Enter your keyword

Babak Blergh dalam Batman Vs Superman : Dawn Of Justice

Wednesday, March 30, 2016
Hi  

Siapa dah tengok Batman Vs Superman : Dawn Of Justice?



Iday sebenarnya plan taknak tengok sebab bila baca review, banyak yang cakap tak best siap ada yang tertido-tido. Tapi sebab Islam nak tengok sangat and Halim pon ajak after food review. Iday pon fikir, tengok je la. Nanti kalau tak best boleh buat review. Hehehehe

So, best ke tidak?

Bagi Iday, movie ni lagi best dari Man of Steel. Serius Man of Steel tu kerja bergaduh bertumbuk je. Kalau korang dah tengok Man Of Steel, kan ada part Superman lawan dengan General Zod. So, masa diorang lawan-lawan, ada part yang diorang pergi gaduh dengan Bruce Wayne punya building, sampai habis runtuh and time tu la Bruce Wayne benci dekat Superman. 

Kali ni Iday nak share beberapa scene yang Iday rasa Blerghhhh . 
Blergh : a combination of the words blah, argh, and ugh. Can mean a variety of things including bored, dissatisfied, unhappy, angry. (Urban Dictionary)


Ada dua sebab kenapa Iday rasa blergh :

+ Tak logik or tak masuk akal or "takkan la wey?"

+ Scene yang Iday tak sangka or "Gila kentang, biar betul?"

Hehehehe drama sangat kan :p Okay, check senarai babak/scene yang iday rasa blergh dibawah :

1. Mimpi ngeri Batman

Iday sebenarnya sangat confuse dengan movie ni sebab Batman ni banyak sangat mimpi ngeri. Sampai dah tak tahu yang mana real and mimpi. Ada satu scene yang dia jatuh dalam lubang, tetiba semua kelawar terbang and dia pon terbang sekali, time tu Iday fikir, oh, dia dapat power time tu, tapi sebenarnya mimpi. 

Ada satu mimpi lagi yang dia curi barang Lex tapi kena tangkap, and Superman yang plan tangkap dia, masa tu aku tengah fikir, "ni mimpi ke real, mimpi ke real". Superman cuba nak bunuh dia dengan tumbuh dada Batman then dia terjaga tapi lepas tu dia nampak The Flash dekat skrin laptop, then terjaga dari mimpi lagi. Haishhhh. 

Tak silap Iday, jumlah mimpi ngeri Batman dalam movie tu empat, kan? ke lebih? Haha

2. Letupan Wheel Chair

Iday suka sangat scene ni sebab Iday tak expect yang senator tu akan mati, dengan cara paling tragis pulak tu. Even, Lex tu pulak sanggup korbankan dia punya PA. Iday mati-mati ingat PA dia yang cantik tu macam ada play important part dalam cerita tu. Mana taw, pandai lawan ke macam PA Valentine dalam Kingsman. Hehehehe

Tapi serius, iday shock gila, sampai fikir,  "eh serius la meletup" Hahahaha 

Tapi, kenapa Superman tak perasan?

3. Martha - Batman and Superman ada mak, nama sama.

Scene ni paling Iday tak boleh terima, punya la diorang gaduh bertumbuk. Superman yang kuat tu masih tak dapat peluang nak bagitau yang mak dia dalam bahaya. 

Then, saat Superman almost nak kena tikam, tiba-tiba sebut nama "Martha". Batman pon macam terus maafkan Superman sebab mak dia pon nama Martha Hahaha Then terus baik dengan Batman. Okay memang la kalau fikir balik, Batman cuma taknak lagi sorang Martha terkorban sebab mak dia pon kena bunuh sebelum ni. 

Tapi serius kelakar part tu. gelak sakan aku dalam movie :p

4. Suara hati Lois Lane and Martha

Macam mana Superman boleh datang everytime Lois Lane ada masalah tapi bila mak dia kena culik, dia tak dapat nak kesan mak dia kat mana?

Ada satu scene, Lois Lane kena campak dari bangunan, Superman terus datang. Wahhhh :p



Kesian Martha. Hampir-hampir nak kena bakar Hehehehe

5. Bilik Database tepi dapur and tiada security langsung?

Okay, dalam movie ni ada part yang Batman nak curi file database dari Lex. So, dia curi masa Lex buat party and invite dia. Tapi yang kelakarnya, bilik database tu dekat dengan dapur je. Pintu pon tak kunci. Hahahaha

Bukan sepatutnya kena berkunci and maybe ada laser ke ape ke, tapi Batman relaks je datang and copy file. Hahahaha




Sebenarnya banyak lagi, tapi Iday dah malas. Lagi banyak aku tulis, lagi sakit hati pulak. Ni pandangan Iday je. Jangan kecam saya. Hahahahaha 

Tapi overall best jugak sebenarnya, lagi best dari Man of Steel. Hehehe

So, apa pandangan korang tentang movie ni? Apa scene yang paling korang suka? or scene yang paling korang tak suka?


We Are In Love S2 Ep 01 : Song Ji Hyo & Chen Bo Lin (ENG Sub)

Saturday, March 26, 2016
Hi ❤ 




Akhirnya dah ada video We Are In Love S2 Ep 01 : Song Ji Hyo & Chen Bo Lin. Episode 1 ini adalah episode pengenalan, kali pertama Song Ji Hyo dan Chen Bo Lin berjumpa. 



Enjoy the video! 



Comel la Song Ji Hyo ni HAHAHA :)
Posted by Sayaiday on Friday, March 25, 2016



Full List Episode :


2. Episode lain : Akan datang





Comel kan Song Ji Hyo?

Sedikit info tentang We Are In Love S2 Ep 01 : Song Ji Hyo & Chen Bo Lin :

We Are In Live sebenarnya remake of Korean Variety Show We Got Married yang popular dan mula ditayangkan pada 19 April 2015. Rancangan ini lebih kurang sama dengan We Got Married tetapi bukan "Married Couple" tetapi "Dating".

Pasangan We are In Love sebelum ini :

Season 1 : 

Choi Siwon Super Junior + Chinese Fashion Model Liu Wen

Taiwanese Actress Ruby Lin + Pelakon Ren Zhong

Chinese Singer Kimi Qiao + Actress Xu Lu

Season 2 :

Song Ji Hyo + Chen Bolin


Iday rasa episode kali ni pasti dapat sambutan hebat sebab ada Song Ji Hyo, lagi-lagi bila ahli running man terlibat. Peminat Monday Couple dan Spartace mesti sedih. Hehehe

Tak sabar tunggu next episode! Hehehe


Movie Sinopsis & Trailer | Bridget Jones's Baby

Friday, March 25, 2016
Hi  

Siapa yang pernah tengok Bridget Jones? Iday still simpan lagi dua movie series Bridget Jones. Sangat lama kot movie dia, movie pertama iaitu Bridget Jones's Diary mula ditayangkan masa 2001. Then sequel Bridget Jones: The Edge of Reason ditayangkan pada tahun 2004. Masa tu zaman muda Renee Zellweger, Hugh Grant and Colin Firth. 



Iday tak tengok masa movie tu mula-mula ditayangkan, tapi Iday ingat Iday tonton movie tu melalui CD. Suka gila watak Bridget Jones sebab kelakar. Salah satu sebab Iday suka movie ni, sebab diorang ni British. so accent tu memang comel je. Hehehehe

Tadi Iday check timeline Facebook, ada orang share Trailer Bridget Jones's Baby. Wahhhhh, she's back and memang lain la dalam movie ni sebab masing-masing dah tua. Bukan tua sangat cuma dah matang. Hehehe




Cuma tak best sebab Hugh Grant tak berlakon, then ada watak baru yang dipegang oleh Patrick Dempsey. Kenal tak? Ala doktor hensem yang berlakon dalam Grey's Anatomy. Hehehe 

Check trialer :


Sinopsis Bridget Jones's Baby :

Bridget Jones putus dengan Mark Darcy. Pada umur 40-an dan masih solo, Bridget mula fokus pada kariernya sebagai top news producer dan mempunyai kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan. Tapi, kehidupan Bridget mula kucar-kacir apabila jumpa dengan Amerian guy yang hensem, Jack (Patric Dempsey) dan Mark Darcy. 

Kemudian, Bridget Jones mengandung. And dia tak sure siapa ayah kepada baby yang dia kandung, sama ada Jack atau Mark Darcy. 

Info lain : 

Director : Sharon Maguire
Writer : Helen Fielding
Genre : Comedy/Romance
Release date : 16 September 2016



Movie ni keluar lambat lagi, keluar 16 September. Aduh, semua movie yang best mesti keluar September. Hahahaha Sempat sangat la kalau korang nak tengok movie Bridget Jones sebelum ni. Hehehe




Siapa suka Bridget Jones's Diary? Hehehe

Tak sabar nak tengok Spring di Jepun Khamis Depan!

Thursday, March 24, 2016
Hi ❤ 

Yeay, tak sabar nak tengok Spring di Jepun khamis depan. Flight pada hari khamis dan akan stay di Jepun selama 3 hari 2 malam. Belum packing lagi, cuma dan plan perjalanan dekat sana nanti. Nasib baik, boleh bercakap bahasa jepun serba sedikit. Hehehehe

tapi, bukan Iday la. kawan Iday, Clare(link blog). Hehehehe Dia akan ke Jepun pada khamis depan and berpeluang untuk tengok keindahan musim Spring di Jepun. Iday tak sabar nak tengok gambar-gambar yang Clare snap nanti. Dah pesan dekat dia, "Live Update taw!" Hehehe

Tadi Iday tengok gambar-gambar Spring di Jepun yang dikongsikan di website National Geographic. Serius sumpah cantik. Jeles pulak dengan Clare ni. Hehehehe Takpe, nanti kita pergi Jepun ye Islam! :p

Sakura River  : Inokashira park



credit : Danilo Dungo


The White Wall : Cherry blossom at Meguro River, Tokyo, Japan.





Water Moat Sakura


credit : Yoshiki Fujiwara


Land of Mist


credit : Yoshiki Fujiwara

Eden

Garden filled with a number of plum trees.


Credit : Takahiro Bessho


Full Bloom Wisteria Tunnel


Credit : Takahiro Bessho

Cantik sangat-sangat. Hari tu abang Iday pon pergi Jepun. Tapi dia pergi musim sejuk. Iday kalau plan nak pergi Jepun, nak pergi masa Spring. Kena gigih kumpul duit lagi ni. Hehehehe

Korang dah pernah pergi tengok Spring dekat Jepun? 

Skechers - Bukan Hanya Sekadar Kasut Sukan

Thursday, March 24, 2016
Hi


Skechers bukanlah sebuah jenama yang asing dikalangan para penggemar sukan. Jenama antarabangsa yang berasal dari Amerika ini telah berpuluh-puluh tahun membawakan koleksi kasut sukan yang berkualiti kepada para penggemar Skechers. Kini jenama Skechers turut menawarkan koleksi kasut formal atau dress shoes dan juga koleksi kasut kasual dalam pilihan rekaan yang menarik.

Iday ada tengok ads commersial Skechers yang menampilkan Demi Lovato. Serius cantik kasut Skechers, yang penting ianya sangat selesa. Tengok video Demi Lovato dibawah :


Cantik kan?? Hehehe

Oh Megan Trainer pon mengayakan kasut dari Skechers taw. Dia suka menari and aktif, so Skecher memang sesuai untuk mereka yang aktif tetapi nak kan keselesaan pada kaki. Hehehe






Ingat taw, Skechers bukan hanya sekadar kasut sukan taw, korang boleh pakai untuk lepak, pergi kerja, travel and macam-macam lagi. Skechers memang kasut yang ada style dan selesa.

Antara sebab lain Iday suka kasut sukan Skechers adalah designnya yang cantik. Kalau tengok dekat website Zalora, ada macam-macam design. Tapi paling Iday suka yang ini :


Cantikkkkk :)

Kalau korang berminat dengan koleksi kasut sukan ini atau Skechers sport shoes sendiri boleh check website Zalora dan buat pembelian hari ini. Heheh Semangat ni. Iday pon kejap lagi nak beli satu. Esok kan paydayyyy! Yeay! Hahahaha

Koleksi kasut sukan Skechers ini boleh korang check dekat pusat-pusat membeli-belah terkemuka di ibu kota dan juga boleh korang miliki melalui pembelian online di ZALORA Malaysia. 

ZALORA menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah korang serta pulangan juga secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian.

Menarik kan??

Siapa lagi yang memang dah biasa pakai Skecher?Best kan. Hehehe

Song Ji Hyo and Chen Bolin | We are In Love @ We Got Married

Wednesday, March 23, 2016
Hi ❤ 

Iday memang minat Ji Hyo masa awal-awal running man lagi. Bagi Iday, Ji Hyo ni macam penyeri dalam Running Man. Kalau takde dia, memang tak best. Dah la dia cantik gila. Natural cantik. Kalau tengok Running Man, memang takde cover-cover. Muka bangun tidur, muka marah, muka tengah tidur Hahahha comel gila. 

Awal-awal dulu orang suka monday couple - Gary and Ji Hyo. Then sekarang ada la pulak group fan baru iaitu Spartace and Iday salah seorang penyokong Spartace sebab Iday suka Jong Kook. Nampak comel je kalau Jong Kook dengan Ji Hyo. 

Iday ada buat entry tentang couple Spartace dekat sini :

Tapi sekarang ada berita lagi baru, Ji Hyo digadingkan bersama Chen Bolin dalam rancangan terbaru iaitu We are In Love" ataupon We Got Married"  version Chinese. Masa tahu tu, Iday terus fikir "Ala macam mana dengan Jong Kook" Hahahahaha



And Chen Bolin memang bertuah sebab dapat bersama Ji Hyo. Jeles. Hahahaha

Chen Bolin ni pernah digosipkan bercinta dengan Ha Ji Won. 


Diorang lahir pada bulan yang sama and Song Ji Hyo lebih tua 2 tahun dari Chen Bolin. 

Song Ji Hyo : Dilahirkan pada 15 august 1981 di Korea - umur 34 tahun

Chen Bolin : Dilahirkan pada 27 august 1983 di Taiwan - umur 32 tahun

Hahahaha, tapi Ji Hyo still nampak lagi muda dari Chen Bolin :p

Sekarang dah ditayangkan episode 1, moment2 Song Jihyo jumpa dengan Chen Bolin. Yang kelakarnya, Song JiHyo ni boleh tertidur sebab tunggu Chen Bolin. Hahaha

Ada satu part, Song JiHyo gigit tangan Chen Bolin. Hahaha tengok video bawah :


Song Ji Hyo dalam Running Man pon kerja nak gigit orang je. Hahahahaha

Tak sabar nak tunggu Cah (adik Iday) download show ni. Hehehehe :p


Comel :)



Sedapnya Shell Out @ Setia Alam!

Tuesday, March 22, 2016
Hi

Siapa suka makan Seafood? Okay, kita geng. Hehehe

Iday rasa dah beratus-ratus (konon) entry dalam blog Iday ni mention yang Iday suka makan seafood. Over taw. Hahaha Tapi tu la realitinya, Iday suka makan seafood, lagi-lagi ketam dan udang. 

Hari tu Iday ada nampak Hanis Zalikha post gambar makan dekat Shell Out. Iday apa lagi, terus pujuk rayu Islam, ajak dia makan Shell Out. Hahaha




Sebenarnya Iday dah 2 kali makan di Shell Out. Kali pertama Iday makan dekat PJ dengan Lin and Ayu. Time tu tak plan sangat, so memang tak bawa camera DSLR. Gambar tak berapa nak cantik la, gambar phoneeee. Hehehe

Check gambar masa kitorang makan dekat Shell Out PJ :

























Ada orang cakap Shell Out ni macam overpriced. Tapi sejujurnya Iday cakap, seafood memang mahal, lagi-lagi yang fresh macam dekat Shell Out. Tapi kalau korang pandai order, tak tamak sangat, pilih apa yang korang nak makan, harga dia memang berbaloi. 


1 lagi, punya la banyak kedai yang buat konsep macam Shell Out iaitu hidangkan atas meja yang berlapik kertas and makan guna tangan. Tapi bagi Iday, Shell Out memang dah lama, since 3 tahun beroperasi. So, Shell Out ni antara restoran yang lama guna konsep macam ni. Hehehehe


Masa makan dekat Shell Out The Strand Kota Damansara, Iday ambil semua favourite seafood Iday iaitu Crab, King Prawn, Lala, Craw Fish (Yabbies), Octopus and Scallops. Macam-macam order time ni, yelar first time kan datang Shell Out, main order je. Hahaha


Masa tu lebih kurang RM300, tapi Iday rasa berbaloi sebab Iday order ketam besar and sebenarnya portion yang kitorang makan tu besar. Hehehe so next time kalau makan shell out, kena order apa nak makan, jangan ikut nafsu sangat. Hehehehe


Kali ke-2 Iday makan dekat Shell Out Setia Alam, sebenarnya diorang baru lagi buka outlet kat Setia Alam. Kedai diorang pon lagi besar dari yang Damansara. 





















Ini rombongan keluarga yang baru je lepas makan di Shell Out. Ramai kan? Kalau plan nak datang dengan family macam ni, better buat reservation :)









Nampak kan, kedai yang dekat Setia Alam ni lagi luas and Iday suka bentuk kedai dia. Paling penting, ruangan parking kereta disediakan. Iday asa tanya staff dekat Shell Out, kena buat reservation ke nak makan sini. Sebab Iday dua kali makan dekat Shell Out memang akan call tanya kalau available.

Customer tak putus-putus datang. Then staff Shell Out reply la, dia cakap boleh je nak walk-in tapi risau kebetulan ramai orang. Kan tak pasal-pasal kena tunggu. 




Contengan di dinding restoran Shell Out oleh customer yang datang. Macam-macam diorang tulis and lukis. Hehehe



Sekarang, masa untuk kitorang enjoy the food. Tak sabar ni nak makan seafood. Padahal masa ni Iday baru sembuh demam kot. Haha







Islam order air kelapa and Iday order Coca-Cola. Heheheh Iday dari dulu, kalau makan seafood mesti nak order air Coke. Hehehe



Dekat menu ni, ada tulis cara-cara nak order or pilih seafood apa korang nak makan. 




Step 1 : What's your catch? Boleh pilih jenis seafood yang korang nak. Ada crab, king prawn, crawfish (yabbies), clam (lala), green mussels, giant scallop, scallop, bamboo clam, octopus, canadian lobster and king crab leg. 

Step 2 : Pick Your Sensation. Ada lemon pepper, butter garlic, shell bang (lemon pepper + butter garlic), black pepper and curry curry.  

Step 3 : Spice Up. Korang boleh request tahap pedas yang korang nak, mild, medium or OMG.

Step 4 : Add On. Boleh tambah brocolli, corn, potato atau sausage. 

Iday paling suka Lemon Pepper and Butter Garlic. Kalau nak mix dua-dia perasa, boleh pilih shell bang. Hehehehe

Masa makan hari tu, Iday order octopus, giant scallops, crab, and clam (lala). Makan berdua je, tak perlu banyak-banyak. Korang boleh order nasi jugak taw. Iday hari tu tak order sebab masa makan dekat Damansara tu memang kenyang nasi. Hahahaha Kali ni Iday and Islam nak enjoy seafood je. Hehehehe

Tengok gambar makanan yang kitorang pesan hari tu. Hehehehe





































Giant scallop ni sumpah sedap! Hahahaha :p








Isi ketam banyak and fresh. Sedap! Licin iday makan. Hehehehe

















Ada orang tak suka jenis makan macam ni. Tapi Iday suka, bagi Iday macam mana lagi nak makan ketam kalau tak guna both of our hands kan. Hehehehe

Iday suka Lemon Pepper, iday pilih Clam(lala) untuk dimasak dengan Lemon Pepper. Berebut-rebut dengan Islam. Hehehe Yang penting, Iday jadi diri sendiri masa makan ni, takde nak cover-cover. Hahahahaha 

Terima aku seadanya ye Islam :p

Iday sure akan datang lagi kalau nak makan seafood, Iday suka cara penyediaan and layanan dari staff Shell Out. Iday ingat lagi, masa tengah makan, ada staff datang and tanya kalau ada yang kurang. Dia risau kalau ada lagi order tak sampai. Bagus kan :)

So, Iday memang recommended  this place for seafood. Orang shah alam boleh la makan seafood dekat sini ye. Hehehehe Iday dari bukit jalil pon sanggup menapak datang sini. Hehehe

Boleh check info tentang restaurant Shell Out ni dibawah :



Facebook Shell Out Setia Alam :

 https://www.facebook.com/shelloutsetiaalam/

Alamat Shell Out Setia Alam

No.11, Jalan Setia Dagang, 
U13/AK, Setia Alam,, 40170 Shah Alam, Malaysia

Contact Number :

016-419-4616 or 03-5879-4394

Email :

shellout@ymail.com


Opening Hours Shell Out Setia Alam :

Mon-Thu : 12:00 pm - 10:00 pm
Fri-Sat: 12:00 pm - 11:00 pm

Sun:12:00 pm - 10:00 pm


Cara pembayaran :

Visa, Mastercard and Cash






Thanks Chris sebab banyak melayan karenah kitorang sepanjang makan kat sana. Hehehehe Iday memang puas hati and akan datang lagi. Hehehehe






Korang pernah makan sini? Komen sikit. Kalau suka entry ni, boleh share dekat kawan-kawan. Hehehe ;)

Blog Archive

My Blog List