Enter your keyword

Gangguan Seksual Dalam Train

Tadi viral tentang ada satu wanita yang mendakwa dirinya dicabul di dalam LRT. Lelaki tersebut cuba menggosok kemaluannya pada badan wanita tersebut.



Serius marah dengan perangai lelaki tak guna ni. Tapi bila Syima (mangsa) menjerit, tiada siapa yang datang tolong. Serius lagi marah. Kalau aku ada dekat situ, memang dah sound2 dah, silap-silap kasut atas dahi. 


“Dia cuba melakukan gangguan seksual terhadap saya dalam LRT Putra hari ini dengan menggosok kemaluannya pada saya. Astaghfirullah. Tak pasti dia datang dari mana tetapi tolong ingat muka lelaki ini. Dia berhenti di stesen (LRT) Bangsar,”
Boleh baca full status syima dekat sini : https://www.facebook.com/syima.mohamad.9

Iday pernah berhadapan dengan situasi ni, zaman iday belajar dekat Uitm dulu. Tak silap iday, masa tu iday naik ktm dari Mid Valley ke Klang. Memang sesak. Lagi-lagi bila hujung minggu. 

So, masa tu iday berdiri tapi sandar pada tepi dinding plastik, bersebelahan dengan tempat duduk tu. Bila berhenti di satu stesen, ramai yang masuk. Masa tu depan iday ada seorang perempuan. Tak silap iday, dia pakai kemeja dan seluar panjang. Melayu bertudung. 

Then masa ramai-ramai masuk, ada lah warganegara yang berkulit hitam tu, warga Nigeria. 2 orang dan berbadan besar. Disebabkan ramai, macam berhimpit and perempuan tu berada antara 2 orang warga Nigeria tu. 

Lama-lama iday perasan, muka perempuan tu macam takut-takut dan tak selesa. Iday dah agak something yang buruk berlaku dekat perempuan tu. Tapi dia macam takut-takut. 

Walaupon iday takut nak approach tapi iday beranikan diri jugak and tanya.

"Awak okay ke? Mai duduk sini, sana berhimpit sangat"

Iday tanya kuat-kuat, sampai semua orang pandai iday dan perempuan tu. Dua orang Nigeria tu pon muka dah takut-takut. Tapi sempat jeling-jeling iday. Takut. Haha

Bila iday tanya macam tu, perempuan tu pon datang dekat iday. And badan dia ketar wei. Bila Nigeria tu dah turun stesen lain, iday terus tanya. Perempuan tu cakap, dia ada rasa tangan, main-main dekat belakang dia. 

Kuang asam, memang dah agak dah kan. Kalau tak ambil tindakan,  mesti makin berani diorang ni. Terus nasihat dekat dia, kalau kena macam ni, jangan takut nak jerit kuat-kuat. Biar semua orang tahu. Jangan malu. Selamatkan diri sendiri lagi penting. 

Ingat ye kalau jumpa orang macam ni dalam train ke, lrt ke, jerit kuat2. Biar lepas ni takde laki gatal yang berani. Diorang ni, kita pakai baju sopan pon diorang selera. takyah tunggu seksi. Dasar Gatal.

Then pada mereka yang nampak situasi macam ni pon, jangan segan. tegur mangsa atau tarik mangsa. Buat apa yang patut. Sebab yang mangsa ni kadang-kadang takut nak bertindak sendiri.

Sebab tu sampai sekarang iday tak suka naik train, kalau naik mesti nak yang bahagian wanita tu. Sekarang laki gatal dah makin berani. Marah ni. 

Oh tadi pon ada baca someone share, tips untuk elak kena raba dari belakang ni, pakai beg galas. Jangan yang besar gabak tu pulak. Backpack pon boleh. Macam-macam.



Korang ada pengalaman berhadapan dengan situasi macam ni?


p/s : tak semua warga Nigeria jahat.

6 comments:

  1. Hmm banyak kali sampai malas nak naik public transport. Especially bas & lrt la. Sex maniac ni bersepah kat tempat2 cenggini tau..

    ReplyDelete
  2. skrg ni dekat train bahagian wanita pon lelaki nak masuk jugak. tak faham.

    BTW, thanks jwb email sya.

    ReplyDelete
  3. sedih betul masyarakat sekarang ni T_T sy selalu pakai backpack jugak kalau naik tren, tapi dah terbiasa bawak backpack ke depan sebab nak elakkan pickpocket. T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  4. huish bahaya dalam train ni kan. ni lagi seram dari zombie. kena hati2 la kalau duduk dekat2 dengan lelaki.

    ReplyDelete
  5. Ler, aku pun pernah kena gangguan seksual masa dalam bas Rapidkl dari KL Sentral ke office dekat TTDI. Bas memanglah sesak gila, biasalah pagi kan. Tangan kanan pegang tiang, tangan kiri mengimbanglah konon sbb aku curi peluang tidur dalam bas walau berdiri. Tiba2, ada tangan yang agak sejuk atas tangan aku. Bersaat2 jugaklah lamanya. Kalau biasa kita salah letak tangan tu kita akan auto alih tangan kan? Ni tak, syok pulak dia menikmati tangan kita. Ehem! Zaman sekarang, lelaki pun dah tak selamat.

    ReplyDelete
  6. akak pun pernah berdepan dengan gangguan seksual macam ni tapi dia cuma tunjuk anu dia yang agak x berapa nampak sebab agak jauh.. seberang jalan. akak jalan kaki . Bila sampai port akak rasa selamat orang tu still ada kat tempat tu gosok2 dia punya tu.. akak nak ambil gambar terus dia lari masuk hutan. kat situ memang ada kawasan hutan sikit. geram sungguh.

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List