Enter your keyword



Soalan Pelik Iday VS Jawapan Pandai Islam #1


You can follow me here :



For those yang kenal aku dah lama, sure tahu perangai aku macam mana. Walaupon aku sendiri pon belum tahu sangat perangai aku macam mana. HAHA Tapi yang aku tahu, aku ni baik. Baik kot la :p

Even my boss pon cakap, aku ni pelik and he said Islam seorang penyabar sebab kahwin dengan aku. Hello, pelik-pelik blur-blur aku pon, dapur berasap. Tanya Islam, macam mana aku suap dia sampai comel molek sekarang. Perut kedepan. HAHA

Nasib baik, aku ni suka masak :p

So, aku selalu tanya Islam soalan pelik-pelik. Tapi aku suka tanya sebab dia suka melayan. Aku rasa one of my reasons kahwin dengan dia, pilih dia as my life partner sebab dia pendengar yang baik. Sebab aku ni memang cakap banyak, tapi bosan jugak asyik aku je yang bercakap. Bila sembang dengan Islam, sama-sama bercakap and sama-sama mendengar. Seronok :)

Okay, kalau ikut title blog aku ni, memang banyak soalan pelik-pelik aku tanya dia. And reaction dia kadang-kadang memang agak kelakar. Kalau tak kelakar, dia jujur and aku sentap. HAHA 

Question 1 :

Aku : Baby, saya nak tanya something. 

Islam : Tanya la, apa dia?

Aku : Dulu kan, masa awak bercinta dengan ex-gf awak. Awak sayang tak dekat dia?

Islam : Masa bercinta dengan dia, saya sayang tak dia? tu soalan awak?

Aku : Aah hehe

Islam : Mestila sayang, ada ke orang bercinta tak sayang. "Hehehe aku bercinta dengan dia, tapi tak sayang dia" Apa la awak punya soalan. Hahaha


Sedih, dia sayang ex-gf dia dulu (perempuannnnn punya emosi)



Question 2 :

Aku : Baby, nak tanya something.

Islam : Tanya la, apa dia?

Aku : Antara saya dan Neelofa, siapa paling cantik?

Then dia gelak nonstop tapi tak jawab-jawab soalan tu :|


Question 3 :

Aku : Baby, nak tanya something.

Islam : okay, apa dia?

Aku : Mana lagi awak sayang, saya masa awak bercinta dengan saya atau ex-gf awak masa bercinta dengan ex-gf awak?

Islam : Sayang awak lagi. 

Aku : eccecehhhh, cover baik la tu. 

Islam : Time bercinta dengan ex-gf dulu, time belajar and belum kerja. Tak pernah fikir pasal kahwin. Tapi masa bercinta dengan awak, dah kerja, fikir pasal kahwin. Memang lagi sayang la. 

Aku : awwwwwwwwwwwwwwww. pandai. HAHA



Sebenarnya banyak lagi la soalan pelik-pelik yang aku tanya. Tapi Islam okay, dia boleh jawab. Kalau dia tak jawab, dia gelak je. Hahaha


Korang pernah ke tanya soalan pelik-pelik dekat pasangan korang? Mesti pernahhhhh kan? Heheheheh 



5 comments:

  1. Honestly mmg salute dengan perangai Islam..dia mmg jenis melayan je..kadang debat benda yg bernas...so, Iday mmg 100% bertuah hokay! kekeke :P

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.. soalan pertama tu kan.. nak tau, tapi bila dah tau mesti sedih.. perempuan2

    ReplyDelete
  3. haiyo... susah jugak ekk.... kalau I kene tanye nanti oleh future wife, konfirm i jwb nelopa... hehehee

    ReplyDelete
  4. bab cantik dan sayang tu wajib kena tanya..hahahha...5 tahun pertama soalan tu boleh kata seminggu 3 kali wajib tanya..hahaha,,,tapi sekarang dah 11 tahun kawen..selalunya tanya dia.." nak makan apa hari ni..?" atau pun "bila boleh cuti..?"
    hahahhah

    ReplyDelete


Blog Archive

My Blog List