Aktiviti Best di Pulau Pinang - Tengok Sunrise di Chew Jetty

2

Salah aktiviti best bila ke Pulau Pinang


iday pergi Pulau Pinang bersama dengan #GengKemarau. Kitorang stay sana selama 3 hari 2 malam and menginap di Container Hotel Pulau Pinang. Kitorang gerak dari KL around 12 malam. Before tu jumpa dengan diorang dekat McD. Gerak dengan 3 biji kereta.

Macam-macam aktiviti yang kitorang plan untuk Pulau Pinang ni, aktivi pertama yang kitorang buat adalah tengok sunrise di Chew Jetty.

Kalau ikut map, ini kedudukan Chew Jetty, lebih kurang 600 meter dari hotel kitorang. 


Kitorang gerak dalam 12-1 pagi and sampai around 5 pagi. Pagi tu siap ada yang sesat la. Islam pulak boleh tertido dekat Tapah. Bila semua orang dah sampai Jambatan Pulau Pinang, iday islam and clare masih dekat Perak :p

Jeti macam tersorok, so pastikan korang alert dengan sign and tengok map. Banyak kali juga kitorang sesat and tak jumpa. 

Kitorang parking dekat tepi tokong, betul-betul berhadapan dengan Pejabat Urusan Hai Soon Suites. Then, jalan kaki sikit ke Chew Jetty. 

Bila sampai pintu masuk Chew Jetty tu, akan nampak sign peraturan-peraturan and info tentang Chew Jetty. iday lupa nak ambil gambar, so iday pinjam gambar dari google. 


credit : Chew Jetty Sign

Kalau ikut pada rule pada sign tu, waktu korang boleh datang ke Chew Jetty adalah sekitar 9am - 9pm. Bagi iday macam tak best la. Make sense la, datang nak tengok sunrise tapi pukul 9 pagi. Pelik. 

Maybe sebab makin ramai orang, and visitor buat bising. So, macam kacau penduduk area situ kot. Sebab sepanjang laluan dekat Chew Jetty tu, ada rumah and penghuni.


Laluan jambatan kayu. Memang diorang jaga sebab memang kukuh. So, jangan risau. Hehehe Seronok sebab teringat kampung. Hehehe



Time ni sebenarnya kitorang dah kena halau dekat rumah paling hujung, betul2 hujung jeti. Hahaha Kitorang tak buat bising tapi owner rumah tu tak puas hati sebab kitorang tak ikut rule. Patutnya pukul 9 pagi baru boleh masuk. 

Tapi still tak faham, macam mana nak tengok sunrise pukul 9 pagi? HAHA



Last-last kitorang lepak kat tengah2 jeti je. View pon cantik je :) 






Kawasan ni memang ramai chinese, tu yang banyak tanglung. Then masa tu kan baru lagi lepas Chinese New Year.  




Sebenarnya jeti ni lagi meriah bila waktu siang. Siap ada gerai makan kecil, penduduk setempat yang jual souvenir di depan rumah and mural art. Maybe akan datang, kitorang datang sini waktu siang. Hehehe 





Tapi memang pengalaman best sebab dapat lepak dengan kawan-kawan and enjoy the view. So, kalau korang nak rancang aktiviti dekat Pulau Pinang, boleh la plan tengok sunrise. Banyak je tempat best untuk tengok sunrise dekat Pulau Pinang ni. Hehehe

Okay, iday nak share video trip Pulau Pinang hari tu :)


Rindu nak Road Trip lagi dengan #GengKemarau lagi! Hehehe



Boleh check artikel lain dibawah :





Post a Comment

2Comments
  1. Оh my goodness! Amazing arrticle dude! Thank
    y᧐u so much, Howevcеr I am going throkugh issues
    wіth your RSS. I don't know tһe reason why I cannot join it.Is there anyone elsе getting the same RSS
    problems? Anyone tһat knows the answedr can you kindly respond?
    Thanks!!

    ReplyDelete
  2. Hi there, evsrything is giing nicely heгe ɑnd ofcourse еvery one iѕ sharing
    data, that'ѕ in act fine, keеp uup writing.

    ReplyDelete
Post a Comment