Enter your keyword

Steambot Serendah RM2 di Pearl International Hotel Kuala Lumpur?

Ini bukan cubaan atau main-main ye. Memang ada steambot dengan harga promosi RM2 di Pearl International Hotel.
Tapi sampai penghujung November sahaja, so korang kena cepat-cepat taw! 


Iday berkesempatan untuk rasa sendiri hidangan Steambot + Semi Buffet di Pearl International Hotel minggu lepas. Memang sedap! Yang penting halal okay. Hehehe

"Sensational Steambot" ini availble sepanjang weekday dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam. Korang boleh pilih samada sup ayam atau tomyam. 

Jom tengok gambar-gambar yang iday share ni :)

Macam ni la rupa steambot yang koreng order tu nanti. Sup macam biasa boleh refill. 



1 hidangan steambot untuk 2 orang. 





Dalam pinggan besar ni ada sotong, 



seabass fish fillet,



udang, ketam bunga, 



smocked duck breast, 



daging ayam, mussels, clams, 



enoki mushroom, shitake mushrooms, 





crabstick, deep-fried four seasons roll, dumplings udang, soft beancurd, telur, jagung,  fishball, 



chinese cabbage, baby Romaine lettuce, mee kuning, bihun dan turnip slice. 



Penat juga nak sebut satu-satu. Hehe Kalau tak cukup semua ni, jangan risau sebab korang still boleh tambah tapi ada harga add-ons serendah RM1-RM12. 

Tapi serius, ini pon dah cukup banyak. 




Iday suka rasa sup tomyam yang pekat dan sedap, pedas-pedas tomyam. Hehehe Sup ayam pon apa kurangnya, memang puas hati. Bahan-bahan fresh dan berkualiti. Iday paling suka masa makan ketam tu, manis isi yang fresh. eeeee, tengah taip ni pon dah terliurrrr. HAHA




Then tersedia juga semi buffet dari pelbagai pilihan desert, nasi goreng, mee goreng, sup, salad, buah-buahan dan macam-macam lagi. Memang puas hati la. 




























Harga untuk "Sensational Steambot + Semi Buffet" ini adalah RM35.90+ sorang dan minimum 2 person. Memang berbaloi sangat!

Eh, yang mana yang RM2? RM2 itu sebenarnya untuk customer wanita sahaja dan makan pada hari terpilih iaitu pada setiap hari Rabu. Tapi korang kalau berminat kena cepat-cepat sebab tempat adalah terhad, hanya untuk 50 wanita pertama sahaja yang dapat harga istimewa ni. 

Kemudian, kalau nak booking kena limited 4 orang. Minggu lepas iday tak dapat nak try yang promosi RM2 sebab tempat dah penuh. Memang ramai orang. So, kena booking awal-awal. 





Korang boleh booking melalui no phone di poster di atas atau check facebook diorang di link bawah :


Cafe 5 terletak di tingkat 5 di Pearl International Hotel Kuala Lumpur





Hari tu iday sempat singgah Executive Lounge di tingkat 23 Pearl International Hotel. Baru je lepas renovate, memang best sebab ada view dari tingkat 23. Dalam lounge tu pon memang eksklusif dengan dekorasi yang memang cantik.
















Ini pula area luar, boleh nampak view. Awal-awal, iday memang gayat. HAHA







Iday and Islam plan nak staycation dekat sini nanti :) So, nanti boleh la iday share pengalaman iday menginap di hotel ini. Hehehe

Oh, jangan lupa promosi steambot tu, sampai end of Nov taw! Hehehe




2 comments:

  1. Ohhhh! Terperanjat ittew baca. Pehhh.. Rupa rupanya.... Untuk wanita sahaja and hari rabu only. Hahahaha.. Ok Ok. Thanks for the info Iday!

    ReplyDelete
  2. Ulang2 banyak kali baca tajuk dia..terkejut...Untung jadi pompuan ni..kan??hahahah..Eh!!hari ni ramai la yang akan serbu ..

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List