Enter your keyword

Sayaiday's Categories









Sesi Blogwalking Senarai URL Blog #22 Mia Liana

Saturday, January 30, 2016
Hi ❤



Cuti panjang ni buat apa je kat rumah? Kejap lagi Iday ada event food review. Tak sabar nak makan and buat review. Kalau makan, laju je kan. Sebenarnya, iday ada join Segmen Nak URL Mia Liana so Kak Mia Liana dah senaraikan URL blog untuk iday blogwalking. Cuti panjang ni, malam-malam boleh check and blogwalking blogger-blogger ni. 

Kalau korang nak blogwalking jugak, check URL bawah ni :)

  1. http://ucingkadayan.blogspot.com - DONE
  2. http://aizamia3.blogspot.my - DONE
  3. http://anumkhairil.blogspot.my - DONE
  4. Http://sheilashahfiekry.blogspot.com - DONE
  5. http://syaza-applemints.blogspot.com - DONE
  6. http://www.naniena.com - DONE
  7. http://www.masturadin.com - DONE
  8. http://ramaramapendek.blogspot.com - DONE
  9. http://www.sayidahnapisah.com
  10. http://mselim3.blogspot.my
  11. http://inijaribertinta.blogspot.my
  12. http://maszull.blogspot.my
  13. http://azlindakhamis.blogspot.my
  14. http://hellovitamin.com
  15. http://pinkvelvet-07.blogspot.com
  16. http://kasihjuju.com
  17. http://akukaudansesuatu.blogspot.com
  18. http://duiton999.blogspot.my
  19. http://dhiyadahlia.blogspot.my
  20. http://qileh.blogspot.my
  21. http://nurulimankehidupanku.blogspot.my
  22. http://www.aimisyahirah.com
  23. http://perducinta.blogspot.my
  24. http://munirahmustafar84.blogspot.my
  25. http://hanimsain-delimasari.blogspot.com
  26. http://www.arzmoha.com
  27. http://www.bondezaidalifah.com/2016/01/segmen-nak-url-blog-22.html
  28. http://jomshat.blogspot.my
  29. http://misskitty12.blogspot.my
  30. http://www.fadzirazak.com
  31. http://permatabiru0310.blogspot.my
  32. http://imahamdan.blogspot.com
  33. http://blogcikbelbel.blogspot.my
  34. http://hatinufid.blogspot.my
  35. http://www.zukidin.com
  36. http://wanruswaniee.blogspot.my
  37. http://najwazahid94.blogspot.my
  38. http://ridoaritoka.blogspot.my
  39. http://bluechoralpearl.blogspot.my
  40. http://www.hanisamanina.com
  41. http://hanismasturina.blogspot.my
  42. http://cikannesweetyncool.blogspot.my
  43. http://mimirheem.blogspot.my
  44. http://www.sayaiday.com
  45. http://blogashalya.blogspot.my
  46. http://www.byshaz.blogspot.my
  47. http://mamapapaamir.blogspot.com
  48. http://cahayakehalusankelembutan.blogspot.my
  49. http://yangbaik.blogspot.my
  50. http://akubukaninnocent.blogspot.com
  51. http://farhah88.blogspot.my
  52. http://darihatimissmulan.blogspot.my
  53. http://mulan-sahbanu.blogspot.my
  54. http://nurnajah24.blogspot.my
  55. http://qiyasaad.blogspot.my
  56. http://mardiahdiana.blogspot.my
  57. http://nonasani.blogspot.my
  58. http://sweetsouryaya.blogspot.com
  59. http://www.kisahsidairy.com
  60. http://www.ayuinsyirah.my
  61. http://hanimsain-delimasari.blogspot.com
  62. http://umikasum.blogspot.com
  63. http://theonlygirl98.blogspot.my
  64. http://www.ilmuagama.com
  65. http://www.azhan.co
  66. http://www.nikathirah.com
  67. http://farhana-mohamad.blogspot.my
  68. http://akuainkausiapa.blogspot.com
  69. http://www.azhafizah.com
  70. http://vitaminwawa.blogspot.my
  71. http://lifeisgreatwithme.blogspot.my
  72. http://nurfatinatikahmohdsharudin.blogspot.my
  73. http://jmbelog.blogspot.my
  74. http://fardiyah.blogspot.my
  75. http://ainpunyeceritalah.blogspot.my
  76. http://ckecilberbicara.blogspot.my
  77. http://www.inanihazwani.com
  78. http://madey09.blogspot.my
  79. http://www.nukeufo89.com
  80. http://nazihah-suarahati.blogspot.my
  81. http://umiwish.blogspot.com
  82. http://hiphiphorray15.blogspot.my
  83. http://cikna136.blogspot.com
  84. http://atharu.blogspot.my
  85. http://blooming-tulips.blogspot.my



Iday akan tinggalkan jejak. Mana yang iday update and komen "Done"adalah website yang iday dah visit Hehehehe Senang boleh track kita blogwalking. Thanks Kak Mia Liana sebab buat segmen best ni. Check sini : Senarai URL Blog


Selamat ber 'blogwalking' korang! :)


Tahniah Mat Lutfi dah kahwin!

Saturday, January 30, 2016
Hi ❤



Tadi iday check traffic blog, dah kenapa tetiba banyak yang datang singgah blog. Rupanya diorang search tentang Mat Luthfi dah kawin. And jenguk ke bkog ids untuk baca artikel ni : 




Iday pon jenguk la twitter and jumpa 1 twitter ni share gambar mat luthfi lengkap berpakaian baju melayu putih dan berdiri elok disebelah wanita cantik bertudung labuh. Sama cantik sama padan :) 



Comel je, Mat Luthfi yang pegang bunga. Tahniah Mat Luthfi, semoga sentiasa bahagia menjalani hidup berumah tangga ni. Hehehe






Ada yang kecewa ke? Hehehe 



Seronoknya dapat BR1M

Wednesday, January 27, 2016
Hi  


Iday syak sekarang ramai rakyat Malaysia tengok check status BR1M atau check baki akaun kan? Tadi Iday & Islam check baki akaun juga, tapi takde bayang BR1m. Nampak bayang duit dapat dari Affiliate Lazada je. Hehehe Alhamdulillah. 

Macam-macam ragam rakyat Malaysia bercerita tentang BR1m ni. Tahniah pada yang dapat. Rezeki korang. Iday banyak kali apply, tak pernah-pernah dapat. Dengki betul menteri-menteri kita ni. Hehehehe


Seronok amir dapat, Amir belanja please! Hehehe


Ramai yang cakap, kenapa ambil BR1M? konon-konon macam pengikut UMNO tegar camtu la. Tapi bagi iday, tak salah pon. Bukan BR1M ni duit rakyat ke? 

Tetapi nanti kita pulangkan dalam bentuk GST. Hehehe



Yang penting, macam-macam boleh beli dengan duit BR1M ni! Hahaha






Gituuu. macam-macam plan diorang ni. InsyaAllah, akan datang Iday cuba lagi. Nak juga merasa BR1M kan. Selamat berBR1M. Hehehe




Resepi Mudah Aiskrim Santan Kelapa Madu

Wednesday, January 27, 2016
Hi

Yeay! Ramadhan bakal tiba, dah cukup ke ilmu-ilmu masakan untuk masak juadah berbuka nanti? Iday dah selamat beli 2 buku masakan. Gigih tak gigih. Hahaha 

Okay sekarang Iday nak kongsikan resipe mudah untuk juadah berbuka puasa. Tapi bagi Iday lebih kepada something yang korang reward untuk diri sendiri selepas berpuasa 1 hari. 

Kalau yang dah ada anak-anak, boleh encourage diorang untuk berpuasa and reward diorang dengan aiskrim istimewa yang mudah ni. Hehehe





Ni namanya Coconut Milk Honey Ice Cream. Atau bahasa melayunya Ais Krim Santan Kelapa Madu. And bahan dia sangat la mudah, cuma 3 barang je. Hehe

Pertama, korang kena dapatkan TC Boy Kelapa Laut. Korang boleh beli TC Boy Kelapa Laut ni dekat pasaraya terdekat. Iday beli dua-dua jenis iaitu Sea Coconut in Syrup and Kelapa Laut Dalam Madu. 


Untuk resepi kali ni Iday guna Kelapa Laut Dalam Madu. 


Macam ni la rupa Kelapa Laut, warnanya macam tu sebab dah direndam bersama madu. Iday suka rasa dia sebab tak terlalu manis. Hehehe



Ada 3 bahan yang digunakan untuk membuat aiskrim ini ialah :

Santan : 500ml atau 1 mangkuk

Madu : 4 sudu atau lebih - ikut rasa korang. Suka manis letak lebih sikit

Kelapa Laut yang dipotong kecil



Kena potong Kelapa Laut tu nipis atau kecil-kecil taw.



Kemudian, letakkan beberapa sudu madu dalam santan tadi.



Iday letak 5 sudu madu, jangan risau. Madu ni kan kemanisan semula jadi. Lagipon, madu kan bagus untuk kesihatan. Hehehe





Bila dah letak, kacau campuran santan dan madu tadi hingga sebati.



Dah setel, sekarang cuma perlu letak dalam bekas ais krim je. Hehehe



Mula-mula korang isi kelapa laut dalam bekas. Sebenarnya ada 2 cara, 1 korang campur terus kelapa laut dalam campuran tadi atau letak macam iday buat dibawah ni :



Lepas dah isi semua, baru lah letak dalam peti ais. Biasanya kalau kita buat pagi atau malam,  balik kerja untuk berbuka dah keras and boleh makan dah. Hehehe



Nak tengok macam mana hasilnya?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaaaaa



comel kan? Hehehe





Bila korang makan aiskrim ni, korang akan makan isi kelapa laut tu dulu. Hehehe





Boleh makan selepas berbuka puasa. Hehe



Simple kan, anak-anak pon suka :)



Seronoknya masak menggunakan TC Boy. Hehehe Kalau nak tahu, TC Boy ni sebenarnya dah beroperasi dari tahin 1991. Paling penting product TC Boy ni mendapat Halal Certificate dari JAKIM, baru yakin nak makan kan. Hehehe

For more details, boleh la check info berikut :


Website : http://tcboy.com/



Movie Review : Senior/Runpee Thai Film

Sunday, January 24, 2016
Hi 

Weekend buat ape je? Apa kata korang ke wayang berdekatan dan tengok movie Senior, Filem Thailand yang sedang ditayangkan sekarang. Iday baru je tengok semalam, pukul 12 am dekat TGV Setia Walk. Plan asalnya nak tengok The 5th Wave tapi one of my friends cakap tak best. So, bila tengok list movie dekat TGV, check la SENIOR punya trailer, macam best.



saje bagi korang cuak sikit :p


Sedikit Info tentang movie ini :

+ Genre : Horror
+ Tempoh Tayangan : 115 Minutes
+ Tarikh mula ditayangkan : 14 Jan 2016
+ Status cerita :  18 tahun keatas
+ Pelakon : Jannine Wiegel, Phongsakon Tosuwan, Sa-ad Piampongsan


Okay2. Sebelum iday review, cuba tengok trailer bawah ni :
Senior - Filem Thailand
Senior | Filem Thailand yang sedang ditayangkan sekarang. Kisah Mon, seorang pelajar yang membantu seorang hantu pelajar lelaki untuk menyiasat kes pembunuhan yang berlaku 50 tahun dulu. Kelakar tapi masih seram. Hantu-hantu dia boleh tahan menakutkan. Yang penting, ending tak tergantung macam sesetengah cerita hantu thailand sebelum ni :)
Posted by Sayaiday on Friday, January 22, 2016



So, cerita ni sebenarnya tentang Adhiti/Mon, seorang pelajar perempuan di Sekolah Convent yang ada kelebihan unik iaitu dapat menghidu kehadiran spirit, ataupon hantu. 



Then ada satu hantu pelajar lelaki iaitu Senior approach Mon untuk siasat kes pembunuhan yang pernah berlaku 50 tahun dulu. 

Sekolah Convent tu pada asalnya adalah Istana lama dan kejadian pembunuhan tu berlaku di situ. Pada mulanya Mon tidak setuju tetapi lama-lama dia mula berminat untuk menolong Senior. 

Apa yang best tentang filem Senior ni adalah penggunaan CGI yang memang menjadi. Hantu memang nampak real dan menakutkan. Then, iday paling suka part Senior terangkan kenapa hantu boleh menembusi dinding sebab ada graphic animasi yang ditunjukkan which is bagi kita gambaran jelas tentang apa yang nak diterangkan. Korang kena tengok sendiri part ni. Hehehe

Jalan cerita movie ini tidak terlalu complicated, memang ada plot twist which is kau tak dapat agak siapa pembunuh, tak akan sangka yang rupanya 'dia' pembunuh. Then korang sure tak sangka apa hubung-kait Senior dalam kes pembunuhan ini. Serius best. 



Satu lagi iday suka, cerita bukan semata-mata tentang hantu tetapi tentang relationship persahabatan antara Adhiti/Mon dengan Ant. Dua-dua ni memang comel tetapi jadi bahan kutukan di tempat mereka belajar. Ada part sedih tentang relationship diorang ni. 



Biasanya kalau cerita hantu, mesti macam selalu gelap, suram kan. Tapi cerita ni ada juga part lain, part Adhiti/Mon keluar lepak dengan Ant. Part dia jumpa Senior dekat tasik. Cinematography cerita ni pon best. 





Sound? Bagi iday, filem ni bagus sebab diorang tak fokus sangat scene terkejut-kejut. Bunyi yang tiba-tiba kuat tu memang jarang. Dalam cerita ni banyak keluar suara hantu which is agak seram la. Hahaha Lighting cerita ni memang terbaik. Ada part yang iday suka, part Mon dengan Senior dekat tasik. Ada macam lighting sunset dekat rambung Mon, cantik :)




Ending?? Jangan risau, ending tidak tergantung. Cara ending memang terbaik dan tidak terlalu cliche. Movie ni memang best bagi iday. Memang berbaloi kalau tengok pawagam :)

Ada yang dah tengok? Apa komen korang? Best tak?



Rahsia Perkahwinan Kami : 'Bersama' bila ada Pergaduhan dan Masalah

Friday, January 22, 2016
Hi 


Inilah rahsia perkahwinan kami selama hampir 2 tahun. Bila ada masalah, kami pasti akan "bersama". "Bersama" berbincang masalah yang dihadapi, "Bersama" duduk meluahkan apa yang tidak puas hati. Iday and Islam jarang pendam kalau ada masalah, mesti nak cerita. So, memang rahsia perkahwinan kami adalah "Bersama". Kami juga selalu "bersama" berbincang jika ada pergaduhan dan masalah. 

Hahahaha

Apa aku merepek ni?

Sebenarnya iday kagum dengan tajuk yang MalaysianDigest guna untuk tajuk artikel rahsia perkahwinan Rosma dengan Khai ni. 




Awal-awal baca tajuk, iday fikir. "takkan diorang bersama sebulan sekali je?" . Ini orang yang dah kahwin je faham ye. Hahaha So, orang yang dah kahwin macam aku ni mesti nak buka baca. 8 tahun kahwin, tapi "bersama" sebulan sekali je? Gituuuuu persoalan yang duk main-main kat kepala aku ni.

Aku pon klik untuk baca full artikel.



"Sekurang-kurangnya sebulan sekali kami akan duduk bersama berdua, berbual dan luahkan apa yang terbuku di hati" , bersamaaaaa itu rupanya. Hahahaha

Yela, 8 tahun kahwin kot, mesti kita nak taw rahsia diorang. 

Rupanya, diorang ni banyak berbincang, slow talk. Iday setakat ni selalu duduk berbincang dengan Islam bila ada masalah and gaduh je. So, lepas ni kena set, sebulan sekali kena ada time, kitorang duduk and bincang. Luahkan apa yang terbuku kat hati. Apa-apa je yang tak puas hati. 

Syaratnya, masing-masing kena sabar terima teguran la. Hehehe Iday pon baru nak cecah 2 tahun kahwin, masih baru. Masing-masing masih belajar lagi ilmu rumahtangga ni. Hehehe

Tips perkahwinan : Kena banyak berbincang kalau ada masalah, jangan pendam. Kena ada sesi luahan hati, kalau ada tak puas hati boleh bincang :)

Kalau ada tips-tip perkahwinan, boleh share dekat ruangan komen ni okay :) 



Food Review : The Manhattan Fish Market ❤

Thursday, January 21, 2016
Hi 

Siapa gila seafood? Siapa gila ketam? Kita geng! Sebab iday salah seorang manusia yang suka makan seafood dan suka sangat makan ketam. Iday bertuah sebab dilahirkan di Terengganu and senang nak makan seafood dekat sana. Tapi bila start berkerja di KL, Iday mula cari kedai-kedai atau restoran seafood yang best (dan murah hikhik). 

Sebelum ni iday pernah pergi satu restoran yang popular tapi mahal. Total makan untuk 5 orang makan adalah RM400++ . Padahal portion makanan adalah kecil. Kalau fikir balik, memang tak berbaloi. Tapi bila Ayu ajak Iday makan dekat The Manhattan FISH MARKET, why not kan kita cuba. Kawan-kawan iday pon ramai yang cakap kalau nak seafood murah, try makan dekat The Manhattan FISH MARKET. 


Iday dapat tahu yang The Manhattan FISH MARKET sekarang tengah promosi makanan berasaskan ketam. The Manhattan FISH MARKET jual pelbagai jenis ketam okay. Selama ni kita main makan je, tak pernah amik tahu jenis-jenis ketam ni. Hehehe Masa iday datang pon, selain ketam iday ada makan lobster dan white prawn. Hehe 

Awal-awal kitorang order 3 Canadian Lobster dengan flaming sauce yang berbeza iaitu Manhattan Flaming Sauce, Honey BBQ Flaming Sauce, Ebiko Flaming Sauce dan Spicy Flaming Sauce. Hidangan ni available sampai 31st January 2016, so cepat-cepat korang datang ke The Manhattan FISH MARKET.


Masa sampai dekat meja, Iday dapat tengok macam mana diorang flamekan lobster tu. Live show la kiranya. Hehehe










Yang iday order ni ala-carte, korang boleh order Canadian Lobster Platter. Nama pon platter, korang boleh share sebab portion ni besar.


Iday suka rasa Canadian Lobster sebab fresh dan rasa manis segar. Isi dia memang padat. Memang sedap, lagi sedap kalau minum Citrus Mint. Kalau nak taw, bila korang makan banyak sangat udang ketam ni, kolestrol memang tinggi, Citrus Mint ni bertindak untuk kurangkan sikit kolestrol dalam badan. Hehehe


Sebelum kitorang order ni, sempat iday check ketam-ketam yang ada dekat depan restoran, diorang letak semua ketam fresh dekat depan. Kalau lalu-lalu depan restoran, mesti nak check tengok. Hehehe Kagum sebab besarnya alahai ketam-ketam ni. Hahaha






Ada 3 jenis ketam iday makan iaitu King Crab, Spanner Crab dan French Crab. Kitorang order ketiga-tiga jenis ketam ni sebab nak rasa sendiri. Sementara tunggu ketam, kitorang makan hidangan white prawn.



Serius sedap! Saiz udang pon boleh tahan besar. Isi udang ada rasa juicy dan manis. Lagi best bila korang perahkan lemon. Hehe Sebenarnya ada 4 jenis masakan udang iaitu Garlic Butter, Spicy Dip, Cajun Spice dan Garlic Salt Pepper. 


Korang pernah makan King Crab? Masa mula-mula iday tengok ketam ni, iday fikir boleh makan ke? Kenapa macam tajam-tajam kulit luar ketam ni. Kalau nak taw, King Crab dekat The Manhattan Fish Market memang datang dari Chile.






King Crab ni didatangi dengan dua jenis sauce pencicah iaitu Garlic Butter Dip dan Spicy Seafood Dip. Tapi iday paling suka cicah dengan garlic butter dip. Non stop aku cicah and siap rasa sos macam tu je. Hehehe

King Crab ni jenis banyak isi, even kaki King Crab ni padat dengan isi ketam. Isinya lembut, moist dan rasa manis ketam yang fresh. 






Hidangan ala-carte King Crab adalah RM69.90, Iday syorkan korang makan King Crab Platter sebab portion besar ada dory fillet baked, crunchy fried calamari, veggies and rice. Memang kenyang. Kalau datang The Manhattan Fish Market, ini antara menu wajib taw. :)



Lepas dah puas makan King Crab, kami dihidangkan pula dengan Spanner Crab. Spanner Crab ni datang jauh dari Australia taw. Ketam ini ditangkap dan bukan jenis ketam belaan biasa. Iday ada baca, disebabkan permintaan yang tinggi untuk ketam jenis ini, ada yang nak buat  ketam belaan tetapi agak susah. 

So apa yang korang makan dekat The Manhattan Fish Market ni memang fresh ditangkap dari laut. Hehehe


Spanner Crab ni takde la banyak isi macam King Crab tapi dia punya isi lagi juicy. Iday suka dengan layanan staff The Manhattan Fish Market sebab diorang offer help kalau kita tak reti nak ketuk or keluarkan isi ketam tu. Diorang akan ajar kita macam mana nak makan and keluarkan isi ketam tu. Hehehe











Kalau dekat The Manhattan Fish Market, dengan seberat 750 gram (lebih) hanya RM55.90. Dekat luar memang takkan dapat harga ni. So, nak makan Spanner Crab dengan harga berpatutan, boleh singgah The Manhattan Fish. Hehehe

Ini pula favourite ketam iday iaitu French Crab, iday suka ketam jenis ni memang banyak telur. Kalau datang lagi The Manhattan Fish Market, iday memang akan order French Crab ni. Hehehe 


Diorang akan hidangkan macam ni and korang boleh tengok telur ketam and isi ketam yang putih padat tu. Sedapnyaaaa! Sampai terliur-liur aku tengah taip ni. Memang nak repeat lagi datang and makan french crab ni.





French Crab available dekat semua outlet kecuali The Spring Mall, Vivacity Megamall, KB Mall, Seremban 2 and East Coast Mall dan bergantung kepada stock


Buat masa sekarang, French Crab memang tengah running out of stock, so next batch dijangka pada mid February 2016. Kalau korang betul-betul nak makan French Crab ni boleh message at The Manhattan FISH MAKRET social media pages or write in your inquiry to info@manhattanfishmarket.com . Tapi serius iday cakap memang sedap. Sebab tu out of stock and 




Bagi iday, kalau betul-betul nak makan seafood dengan harga yang berbaloi tak terlalu mahal, memang akan datang ke The Manhattan Fish Market. Lagi-lagi kalau nak try makan ketam yang pelbagai jenis tu. Hehehe

Kalau sebelum ni, asyik tengok youtube orang makan King Crab, sekarang datang The Manhattan Fish Market je. Hehehe






Facebook and Instagram : MFM.My

Twitter : @MFMMalaysia


















Follow My Instagram

Blog Archive