sini pon diorang ada Terung Belado Hehe 




Ini pula menu paling iday suka and memang sesuai kalau korang nak makan 1 family. Menu pilihan iday ni adalah Assam Pedas Fish Claypot. Serius Asam pedas dia sedap. Kuah pekat cukup rasa. 


Sebenarnya iday tak expect yang diorang boleh buat sedap macam ni sebab last iday makan Asam Pedas sedap masa dekat Muar, Johor dulu. Iday memang recommend sangat korang. Makan dengan nasi panas-panas, letak kuah banyak-banyak. Hahaha

Harga untuk 1 hidangan ini adalah RM58.90. Portion besar, ikan memang besar and kuah pulak banyak. Kitorang sampai takeaway. Iday bawa balik bagi Adik Cah makan. Dia pon suka. Haha


Bila semua lauk dah sampai, masing-masing pon makan tak ingat dunia. Haha Iday and Islam memang tak breakfast hari tu sebab kitorang nak makan puas-puas dekat Baba Nyonya tu. Hehe

Via selalu jadi tukang cedok and bahagikan lauk-lauk, mak-mak penyayang ni. Hehehe



Aku pula memang jenis jumpa makanan dah tak pandang kiri kanan. Makanan dekat mulut, masih intai lauk lain. Hahaha





Dekat Baba Nyonya by Sambal Chilli ni pon ada dessert, ada macam-macam pilihan termasuklah Cendol, ABC, Bubur Chaca, Bubur pulut hitam, Sago Pandan Gula Melaka dan Banana Fritters.

Hari tu kitorang order ABC, Cendol and Banana Fritters.



Dalam mangkuk yang warna putih tu Aiskrim sebenarnya. Hehehe  Banana Fritters tu sedap sebab rangup di luar dan lembut didalam. Boleh cicah dengan aiskrim tu atau cili kicap. Mana-mana pon sedap. Hehehe



Then iday punya ABC pon sedap, tengok gambar macam dalam mangkuk kecil, sekali datang, besar portion dia. Jenuh juga kita nak habiskan. Haha


Oh lupa nak cerita pasal minuman, hari tu iday order air minuman Markisa. K yang recommend sebab dia kata memang sedap. Basically, apa yang ada dalam air Markisa ni adalah passionfruit, lemon, lime, lychee, calamansi & air soda. Patutla sedap, korang memang patut cuba nanti.



Iday suka dengan buku menu dekat Restoran Baba Nyonya ni. Simple tapi cantik kot. 




First page buku menu tu ada kain batik taw, yang kelakar corak kain batik ni sama dengan corak kain batik baju nikah ida dulu. Hahaha




Iday paling suka kalau menu siap ada gambar, senang kita nak buat pilihan. Hehe




Overall, memang best lepak and makan dekat Baba Nyonya by Sambal Chilli ni, tempat luas, cantik dan bersih. Makanan pon sedap and portion banyak. Layanan terbaik dari staff dekat situ. Serius memang pengalaman pertama makan yang best.


Kalau korang nak datang sini, boleh check info di bawah ye :

Lot T07, 3rd Floor @ Atria Mall 
Petaling Jaya, Malaysia 
+603 7731 9869 
Opening Hours : 10 am - 10 pm

Lot UC-1, Upper Concourse @ Avenue K 
Kuala Lumpur, Malaysia 
+603 2181 5455
Opening Hours : 8 am - 10 pm

Facebook : https://www.facebook.com/sambalchillirestaurant/
Instagram : https://www.instagram.com/baba.nyonya/
Website : http://www.babanyonya.co/





"Nothing Brings People Together Like a Good Food"







2 comments:

  1. comelnye tempat..makannan pun nampak sedap..elok dtg ramailah br jimat kan? huhu

    ReplyDelete
  2. alamak... sedapnya semua lauk
    ayam goreng belacan tu nyaman tak?
    kalau tambah telur asin kuning lg
    mabelos.. hoho.. boleh try nanti.
    tq darling

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List