Enter your keyword

Bila Donald Trump Jadi Presiden US Yang Baru

ye, Donald Trump dipilih jadi Presiden US yang baru. 



Aku macam biasa la, bersikap anak-anak, cuba nak compare "Thanks Obama" and "Thanks Trump". Susah pulak nak sebut "Thanks Trump" . Hahaha

okay serius, 

Dari awal-awal isu Trump ni, aku cuma tahu yang Trump ni racist, anti-muslim and sexist. Petah berkata tapi belum tentu dia boleh buat semua tu. Aku buta politik, tak kisah la dalam negara atau luar. Tapi aku baca, tak sewenang-wenang post dekat social media 

Alah korang, isu Trump jadi presiden pon nak kecoh, dalam negara sendiri pon tak mengundi.

Sebenarnya ada kesan lain, especially dari segi ekonomi sendiri. US antara negara yang mampu ubah ekonomi dunia. Sedangkan minyak naik pon dah terkesan kan. Tak nak komen banyak, yang ni pon kena baca lagi. 

Lagi satu, aku tak risaukan sangat tentang Trump jadi presiden. Aku risau supporter dia. 

Ingat tak movie "My Name is Khan". Nampak tak macam mana takut orang islam dekat negara sana masa trategi 11 September. Sampai ada  yang buka tudung and ubah penampilan supaya tak nampak sangat macam orang islam. Sebab takut kena attack atau dianiaya dari rakyat US yang extreme anti-islam. 

Aku risau, bila Trump jadi Presiden, diorang lagi berani nak tunjukkan rasa tak suka diorang, rasa benci diorang. Teringat yang kisah pemandu teksi yang muslim kena pulau dekat sana masa zaman trategi 11 september.

Doakan mereka semua ni dijauhkan dari kecelakaan dan dianiaya, doakan semuanya selamat. okay?

Kena halang masuk US? takpe, aku belum hadap lagi nak masuk negara diorang. Takde kesan dekat aku pon. 

Lain-lain isu, kita tengok la dulu macam mana corak pemerintahan dia nanti. 

Tapi ini yang aku faham dari apa aku baca, apa yang jadi kalau Trump jadi Presiden, oh dia dah jadi pon. Hahaha

1.  Immagration

Dulu Trump ada cakap, dia akan hantar balik semua immagrants dari US, tapi ada yang cakap akan effect dekat ekonomi US. So dia decide nak hantar mana-mana illegal immagrants yang ada kes jenayah. 

2. Wall

Trump nak bina wall/dinding besar antara US dan Mexico then nak Mexico bayar. Yang ni dia belum explain betul-betul lagi.

3. Cukai dikurangkan

So, Trump ada janji akan kurangkan cukai mengikut 3 peringkat :

+ Untuk pasangan yang annual income lebih $225, 000 setahun kena bayar 33% (sebelum ni 39.6%)

+ Untuk pasangan yang annual income dari $75,000-$225,000 setahun kena bayar 25%

+ Untuk yang bawah $75, 000 setahun kena bayar 12% (sebelum ni 15%)

Corporate company pon dikurangkan cukai sehingga 15% - sekarang ni 39% . Katanya bagus untuk business Trump kalau dia start bayar cukai. Hehe


Ni point-point yang aku faham, ada lagi satu dia ada cakap nak bubarkan Obamacare - healthcare program yang diperkenalkan oleh Obama untuk bantu 11 juta rakyat US yang tak mampu. Alasan dia,  membazir katanya. And banyak lagi point lain.

Kalau korang betul-betul nak tahu, banyakkan baca. Check beberapa sumber yang sahih

Kalau pong pang pong pang dekat social media tapi takde ilmu, kan nampak bodoh pulak. hehehe

Senang cerita, benda dah jadi. So, kita tengok la macam mana. 

Aku pon malas nak cerita panjang, kan ada yang kecam. Hehehehe Ini pon dari pandangan aku, dari apa aku faham and dari apa aku baca. 



Sekian dari aku yang tak minat politik tapi ambil tahu kejap sebab effect diri sendiri, kot kot la kan.

peace.


2 comments:

  1. yang paling takut keadaan umat islam dekat sana.

    ReplyDelete
  2. ciktie pun ada juga baca sikit2 pasal ni..just ambil tau je sikit-sikit pasal politik dunia. tapi sebenarnya ciktie memang tak berminat langsung bab-bab politik ni

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List