Enter your keyword


Filem Mia Tiara - Mempertengahkan Kisah Wanita Muslimah


Bila iday tengok barisan pelakon Mia Tiara, iday boleh agak filem ini bakal pergi jauh. Dan antara sebab lain kerana filem ini mempertengahkan kisah wanita muslimah yang berhijab yang jarang-jarang ditayangkan di Malaysia. 



Sebenarnya Mia Tiara adalah filem terbaru arahan Norazah Sahud yang bakal memulakan pengambaraan pada April 2016. Filem terbitan Tenview (M) Sdn Bhd ini bakal dibintangi oleh pelakon ternama seperti Eja, Amar Asyraf, Faizal Hussein, Izzue Islam, Julia Ziegler, Hafreez Adam dan Nadiyah Shahab.

Wah, siap ada Faizal Hussein tu, dah lama tak tengok lakonan hebat Faizal Hussein. Memang kena tengok ni. Hehehe

Menurut pengarah Mia Tiara Norazah Sahud,


Setakat ini, aktres Fathia Latiff telah bersetuju secara verbal mahu memegang watak sebagai model muslimah dalam filem ini. Namun begitu, masih belum ada lagi kata putus dan perjanjian hitam putih.P ihak penerbit sedang menunggu keputusan Fathia. Sekiranya tiada rezeki untuk Fathia bekerjasama dengan kami, pencarian pelakon akan dilakukan. 

Selain dari watak Mia Tiara, akan ada sesi casting untuk watak sampingan lain yang mengutamakan wanita muslimah. 

Kalau korang menepati ciri-ciri yang dinyatakan, boleh hubungi email yang tertera pada poster dibawah ini ye :)





Sinopsis Awal 

Mia Tiara, gadis kampung yang membawa lari ibunya ke KL untuk menyelamatkan ibunya dari keganasan ayahnya yang merupakan penagih tegar. Memulakan kerjaya sebagai model busana Muslimah, nama Mia Tiara terus mendadak naik hingga ke peringkat antarabangsa. 

Tapi dalam tempoh itu, macam-macam pahit manis pengalaman yang diperolehi oleh Mia Tiara. 



Okay dah, tak boleh la bagi sinopsis lebih-lebih. Hehehe Iday tahu tentang filem Mia Tiara ni pon sebab hadir ke majlis pelancaran filem Mia Tiara bersama pihak media di Restoran Istana Bamboo, Ulu Klang baru-baru ni. 



Apa yang menarik, Ahmad Idham akan menjadi penasihat dan produser untuk filem Mia Tiara ni. Siapa yang tak kenal Ahmad Idham kannnn. 



Menurut Ahmad Idham, jika filem ini dibuat dengan baik maka tak hairan lah jika filem ini boleh dijual sehingga ke pasaran filem antarabangsa khususnya di negara anggota seperti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Kita doakan ye! Hehe

And Iday harap Fathia akan berlakon dalam filem Mia Tiara ni sebab sesuai sangat dengan imej Fathia yang merupakan artis bertudung dan popular di Malaysia. Hehehe 

Filem yang akan membelanjakan kos produksi antara RM1 juta sehingga RM1.2 juta ini dijangka menjalani penggambaran pada April 2017 dan tayangannya pada penghujung tahun depan. Tak sabar sebab genre filem sebegini jarang-jarang okayyy. 


So, apa komen korang? 




Others Post




No comments:

Post a Comment

New Video On My Youtube Channel




Follow My Instagram

Blog Archive