Enter your keyword

Hei Sushi Set Ramadhan Special Serendah RM19.90

Sunday, May 29, 2016
Hi


Selalunya kalau kita fikir tentang juadah berpuasa, mesti buffet ramadhan, lauk-lauk nasi dan bazaar ramadhan kan. Apa kata kita tukar sikit selera berbuka puasa dengan set ramadhan special dari Hei Sushi ni dengan harga 1 set serendah RM19.90!

Bermula 23 May sehingga 31 July 2016, Hei Susyi akan menyediakan makanan jepun style Ramadhan setiap hari dari pukul 6pm sehingga 9.30 pm. 

Ada 3 jenis Ramadhan Set yang korang boleh nikmati untuk berbuka puasa nanti dan setiap set memang akan dapat Kurma, Salad or Miso Soup dan Red passion(drink).










Okay, Iday nak share 3 jenis Ramadhan set iaitu :


Ramadhan Set A : RM19.90



Untuk Ramadhan Set A ni, korang boleh pilih salah 1 dari Main Course iaitu :

1. Katsu jyu - pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang



2. Tori jyu - pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang
3. Tenzaru Inaniwa Udon - Udang dan sayuran digoreng rangup bersama udon dan garlic sos.
4. Tori Innaniwa Udon - Hirisan ayam panggang dan udon yang digaul dengan teriyaki garlic sos




Set ni sesuai untuk seorang makan. Hehehe Iday suka Katsu Jyu bersama sos kacang. Sos kacang dia memang sedap.
Ramadhan Set B - RM25.90



Untuk mereka yang suka makan sushi atau tempura, boleh cuba Ramadhan Set B iaitu RM25.90. Selain dari kurma, miso soup atau salad dan minuman, korang boleh pilih tambahan side dishes iaitu :

1. Spider Maki : Sushi bersama crispy soft shell crab and crab stick



2. Otak-otak Harumaki
3. Sunshine Maki - udang tempura dan sushi yang dibalut dengan mango slices
4. Ebi Tempura




Korang boleh pilih salah satu dari 5 jenis main course iaitu :

1. Katsu Jyu
2. Tori Jyu
3. Kaisen Inaniwa Udon
4. Tenzaru Inaniwa Udon
5. Tori Inaniwa Udon
Ramadhan Set C : RM 129.90



Ramadhan Set C ini untuk 4 pax atau lebih. Untuk set ni, korang boleh pilih 2 jenis side dishes dari 7 set iaitu :

1. Spider Maki
2. Hei Maki
3. Sushine Maki
4. Hana Neta
5. Tempura Moriawase
6. Temari Combo



7. Sashimi Platter (3 jenis ikan)




Main Course pula boleh pilih 4 dari 8 jenis set iaitu :


1. Hei Tori Speciality



2. Tori Chiken



3. Shake Kara + White Rice
4. Ika Kara + White Rice
5. Kaisen Inaniwa Udon



6. Tenzaru Inaniwa Udon



7. Tori Inaniwa Udon
8. Saba Kara + White Rice


Iday paling suka Tori (Chicken) bersama sos kacang. Pandai diorang combine Japanese style dengan local. hehehe

Bagi Iday, set-set Ramadhan dari Hei Sushi ni sangat berbaloi. Even iday pon dah try semasa event jemputan Hei Sushi baru-baru ni. 1 set memang mengenyangkan dan berbaloi dengan harga. 

Iday memang akan datang berbuka di Hei Sushi nanti. Hehehe Ajak Islam or #GengKemarau berbuka disini. 

Ini pula gambar-gambar ketika event jemputan Hei Sushi baru-baru ni and Iday menang hadiah cabutan bertuah :)

Ucapan pembukaan dari Jessica Tan, Assistant Marketing Manager of Hei Sushi.




Jessica Tan dan Chef Hei Sushi bersama Set Ramadhan Special.




Time untuk makan! :)
















Menang cabutan bertuah! Yeay! Kenapa la nampak bulat sangat. Hahaha






Last-last kami dihidangkan dengan dessert terbaik dari Hei Sushi iaitu Nangka Goreng + Vanilla Ais Krim. Serius sedap! First time makan nangka masak tempura. Hehehe




Memang best kalau dapat berbuka di Hei Sushi, dengan harga set yang super murah, korang boleh kenyang ketika berbuka nanti. Hehehe Iday ada tulis details dibawah kalau korang berminat. 

Kalau nak tahu, Hei Sushi ni memang dah ada certificate Halal dari JAKIM taw! So, jangan ragu-ragu lagi! Hehehe

Info & Details

Hei Sushi 

P03A Plaza Alamanda
Putrajaya

No Telefon : 03-88931066



Flash Plus 2 Review : Harga Mampu Milik dengan Kualiti Terbaik

Thursday, May 26, 2016
Hi

Setiap orang mempunyai ciri-ciri yang diingini apabila memilih smartphone. Ada yang lebih mengutamakan fungsi camera dan ada yang inginkan specs yang lebih baik seperti memori, bentuk dan size smartphone.

Bagi Ida, asalkan kamera okay dan harga berbaloi, Ida akan beli. Islam pula lebih terperinci. Dia akan check RAM, memory (internal dan external), software, sistem operasi, warranty dan banyak lagi. Hehehe 

Baru-baru ini, Ida diberi peluang untuk review smartphone terbaru dari Alcatel Flash iaitu Flash Plus 2 [KLIK]




My first impression, size smartphone tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, senang dan selesa dipegang dengan sebelah tangan. Terdapat dua jenis warna iaitu Venus Gold dan Luna Silver. 


Baiklah, sebelum review, Ida nak senaraikan apa tech spefikasi untuk Flash Plus 2 :

     Tech Specifikasi     

Design : 

152.6×76.4×8.2mm
Weight: 157g
Side keys: Volume (+/-); Power

Display :

5.5” Rainbow FHD IPS 1920×1080 pixels
Resolution at 401 ppi
Contrast: 1000:1 (typical)
Viewing Angle: 160°
MiraVision image technology V2.0

Memory :

ROM: 16GB/32GB high speed EMMC
RAM: 2GB/3GB LPDDR3
End user memory: 10.4GB/25.4GB
MicroSD (up to 128GB)

Android :

Android  Marshmallow 6.0

Rear Camera : 

13MP Autofocus f/2.0 aperture CMOS.
OV13853 sensor, PDAF system, ultra-fast 0.3s focus.
76.5° wide-angle, Realtone LED flash.
5P lens with blue optical glass filter for clearer picture.
FHD 1080P video recording at 60fps.

Front Camera :

5M F2.2 Front Fixed focus camera with LED Flash.
84° wider-angle for We-fie.
1.12μm pixel size.
V Gesture recognition


Connectivity :

Worldwide Connectivity
TDD: B38/B40/B41; FDD: B1/B3/B5/B7
LTE CA4 R9 Cat.4 150Mbps/50Mbps
UMTS 850/900/1900/2100
GSM 850/900/1800/1900
Wi-Fi 802.11b/g/n
BT4.1/GPS/AGPS/Micro USB 2.0
Dual SIM Dual Standby

Audio :

AKM4375 Chipser+NXP9890 Audio Amplifier
HD voice
Music Player
Stereo FM radio RDS
OMA DRM 1.0
Dual-mic Noise cancellation

Sensor :

Light sensor
Proximity sensor
G-sensor
Accelerometer
E-Compass
Hall Switch
Gyro Sensor

Battery :



Battery: 3000mAh

Talk time: 16hrs(2G) / 15hrs(3G)

Standby time: 528hrs(2G) / 405hrs(4G)

Music Playback (headset default vol)(54h)  / (speaker default vol)(12h)

Video Streaming WIFI (4h)

WIFI browsing (6h)

Video -H.264 (1080P) HW mode Video H.264 (1080P) (6h)



     Snapshots of Flash Plus 2     








Sisi tepi Flash Plus 2 




Bahagian belakang Flash Plus 2 :








Bahagian Dalam Flash Plus 2 :






Bahagian depan Flash Plus 2 :












     Ciri-ciri yang Iday suka pada Flash Plus 2         


Sebenarnya Ida dah guna Flash Plus 2 selama 2 minggu sudah dan ada beberapa ciri-ciri pada Flash Plus 2 yang Ida paling suka : 



1. Fingerprint Recognantion untuk unlock screen








Ini antara ciri-ciri yang paling Ida suka pada Flash Plus 2, kita boleh unlock screen hanya menggunakan jari pada button tengah smartphone. Tak perlu tekan tetapi sentuh sahaja. Mudah dan mengelakkan kerosakan pada button tengah smartphone.Paling penting boleh unlock screen dengan lebih cepat dan lebih secured.

1 lagi fungsi fingerprint yang Ida sangat suka pada Flash Plus 2 adalah 1 jari untuk 1 app.



Maksudnya, korang boleh unlock screen dan terus ke app pilihan korang menggunakan fingerprint yang berbeza.



Korang boleh assign ibu jari untuk Facebook, jari tengah untuk Instagram atau telunjuk untuk game. Bergantung kepada pilihan korang, tapi kena ingat jari yang mana bila nak unlock screen nanti. Hehehe

2. Selfie Camera 5 MP

Untuk yang suka selfie atau snapchat memang akan puas hati dengan front camera Flash Plus 2 ni. Siap ada HDR lagi. Ni contoh gambar yang Iday snap guna front camera tanpa sebarang filter ye.Yang HDR tu cerah sangat sebab iday ambil gambar depan tingkap. Haha




Without HDR | With HDR



3. Rear Camera 13 MP

Iday ingat kalau harga phone murah, kualiti gambar tak bagus, tapi rupanya Iday silap. Islam yang photohrapher pon suka dengan kualiti gambar phone Flash Plus 2. Sempat dia bereksperimen dengan camera Flash Plus 2

Gambar-gambar ni no filter ye.


Atas : Without HDR | Bawah : With HDR


Atas : With HDR | Bawah : Without HDR


Atas : Without HDR | Bawah : With HDR

Ini pula gambar ketika low light, masa ni Iday dinner date dengan Islam dekat Boat Noodle Times Square.


Kiri : Without HDR | Kanan : With HDR

3. Metal design yang nampak ekslusif



Iday suka betul dengan design Flash Plus 2, nampak ekslusif. Memang tak sangka sebab dengan harga murah tapi design phone sangat cantik. Semalam Iday ada tunjuk phone tu dekat kawan iday 

Iday : Lana, ni la Flash Plus 2 yang baru tu. Cantik tak? Hehehe

Lana : Berapa ribu ni?

Iday : Oit, RM599 je. Hahahaha

Lana : Seriusssssss arrrrr!


4. Fast charging



Memang cepat, kadang-kadang kita kan ada perangai lupa nak charge phone malam. Then, macam bahaya je kalau charge phone semalaman. Apa Iday buat, pagi Iday bangun then charge phone. Ida akan siap-siap  mandi semua, tengok-tengok dah penuh and boleh tahan sampai whole day. Hehehehe

5. Kid Mode Camera

Walaupon Ida belum ada anak, tapi Ida sangat suka dengan Kid Mode Camera ni, sebab sangat kreatif. Kita kan macam susah nak ambil gambar baby or kanak-kanak kan. Sebab diorang kadang-kadang asyik gerak and tak pay attention pada camera. 

So, Kid Mode ni actually akan keluarkan bunyi haiwan yang berbeza dari phone. Kreatif kan? Cuba check video bawah ni, bila Islam try shoot gambar Iday and guna Kid Mode. Hehehe



Nanti Ida nak try Kids Mode bila snap gambar baby. Heheehehe Mana taw pergi event nanti, jumpa mommy blogger kan. Hehehe






     More Details    



Sekarang korang dah boleh preorder di website Lazada Malaysia dengan harga RM599. Affordable kan! Hehehehehe For more details atau preorder boleh check link dibawah :







Blog Archive

My Blog List