Enter your keyword



Sponsored Video : Volkswagen Promosi Raya dan Duit Raya RM2000

Thursday, June 30, 2016
Hi




Iday memang dari dulu berkenan betul dengan kereta Volkswagen, memang dari dulu ada pasang cita-cita nak merasa and beli Volkswagen. Paling Iday minat, The Beetle Sport and The Vento. 

Dah tengok macam mana kereta Volkswgen The Vento, check video bawah ni :





Smart kan??! Hehehe 

Sebenarnya ada berita baik untuk mereka yang booking kereta keluaran Volkswagen sepanjang tempoh perayaan ni iaitu :

+ Additional Cash Rebate sehingga RM68,000
+ Duit Raya RM2000!!

Wah, kemain, beli kereta and dapat duit Raya. Hehehe

Ini antara kereta yang available sepanjang tempoh perayaan ini :









Kalau korang berminat untuk test drive atau check info lain, boleh ke website Volkswagen dibawah :



Buffet Ramadhan : Majestic Hotel Kuala Lumpur

Sunday, June 26, 2016
Hi

Biasanya awal-awal ramadhan je kita rajin masak bila berbuka puasa. Bila tinggal lagi seminggu untuk raya, masa ni lah kita akan plan berbuka puasa bersama-sama rakan dan keluarga di buffet-buffet ramadhan yang ada.


Kali ni Iday nak share dekat korang, salah 1 buffet ramadhan yang Iday selalu pergi bila plan berbuka puasa dengan kawan-kawan. Kedudukan strategik di KL and dekat dengan office Iday dan rakan-rakan merupakan faktor utama untuk Iday berbuka di sini. Hehehe

Kalau nak tahu, dekat Majestic Hotel ada 2 jenis buffet ramadhan di restoran yang berbeza iaitu :

Festive Variety Dinner at Contango 



Contango bercirikan restoran ekslusif dengan menawarkan dua jenis hidangan dapur terbuka iaitu makanan tempatan dan makanan antarabangsa istimewa untuk mereka yang ingin berbuka puasa di bulan Ramadhan ini.  

Terdapat hidangan utara iaitu Nasi Kandar dengan lauk pauk yang pasti meningkatkan selera iaitu Kari Ikan Tenggiri, Ketam Kari Masak, Sotong Kari dan Sayur Dalcha.


Selain itu terdapat Nasi Beriyani bersama Ayam Goreng Rangup, Udang Goreng, Ikan Goreng bersama Papadom.


Festive Variety Dinner at Contango bermula 4 June sehingga 5 July dengan harga RM145 per pax.



Majestic Festive Banquet Dinner
Ini adalah pilihan buffet Iday kalau datang ke Majestic Hotel. Hidangan berbuka puasa di sini khas disediakan oleh Chef Zaidi dan chef lain terutama hidangan utama Perak iatu Udang Galah Sambal, masakan Kedah Rendang Itik bersama santan dan rempah, masakan Johor iaitu Kambing Kuzi dan banyak lagi. 



Iday paling suka Laksa Penang dan Murtabak yang ada disediakan bersama buffet ini. Tak lupa hidangan Nasi Dagang, makanan favourite Iday dari Terengganu. Senang cerita, apa makanan yang popular di setiap negeri di Malaysia mesti ada. 



Sate dan Kambing Bakar memang hidangan wajib yang mesti ada dekat sini. Panjang betul barisan yang ada untuk dua hidangan utama buffet ramadhan ni. Hehehe



Khas untuk peminat durian, ada dihidangkan cendol bersama isi durian. Memang sedap dimakan sebagai pencuci mulut.

Harga untuk 1 pax adalah RM125.

Kalau korang berminat untuk booking mana-mana buffet ini, boleh check maklumat dibawah :

Email : tmkldiningconcierge@ytlhotels.com.my

Festive Variety Dinner at Contango, please call +603 2785 8062

Majestic Festive Banquet Dinner, please call + 603 2785 8000

Official page : www.majestickl.com






Tips Untuk Mereka Yang Pelupa

Wednesday, June 22, 2016
Oh Hello People! Assalamualaikum  



Eh apa ni? Baca entry ni untuk tahu lebih details :)



Korang ada masalah selalu lupa? Iday ada share contoh-contoh orang yang ada masalah pelupa, kalau korang dalam senarai ini, jangan risau Iday ada jalan penyelesaian untuk korang. Gituuuuuuu :p

1. Selalu lupa mana letak barang especially phone and wallet, tiap kali keluar kerja, mesti lupa wallet letak mana semalam. Atas meja? bawah kerusi? atas katil? dalam seluar pakai semalam? dalam helmet? atas peti ais?


Ini perangai si Islam, dia memang asyik lupa mana dia letak wallet. Aihhh geram je bila pagi-pagi dia tanya :


Ada nampak wallet saya?



Wallet saya kat mana ye?



Kat mana saya letak wallet saya semalam?


Nasib baik sayang HAHA


2. Emo bila tak jumpa barang. Penat taw bila cari barang tak jumpa. Lagi penat bila jumpa dekat tempat yang sama 10 juta kali kita dah check tapi takde. Eh main-main pula dia, kejap ada kejap takde.

Iday pernah nangis okay sebab phone asyik hilang. Hahahaha

3. Buang masa cari barang. Cuba bayangkan kalau tiap-tiap pagi, ambil masa 15 minit untuk cari barang, tak kisah la wallet ke phone ke. Kalau hari-hari, korang dah buang masa almost 9 jam dalam masa sebulan. Then average 2.5 hari dalam setahun and average 150 hari sepanjang hidup.

Uish, buang masa sangat tu.

Lagi teruk kalau ada event nak pergi mana-mana, then ada pula barang hilang. Memang lambat la. Huhuhu

So, Iday ada penyelesaian untuk korang atasi masalah selalu hilang barang ni. Hehehe

Korang pernah dengar produk dari syarikat TAG La Trading, syarikat di Malaysia yang mengeluarkan produk TAG La Bluetooth Tracker, untuk membantu mereka yang selalu menghadapi masalah hilang barang.






Size TAG La Tracker yang kecil boleh muat dalam wallet, digantung pada kunci dan bag serta diletakkan pada barang-barang penting.


Antara fungsi utama TAG La adalah :

1. Mengeluarkan bunyi dengan menekan alert pada applikasi di smartphone, apabila barang hilang. Contohnya, korang letak TAG La dalam wallet. Then, esoknya korang tak jumpa wallet. Cuma tekan button alert, bunyi alarm akan keluar sampai la korang jumpa wallet tu. Hehehehe 

2. Elakkan dari korang lupa membawa barang apabila keluar rumah atau kemana-mana. Kalau nak tahu phone akan berbunyi jika jarak dengan TAG La adalah 23 meter. Kan selalu ada kes, lupa bawa wallet pergi kerja. 1 masalah nak kena patah balik kan.

3. Phone hilang? Lupa letak mana? Hanya tekan TAG La, and alarm akan bunyi walaupon phone korang dalam keadaan silent.



4. Boleh kenalpasti kedudukan barang dalam map. Andaikata handbag kena curi ke? atau korang tertinggal kat mana-mana, dari applikasi TAG La, korang akan dapat kenalpasti kedudukan handbag korang dengan adanya TAG La didalam handbag tu.

5. Fungsi yang ini paling Iday suka. Hehehe TAG La boleh dijadikan sebagai camera remote. Nanti kalau nak selfie or wefie, boleh la guna TAG La. Hehehe :)


Macam mana nak guna TAG La?

Jangan risau nanti ada manual untuk menggunakan TAG La, tapi Iday explain sikit ye :)

1. Korang kena download Applikasi TROIKA Find. 
2. Buka Bluetooth phone korang
3. Connect pada TAG La korang

Wallllaaaaa! Siap, simple je. Hehehe Lain-lain tu korang boleh explore dalam manual atau check website diorang. 

Kalau berminat nak beli, Iday ada diskaun khas untuk korang :) Oh ada 6 warna yang berbeza dan harga setiap satu adalah RM59 . Korang boleh beli menggunakan voucher ini and akan dapat potongan harga 10% :)


Code Voucher : tagsayaiday

Boleh beli di website ini :


Atau untuk lebih info boleh check Website, IG and FB diorang :



Ini juga salah satu penyakit lupa, lupa yang diri tu bukan manusia. HAHAHA




Koleksi Baju Raya 2016 dari SweetHeart

Sunday, June 19, 2016
Oh Hello People!


Korang dah beli baju raya ke? Iday tahu, mesti ramai yang belum lagi kan. Masing-masing sibuk survey baju raya yang cantik dengan harga yang berpatutan kannnnnn. Itulah, semua nak cantik menjelang hari raya ni, barulah meriah raya :)

Iday nak share dengan korang, salah satu koleksi baju raya yang Iday dah lama survey and bercadang nak beli. Iday sangat suka Jubah Ombre and seller ni ada jual jubah warna favourite Iday ni. Yeay! And diorang ada jual Jubah Lelaki, boleh la beli untuk Islam. Plan nak pakai sedondon gitu. Hehehehe





Siapa diorang ni? Diorang ni sebenarnya "Sweetheart" yang  menjual koleksi tudung, pakaian wanita dan lelaki secara online. "Sweetheart" ni terdiri dari 5 orang rakan niaga iaitu Puspalela Khalid, Sharifah Norhaza Al Jufri, Mohd Najib Jaafar, Fatimah Mustafa dan Masliwati.

‘SWEETHEART’ bermaksud ‘buah hati’@ orang tersayang. Sinonimnya, kami ingin melihat jenama dan produk kami menjadi ‘SWEETHEART’ atau ‘buah hati’ para pelanggan. Lagipun nama SWEETHEART tu sangat ‘cute’ dan mudah untuk diingati. - Founder "Sweetheart"

Antara Jenama-jenama pakaian dalam koleksi "Sweetheart" adalah :


SWEETHEART - Shawl dan Tudung 2 muka
MIRABELLA - Baju Kurung Moden
SALSABELLA - Jubah Wanita
ANDALUSIA - Jubah Lelaki

Iday ada share koleksi yang ada dijual di "Sweetheart" ni, mana tahu ada yang berkenan di hati, bolehla korang order. Hehehehe

Andalusia - Jubah Lelaki






"Sweetheart" menggunakan fabrik yang selesa untuk dipakai. Setiap jenama dibawah "Sweetheart" menggunaka fabrik yang berbeza mengikut keselesaan pemakai. 

Untuk Jubah lelaki ANDALUSIA mereka gunakan fabrik Italian Paloma; Italian Heavy Valentro; Cotton Hand Woven; Italian Monaco dan Italian Valentro Uomo yang agak ringan, sejuk dan warna yang terang sesuai masa kini.













Jubah wanita SALSABELLA, mereka banyak menyediakan kain bercorak Heavy Dull Satin Ombre, Como Crepe dan Italian Monaco.

Salsabella - Jubah Wanita









Size? Jangan risau, semua Jubah Wanita "Sweetheart" dijual dengan piliha saiz S, M, L, XL dan XXL. 

Sweetheart - Shawl dan Tudung 2 Muka

Untuk fabrik tudung, mereka menggunkan kain Jameela Crepe @ Bubble Crepe, Chiffon Crepe, Chiffon Sakura dan Chiffon Georgette.




Macam mana dengan harga? 

Untuk Jubah Wanita, harga jubah bermula RM148. Harga Instant Shawl pula adalah RM49 hingga RM59. Harga memang berbaloi dengan kualiti kain, yang paling penting selesa. 


Korang boleh check koleksi lain di Instagram mereka atau Facebook. Kalau taknak beli online, boleh beli di butik Vendor Nanano yang terletak di Lembah Klang. Kalau nak beli online, boleh check IG dan FB link dibawah :



Iday memang nak plan beli 2 pasang iaitu Jubah Lelaki dan Jubah Wanita. Tak sabar nak pakai masa hari raya nanti. Hehehe Korang pon cepat-cepat check IG and FB diorang, takut dah habis. Hehehe

Selamat shopping korang!




Contest Menang Fujifilm Instax Mini Camera - Beraya dengan Instax Camera!

Friday, June 17, 2016
Hi


Hari raya dah makin hampir, pejam celik dah nak raya dah kita. Hehe Macam mana persiapan raya? Dah habis shopping ke? Hehehe



Korang tahu tak sekarang Lazada tengah mengadakan Jualan Mega Raya? Sempena jualan besar-besaran tu, Lazada dengan baik hati organize 1 contest simple untuk blogger and 10 blogger bertuah akan memenangi salah satu hadiah berikut :



1 X Fujifilm Instax mini 8 camera Bundle (5 winners)

1 X Fujifilm Instax mini 25 camera Bundle (5 winners)




Macam mana nak join?



Korang boleh check website link ini : http://www.lazada.com.my/blogger-contest/


This is how you can join the contest. Ada 2 step yang korang kena follow :


1. Korang kena teka berapa banyak kotak Fujifilm di link ini : 


 Jawapan korang akan hantar dalam email berserta link blog. Hint : Dari 1 - 200


2. Tulis 1 entry blogpost tentang apa barang yang korang nak beli untuk family korang sempena hari raya ni - 4 barang je dengan budget RM500 . Sertakan bersama gambar produk dan link produk.

Contohnya :

Langsir Baru untuk Mak

Tahun ni Iday nak belikan langsir baru untuk mak, tak perlu la mak susah-susah jahit langsir. Langsir yang cantik dan harga berpatutan. Iday pilih warna kegemaran mak :)

Paling best, harga langsir ini adalah RM33 je.







Link Produk : Langsir untuk Mak


Bean Bag untuk Abah

Abah selalu cakap, abah nak Bean Bag. Sebab Abah cakap nampak selesa. Iday pilih Bean Bag dengan warna kegemaran abah. Boleh la duduk sambil tengok rancangan tv favourite abah nanti. Harga Bean Ban ni adalah RM79.




Link Produk : Bean Bag Abah

Sling Bag untuk Adik Cah


Belikan Cah Sling Bag supaya dapat la dia kumpul duit raya banyak-banyak tahun ni. Hahaha Sling Bag ni hanya RM20. Murah kan?




Link Produk : Sling Bag Adik Cah




Tupperware untuk Kakak
Tahun ni kakak nak buat kuih raya, kena ada tupperware untuk simpan semua kuih raya tu. Iday jumpa set tupperware yang murah. Kesemua bekas makanan ini hanya RM48. Murah kan? Banyak la kuih raya kakak buat tahun ni. Hehehe




Total kesemua barang-barang ini adalah :


RM33 + RM79 + RM20 + RM48 = RM180

Wahh, kesemua barang ni tak sampai RM200 pon, tapi dapat gembirakan family hari raya ini. :)


3. Tulis tagline ini dalam entry blogpost :

Lazada sedang mengadakan jualan hari raya besar-besaran. Korang boleh shopping pada 21-24 hb ini kerana Lazada akan menawarkan diskaun sehingga 92%. Boleh check link ini :


4. Letakkan Banner Contest ini dalam blogpost beserta link contest - di penghujung entry.

5. Kemudian hantarkan maklumat penyertaan ke contest@lazada.com.my bersama maklumat berikut denagan subject email "Riang Ria Raya Blogger Contest" : 



1. Berapa jumlah kotak fujifilm 

2. Link blog korang 



Then tunggu je Lazada announce pemenang pada 30 june . Cepat-cepat join, contest ni tamat pada 24 june pada pukul 3pm :)


Kalau korang nak join, boleh check link bawah ni okay :







Diorang akan pilih, tekaan paling hampir dengan jumlah kotak fujifilm tu and artikel paling kreatif.

Kalau menang, seronoknya raya dengan Instax Camera :)

All the best!






p/s : tak boleh letak affiliate link taw :p


Lucky Romance : New Korean Drama 2016

Wednesday, June 15, 2016
Oh Hello People! 

Iday memang kaki tengok korean drama. Mana-mana drama korea yang baru, adik Iday akan jadi mangsa untuk download semua episode sebab rumah dia ada unifi sepantas kilat. Hehehe and Iday sampai sekarang tak faham kenapa rumah Iday dekat bukit jalil tu tak dapat line unifi. sigh.








Anyways, Iday sebenarnya excited nak story tentang drama korea baru yang iday tengah tengok sekarang iaitu Lucky Romance. Sebelum ni, Iday memang suka sangat dengan drama Reply 1988, tapi Iday tak suka ending sebab Iday lagi suka second lead iaitu Ryu Jun-Yeol. 


Ryu Jun -Yeol pakai baju hitam :)

So, drama ni memang Iday suka sangat sebab dia jadi hero! yeay! Kalau dalam drama Reply 1988, dia pegang watak sebagai lelaki yang tak berani atau ego nak tunjuk yang dia sayang dekat seseorang. Kalau buat something sweet pon, mesti senyap-senyap taknak kantoi. Tapi sayang, dia dapat la perempuan yang dia nak. Yela, dia pon second lead dalam drama tu. 

Favourite scene!





Sebab tu Iday suka bila dia jadi hero dalam Lucky Romance ni, dia bawak watak sebijik dalam Reply 1988 tu ke drama baru ni.  :)

Oh, dia baru menang award baru-baru ni, Best New Actor untuk watak dia dalam Reply 1988 di 52nd Barksang Arts Awards! Wahhh, memang layak pon. 


Jom tengok sikit info tentang drama baru korea, Lucky Romance.

Lucky Romance Trailer



Sinopsis Lucky Romance


Drama komedi romantik ini mengisahkan tentang Shim Bo-nui, wanita yang percayakan tukang tilik dan perkara yang berkaiatan dengan nasib ramalan masa depan manakala Je Soo-ho, CEO kepada syarikat game developer mempercayai logic dan sains. 

Adik Shim Bo-nui koma dan tukang tilik memberi nasihat kepada Shim Bo-nui, jika ingin menyelamatkan adiknya, dia kena tidur dengan lelaki yang lahir pada tahun harimau. Kebetulan, Je Soo-ho lahir pada tahun harimau. Gituuuuuuu la ceritanya, cerita ni mostly kelakar tapi ada part-part romantik, especially bila Je Soo-ho jenis tak pandai nak tunjuk dia caring, comel. Haha

Watak-watak utama dalam Lucky Romance


Hwang Jung-Eum sebagai Shim Bo-nui

Ryoo Joon-Yeol sebagai Je Soo-ho

Video pendek dari Drama Lucky Romance






Kalau korang nak tengok atau nak download drama Lucky Romance, boleh check link dibawah ye! Biasanya kalau Iday tengok movie or drama korea, Iday akan check website-website ni :)








Tak sabar nak tunggu semua episode ni!!! HAHAHA :)


Resepi Sambal Daging Sedap Dan Mudah

Sunday, June 12, 2016
Hi

Berbuka apa hari ni? Hari ni Iday berbuka Sambal Daging Sedap, resepi yang yang Iday belajar dari Mak and ada ubah-ubah sikit mengikut kerajinan Iday. Hahaha Sebab Iday suka masak benda simple dan cepat.


Bahan-bahan yang diperlukan :

Daging yang dipotong nipis - Iday beli 900 gram top slide

2 inci halia yang dipotong nipis
2 batang serai - dititik
1 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
bahan perasa - optional

2 sudu makan kicap manis


Bahan Kisar :


8 sudu makan Cili Kisar - Iday beli cili kisar yang siap

Bawang putih - 2 biji
Bawang Merah - 2 biji


Cara memasak :

Mula-mula korang panaskan kuali dan letak minyak. 


Goreng daging yang dipotong nipis bersama halia


Letakkan air dan sedikit garam, biarkan sehingga daging empuk  


Lepas daging empuk, boleh asingkan dulu bersama air rebusan tadi


Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar bersama serai sehingga wangi


Masukkan secawan air asam jawa dan masukkan daging tadi bersama air rebusan daging


Kacau dan biar seketika


Kemudian perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa (jika perlu)  serta kicap, kacau dan biarkan sehingga pekat.


Dah siap! :)




Selamat berbuka! :)





Others Post


Follow My Instagram

Blog Archive