Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Surat Terbuka Untuk Pencuri Helmet

Selasa lepas, buat kali ke-2 helmet kena curi. So, post/surat ini khas untuk mereka yang biasa buat kerja-kerja tak guna ni.


Hi Pencuri Helmet, 

Kau rasa curi helmet tu cool la? Apa perasaan bila kau pakai helmet yang curi? atau kau guna duit hasil jual helmet yang kau curi tu? Berapa ramai spesis sejenis macam kau ni sebenarnya?

Mula-mula, helmet islam yang kena curi masa parking dekat bazaar Ramadhan masa bulan puasa hari tu. Helmet islam dah la jenis helmet mahal, which is aku tak tahu sebab apa mahal. Tapi! Islam kena balik rumah dari Puncak Jalil ke rumah kitorang tanpa memakai helmet. Kalau jadi apa-apa dekat islam macam mana?

Bukan takut polis saman, tapi keselamatan. Helmet tu guna untuk safety. Kau curi helmet ibarat kau buat cubaan membunuh. Tahu tak? 

Ikut hati, nak je aku doa, sepanjang hidup kau pakai helmet tu, hidup kau takkan tenang. Sakit hati kita ni. Huhuhu

Hari selasa lepas lagi la, helmet aku yang hilang. Helmet tu bukan mahal pon, dapat free sebab beli motor. Tak cantik pon, tapi itu pon nak curi. Tak pasal-pasal kena balik dengan Uber. Gila nak naik motor tak pakai helmet dari KL ke Bukit Jalil. 


helmet 😞

Bukan takut polis ye, takut nanti kalau excident, kepala ni jadi macam telur dihujung tanduk pula kan. Tak pasal-pasal buang duit dekat Uber. 😒

Banyak lagi benda lain nak curi, jangan la curi helmet. Penat la asyik nak kena beli baru. Lagi-lagi zaman sekarang ni, semua nak mahal. Aku ni dah kaw-kaw jimat sampai hari-hari islam hantar pergi office naik motor. Naik kereta mahal sebab nak kena bayar tol and parking. 

Helmet tu pula dalam kategori alat keselamatan diri(memandai). Kira pakai untuk keselamatan diri sendiri. Masa curi tu, cuba la fikir :

Ni kejap lagi, macam mana tuan helmet ni nak balik, bahaya jugak curi helmet ni.

Bagus kan kalau ada fikir macam tu. Aishhh, tengah tulis ni pon sakit hati. HAHAHA

KENAPA KAU NAK CURI HELMET??? Lagi-lagi bila kau curi dekat tempat yang smestinya bukan kawasan rumah. Cuba fikir macam mana orang tu nak balik.  Huhu

Tapi Alhamdulillah la, yang curi helmet ni belum lagi terdetik nak curi motor ni. Kalau curi motor lagi parah Huhuhu

Please ye, jangan buat kerja tak guna. Jangan menyusahkan hidup orang lain. Yang penting, hidup aku la. HAHA

Aku baik hati, aku halalkan helmet yang kau curi tu. 


Yang Benar, 
Yang Sakit Hati



Gigih buat surat, entah pencuri helmet tu baca ke tidak. Hehehe. Takpe, surat ni untuk semua pencuri helmet di seluruh dunia. Diorang ni mesti ada community or group whatsapp. Nak kena plan, kat mana lagi tempat boleh curi helmet. Erghhhh. 



Sekarang pakai helmet besar warna merah. HAHA


Pernah ada pengalaman, helmet kena curi?



4 comments:

  1. perghhh nnti jumpe ketuk kepala dia dgn helmet

    ReplyDelete
  2. Pernah sekali helmet hilang..huhuhu...sedihnya sebab masa tu musim hujan...tapi tak apalah..mungkin dia terlupa sekejap..ada yang sedang memerhati..

    ReplyDelete
  3. tak pernah, tapi mmbr penah kena curi penghadang yg depan tu. plastik cover depan tu apa nama ntah. dia tak curi helmet, dia curi benda tu je. dalam mmbr pakai helmet jenis kura-kura separuh tu. bayangkan helmet tu xde plastik depan tu? ahhahaha. nk tergelak bila ingat blk :p

    ReplyDelete
  4. eh.. kebetulan la plak. Helmet saya pun hilang tadi. walapun dapat free waktu beli motor, tapi memang kuaja betul la yg curi tu. Tak fikir langsung orng nak balik macam mana. Ya Allah.... apa la dalam kepala hotak pencuri tu... dahh satu hal nak memikir beli helmet baru pulak. Tak terfikir langsung bila tengok motor sebelah pun takder helmet... mesti dah sedia maklum. Ternampak pulak ada motor baru parking sebelah, gantung helmet baik punya..... semoga selamat lah orang tu, tak jadi macam saya... amin. Leceh takda helmet ni, jatuh ke, kena langgar ke, kepala la yg paling effect.

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List