Jejak Karmila | Sinopsis & Info Drama

1

Serius jalan cerita drama ini lain dari yang lain. Episode pertama pon dah sedih. Iday sebenarnya dah lama nak tengok lakonan Fauziah Ahmad Daud, akhirnya dapat tengok dalam drama Jejak Karmila ni. 




Info tentang Drama Jejak Karmila

Mula ditayangkan : 11 Januari 2017
Siaran : Slot Zehra TV3  (Rabu-Jumaat/9 malam)
Terbitan : Zeel Production
Pengarah : Murali Abdullah
Adaptasi Novel : Nilam Syapina

Senarai Pelakon Drama Jejak Karmila

Fauziah Ahmad Daud - Mia Ahmad - Ruhainies - Amy Mastura - Azri Iskandar - Asyraf Aley - Fauziah Nawi - Ben Ali - Afiq Anuar - Wani De'fam  - Nafiz Muaz - Johan As'ari - Tasha Muhamad - Wan Sharmila - Duerra Mitilda - Adriana Fareesha - Amanda Misbun - Rais Hazlin -Wawa Jasni

Kalau nak tengok, boleh check sini : Jejak Karmila 

Sinopsis Jejak Karmila

Mengisahkan tentang cinta Karmila terhadap Karim (Johan Asaari), anak kepada hartawan dan juga majikan Karmila iaitu Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Zaidi. 

Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun hubungan itu ditentang Hamidah. Karim benar-benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwininya. Namun, Karim lebih cenderung dengan kehidupan bebas dan aktiviti-aktiviti negatif. 

Karmila terpaksa bekerja di sebuah kedai jahit milik Kak Shikin untuk menyara hidup keluarganya. Suraya (Mia Ahmad) dan Nonie (Ruhainies) yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian Karmila dan Karim sebagai ibu bapa. 

Konflik terjadi sehingga Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie. Hampir 20 tahun meringkuk dalam penjara, jiwa dan hatinya sudah lali dengan keadaan itu, tetapi masih bersemangat untuk menjejaki anaknya setelah sudah sekian lama terpisah. 

Sementara itu, Suraya yang bekerja sebagai wartawan jenayah turut berusaha menjejaki ibunya, Karmila tanpa mengetahui si ibu berada dalam penjara. Terjadi juga konflik cinta tiga segi antara dua beradik, Suraya dan Nonie dengan Syed Haikal. 



Macam mana? Okay tak drama ni? 


Post a Comment

1Comments
  1. okay! tapi saya macam tak ikhlas lah suraya meninggal duniya

    ReplyDelete
Post a Comment