Enter your keyword

W - Two Worlds : New Korean Drama 2016

Wednesday, July 27, 2016
Hi







Eh Eh, siapa hensem sangat ni? Hehehe

Lepas dah habis tengok drama korean Lucky Romance, sekarang Iday beralih ke drama korean yang baru sahaja ditayangkan iaitu W. Saat Iday tulis ni, Iday dah tengok 2 episode. And Iday suka sangat jalan cerita W. Lain dari mana-mana drama korean yang Iday tengok sebelum ni. Hehehe 


And boleh jadi agak pening, kalau korang tak faham or tak tengok betul-betul. Hehehe

Sinopsis

W mengisahkan tentang dua insan yang tinggal di dua dunia berbeza iaitu Kang Chul (Lee Joo-Suk) yang sangat kaya wujud dalam dunia webtoon "W" manakala Oh Yeon-Joo (Han Hyo-Joo) pula doktor di dalam dunia yang sebenar.

Ayah Oh Yeon-Joo adalah seorang pelukis komik webtoon "W" dan juga yang mencipta watak Kang Chul. Setelah 10 tahun webtoon "W" dihasilkan, Ayah Oh Yeon-Joo cuba membunuh watak Kang Chul, tetapi gagal. Lagi-lagi bila anaknya sendiri mula diserap ke dalam dunia webtoon dan menyelamatkan Kang Chul. Eh macam mana tu? Kena la tengokkkk. Hehehe




Watak Utama

Watak Kang Chul dipegang oleh Lee Joo-Suk



Watak Oh Yeon-Joo dipegang oleh Han Hyo-Joo



Info lain

Director: Jung Dae-Yoon 
Writer: Song Jae-Jung 
Network: MBC 
Episodes: 16 Release 
Date: July 20 - September 8, 2016 
Runtime: Wednesdays & Thursdays 22:00 
Language: Korean 
Country: South Korea

Galeri Gambar dan GIF dari drama









Short Video

Ini antara scene favourite Iday, scene ini la permulaan episode Oh Yeon-Joo diserap di dalam dunia webtoon dan muncul dalam lakaran komik. Kelakar tengok muka cuak Oh Yeon-Joo. Hehehe




Komen Iday

Masa mula-mula Iday tengok drama, Iday ingat macam typical korean drama yang watak kaya jumpa watak miskin (kebanyakan macam tu hehehe). Sebab kalau baca sinopsis, pada mulanya memang tak faham, bila tengok episode 1 terus faham. 

Jalan cerita pula tak slow sangat, rasanya every scene pon excited ada, kelakar pon ada. Siap seram pon ada. Hahaha Ada scene-scene kelakar and memang gelak jugak Iday tengok. Hahaha

Tak sabar nak tunggu episode 3 dan seterusnya. Hehehe

Macam mana nak tengok online W?

Korang boleh check link yang Iday senaraikan dibawah, biasanya kalau cerita korean, Iday akan tengok tiga-tiga website ni. Hehehe :)


Website 1 : http://lynk.my/K4jP
Website 2 : http://lynk.my/xHw0
Website 3 : http://lynk.my/89rV

Link-link akan ada iklan 5 second, nanti korang klik skip je, then website tu ada. Jangan risau, bukan spam :)


Selamat menonton! Hehehe

p/s : Ada lagi 3 korean drama yang iday tengah layan sekarang, tapi W ni yang paling Iday suka :)


OnePlus 3 Pre-Order RM1888

Tuesday, July 26, 2016
Hi


OnePlus kini didatangi dengan modul terbaru mereka iaitu OnePlus 3 dan mula pre-order di DirectD dan Lazada Malaysia dengan harga RM1888. Smartphone ini dilengkapi dengan 6GB RAM, Snapdragon 820, GPU Adreno 530 dan Internal Storage sehingga 64GB.

Skrin OnePlus 3 adalah 5.5-inci dengan display 1080p. Siap ada fingerprint lagi. Then smartphone OnePlus 3 ni menggunakan Oxygen OS berasaskan Android Marshmallow. Iday suka sangat dengan paparan gallery dalam OnePlus 3 ni :



Iday ada check review di Youtube, ramai yang suka dengan performance dari smartphone ni, sebab tak sangkut-sangkut walaupon banyak buka app and games. Yela, RAM pon 6GB kot. Hehehe

Macam mana dengan camera OnePlus 3? Kamera belakang smartphone ni adalah 16MP dan ada rakaman video 4K. Manakala kamera hadapan iaitu kamera selfie, 8MP . Memang seronok la bila nak snapchat or selfie kan. Hehehe

Okay Iday nak share comparison gambar yang dicapture dengan OnePlus 3 vs Samsung Galaxy S7 (credit : here) :

Autofocus OnePlus 3 lagi better dari Galaxy S7



OnePlus 3 lebih contrast, warna langit Galaxy S7 lagi cantik, warna neutral. Sebenarnya tak banyak beza pon. Hehe


Macam mana dengan low light shooting?



As expected, OnePlus 3 belum boleh lawan Galaxy S7 untuk low light shooting. Tetapi lain-lain gambar, banyak similarity dari segi color, highlight dan shadow. Tapi memang Galaxy S7 lagi bagus. 


Tapi kalau ikut harga, OnePlus 3 memang berbaloi kerana kualiti gambar yang baik dan harga smartphone yang affordable.

Sekarang kan dah banyak smartphone dengan fast charger kan, OnePlus 3 pon ada iaitu Dash Charge. 30 minute charge boleh tingkatkan 63% baterry. 


Sekarang korang boleh mula preorder di Lazada Malaysia dengan harga RM1888 dan OnePlus 3 warranty iaitu 1 tahun. Kalau beli sekarang, akan dapat FREE 1 x Original OnePlus 3 Flip Case.



Kalau nak check info atau nak pre-order atau nak buat pembelian boleh klik link dibawah :


Jika membuat pembelian di Lazada Malaysia, akan dapat barang berikut :
1 x OnePlus 3
1 x Dash Charge Type-C Cable
1 x Dash Charge Adapter
1 x Quick Start Guide1
 x SIM Tray Ejector
1 x Safety Information

Apa tunggu lagi, jom order sekarang! kan dah payday! Hehehe

Tips Kurus dari 90KG Ke 58KG - Lose 10KG Sebulan

Monday, July 25, 2016
Hi

Siapa yang lepas raya, berat naik?

Ye, Iday tergolong dalam mereka yang makan tak ingat then berat badan naik dan hanya mampu menangis di bucu katil. HAHA

Ini dalam usaha nak kuruskan balik, nak buang balik lemak-lemak yang seronok sangat menumpang kat badan ni. Nangis. HAHA

Tadi Iday scroll timeline dekat FB, then terbaca 1 status iaitu tips untuk kurus yang dikongsikan oleh Alia Amira Rohadi and bila nampak perubahan pada Alia Amira, terus iday nak cuba tips yang dikongsikan. Sebab tu Iday nak senaraikan tips Alia Amira untuk panduan korang. Tengok perubahan pada Alia Amira ni, bagi semangat sikit untuk lose weight :)


Menurut Alia, kesan dapat dilihat dengan BERGANTUNG kepda metabolisma, kerajinan serta disiplin yg kuat. Jangan kejap-kejap nak "cheat day" pulak.

1. Kene detox dulu badan tu. Sebab banyak lemak yang terkumpul dekat usus. Masa ni lah kita nak cuci semua tu dengan pengambilan produk yang bantu kita detox. Boleh minum green tea, buat minuman detox sendiri atau minum teatox (yang ni nanti iday cerita)

2. Contoh Pengambilan diet seharian yang Alia amalkan dibawah, korang boleh follow menu-menu berikut. 

Pagi: Roti 3 keping+Green Tea 
Air suam (wajib). Breakfast sebelum 9 pagi.

Lunch: Nasi 2 senduk (Alia tak boleh skip nasi). Iday pula memang dah stop makan nasi. Lauk pula boleh makan ayam atau ikan, sayur hijau rebus atau kukus. Iday kalau beli lauk memang takkan ambil kuah. 

Dinner: Buah epal hijau (Optional, menurut Alia, kalau waktu tengari tak makan nasi, dia akan makan nasi tapi sebelum pukul 8 malam. Sama la, cuma Iday akan masak lauk seperti Ayam bakar, Ayam kukus dan dimakan bersama sayur-sayuran. Iday ada baca, takpe kalau makan malam. cuma jangan makan 3-4 jam sebelum tidur.

3. Dalam sehari kene ambik 2-3 litter air suam. Memang wajib kalau betul-betul serius nak kurangkan berat badan. 

4. Saya memang tekankan pengambilan greentea. Bukan kata minum Green Tea tak jaga makan, tak bersenam, tuptup turun 20kg. Eh memang tak lah. 

Sebenarnya Green Tea MEMBANTU meningkatkan metabolisma selain itu dia juga bantu dalam mengurangkan berat badan. Iday sekarang pon tak minum Green Tea tapi Teatox. Sekarang iday amalkan Loose Weight Teatox dan Skinny Teatox. Yang ni nanti iday share.

5. Setiap hari korann WAJIB workout 30min. Kalau perempuan boleh lah nak zumba. Kalau yang bekerja di office tu mohon buat lebih.. Sebab korang kurang bergerak berbanding cikgu dan nurse yang banyak bergerak.

Iday download app 30 days challenge, memang akan workout tiap-tiap hari. Hehehe

6. Jangan nak acah2 makan oat, makan biskut, , roti, tahu tak sebenarnya semua ni lagi banyak bebanan utk diproses berbanding ambik nasi.. Sooo please!!refer dietition sblm buat keptusan tau!

Kawan Iday pon pernah cakap, kalau nak kurus ni mesti rasa mahal sebab kita beli makanan yang kita ingat boleh buat kurus. Sebenarnya ada je cara lain dengan tak perlu beli makanan oat mahal-mahal ni iaitu masak sendiri. Hehehe

7. KENA pantang ais, air yang disejukkan, abc,cendol,cool blog, segala mak nenek yang sejuk. Just mnum air suam mengikut liter yang badan korang perlukan (whole day).

Ais ida akan minum during weekend je, lepas ni, kena pantang betul-betul la. Hahaha

8. Pantang lah segala fast food mcm kfc mcd pizza subway smua tu utk 3 bulan pertama tanpa ada "cheat day".

9. Timbang dulu sebelum mulakan misi. Setiap minggu make sure timbang! Jaga juga emosi tu biar stabil, sometimes dia akan memberi kesan juga. Kalau genetik jenis obesiti , korang kenalah lipat gandakan usaha. Sebab potensi untuk loss weight 10kg/weeks tu rendah.

10. Bangun je dari tido sebelum korang ke toilet, sebelum gosok gigi, teruss minum air kosong agak-agak dalam 2-3 gelas ( kalau air suam, amaaaat dan sangattt digalakkan) korang boleh search kebaikan minum air selepas bngun tido. Banyak manfaat dia :)

So, ini tips yang dikongsikan oleh Alia Amira, ada tips yang iday memang tengah amalkan sekarang and ada juga tips yang baru iday tahu. Hehehe Tak sabar nak lost 10kg dalam masa sebulan. Insya Allah! hehehe

Satu lagi Iday nak share, Iday ada jual Teatox, teatox ni bagus untuk korang tingkatkan Metabolisme badan and bantu mengurangkan berat badan. Iday ada tulis review tentang Teatox. Even kawan Iday pon try and berkesan. 


Seronok kan?? Hehehe

Kalau berminat boleh check article ini :



Nak kurus! Hehehehe :)

Happy Birthday Althea! #AltheaTurns1

Wednesday, July 20, 2016
Hi

Happy Birthday Althea! Dah setahun dah kan! Peminat beauty product dari Korea mesti tahu tentang Althea ni. Kalau nak tahu Althea ni adalah website yang menjual beauty product direct dari Korea. Yang pasti harga yang berpatutan dan tidak mengambil tempoh yang lama untuk sampai ke Malaysia. Hehe



Kalau check website Althea, dari Skincare, Makeup, Hair & Body semua ada. Then ada produk yang memang trend dekat Korea and best seller. Tahniah sekali lagi sebab dah sambut ulangtahun yang pertama! :)


Sempena #AltheaTurns1 ni, macam-macam cara diorang nak reward kita,eh macam birthday kita pulak kan. Hehehe Bukan apa, bagi mereka, kitalah yang menyokong sepanjang mereka beroperasi. Kalau bukan customer seperti kita, siapa lagi kan. Gituuu Haha


Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016
1. Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
Kalau korang order Althea bermula 20 July, korang akan dapat Limited Edition Birthday Box bersama dengan DIY Party Kit. Iday pon dah dapat 1 :) Cantik sangat!



Dalam box tu akan ada topi, sticker and belon! Hehehe



2. Free Goodies untuk 1500 customer yang pertama! 
Wahhhh dah la beli barang, then dapat goodies pulak kan. Hehehe Kena cepat-cepat taw, pergi buka website Althea sekarang! Hehe 




3. Birthday Giveaway!
Pilih 3 top seller items then dapat 100% Rebate! Rebate tu akan dikreditkan dalam akaun korang. Rebate tu boleh guna bila korang buat pembelian di Althea.



4. #AltheaTurns1 Instagram Contest
Hadiah yang ditawarkan sangat best okay! Nak tahu apa yang korang dapat kalau menang contest ni? Korang berpeluang untuk menang hadiah seperti Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6s, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers dari Althea! Wah banyak hadiah best! 

Macam mana nak join? Cuma perlu upload gambar bersama Althea Box and Party Kit! For more info tentang contest boleh check link ni : Althea Instagram Contest

Senang kan :)

Contoh gambar selfie yang Iday amik :






Apa tunggu lagi, join the contest cepat-cepat dan buka website https://my.althea.kr/ sekarang! Untuk maklumat lanjut, boleh check Facebook Page diorang : https://www.facebook.com/altheakorea/

Apa itu Difteria?

Tuesday, July 19, 2016
Hi ❤


Iday baru je balik dari kampung and baru je terbaca 1 news tentang kes pertama orang dewasa dijangkiti penyakit pada 16hb julai lepas di Negeri Sembilan. Terus risau sebab sekarang iday memang tengah demam,batuk-batuk dan sakit tekak. 

Menurut kenyataan akhbar :

"Pada 16 Julai 2016, seorang suri rumah berumur 41 tahun disahkan difteria telah dilaporkan, menjadikan ini kes difteria pertama di kalangan orang dewasa di Malaysia pada tahun 2016. Beliau mula mengalami demam pada 11 Julai 2016 dan mengadu tonsil membengkak, serak suara dan sukar menelan. 

Pesakit telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rembau pada 13 Julai 2016. Beliau disyaki menghidap difteria dan dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, dan kemudiannya dimasukkan ke wad untuk isolasi serta rawatan. Keadaan pesakit adalah stabil. Pada 16 Julai 2016, ujian makmal mengesahkan bahawa beliau positif difteria. Ini adalah kes sporadik (terpencil). Rawatan profilaksis telah diberikan kepada semua kontak pesakit ini termasuk ahli keluarga serta kakitangan kesihatan dan hospital, juga lain-lain langkah kawalan sedang dijalankan."

Apa itu Difteria?


Iday ada share inforgraphic untuk korang faham :




So, kalau korang ada sympton yang dinyatakan, cepat-cepat buat pemeriksaan kesihatan. Iday pon akan ke klinik kejap lagi dengan Islam. Harap-harap cuma demam biasa dan bukan Difteria sebab Difteria ni boleh bawa maut kalau lambat.

Korang boleh check video dibawah :


Jaga kesihatan and sentiasa update tentang penyakit Difteria ni okay! Penting untuk ambil tahu tentang penyakit ini supaya kita dapat elakkan. 

Doakan Iday di klinik nanti :)

Yusuf Iskandar - Anak comel Hanis Zalikha dan Hairul Azreen

Monday, July 18, 2016
Hi

Iday memang suka follow perkembangan Hanis Zalikha, dulu suka baca blog dia then dia dah kurang update sebab busy dengan kehidupan sebagai selebriti dan perniagaan bersama Hairul Azreen. So, iday just follow update dari Instagram Hanis Zalikha or Hairul Azreen. 

Tapi sekarang, dah tak tengok or check update Hanis Zalikha dah. Dah ada penganti. Siapa lagi kalau bukan Yusuf Iskandar, baby comel Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. 



Comel sangat and banyak rambut. Haha sebab mostly baby ni kan macam tak banyak sangat rambut. Tapi Yusuf ada rambut lebat and muka yang sangat comel. Geram je tengok. Dah elok la sebab parent pon memang sama cantik sama kacak. Hehehe

Kalau nak tahu, Yusuf dah ada Instagram Account, guna nama @theyusufiskandar . Follower pon dah cecah 100 ribu. Average like or view setiap gambar and video pon puluh-puluh ribu. 


Hebat betul penangan anak selebriti ni. Hehehe Alaaa, Lara Alana anak Awal and Scha pon dah cecah 2 juta follower. Haha

Nanti pon kalau Iday ada anak, nak create Instagram untuk anak Iday, tapi bukan sebab nak famous or nak follower. Tapi sebab nak jadikan sebagai baby journal. Yela, bagi iday Instagram adalah platform paling sesuai. 

Okay, Iday nak share gambar-gambar Yusuf Iskandar ni. Comel sangat taw!

1. Yusuf dah pandai main-main mata ye :p


2. Kecik-kecik dah pandai bergaya ni. Baju Raya dari Jovian gituuuu.


3. Seronok Yusuf dapat duit raya. Yusuf memang plan nak lahir sebelum raya. Hehehe


4. Siapa paling comel? SAYA SAYA ! HAHA :)


5. Kenapa Yusuf comel? tengok la siapa parent Yusuf. Hehe




Comel kan? Tak sabar nak tengok Yusuf membesar sihat. Mesti hensem sangat nanti. Kalau nak check update Yusuf Iskandar, boleh la follow Yusuf di Instagram ye. Hehehe


Semoga membesar dengan sihat ye Yusuf! 



7 Tips Untuk Suami Pikat Hati Isteri

Thursday, July 14, 2016
Hi




Tiba-tiba nak bagi tips macam ni, bagi hint dekat suami sendiri ke? Hahaha takdelah, tadi Iday ada tengok Oh Bulan buat artikel tentang tips memikat hati suami, asyik pikat hati suami je, pikat hati Isteri la pulak. Hehehe So, terjadi la post ini. :p

Kalau nak baca artikel Oh Bulan tentang tips memikat hati suami, boleh klik link bawah :



Tips 1 : Kejut Isteri bangun pagi & bisik kata-kata cinta

Lelaki jangan nak geli-geli ye, ala kalau buat pon bukan orang nampak. Isteri sendiri je pon. Kalau Isteri macam pelik blur-blur, takpe. Dia suka sebenarnya. Hehehe Paling senang pon, kejut and cakap "sayang, bangun. Saya sayang awak sayang" awwwwwww, bikin cair je taw. Hehehehe





Tips 2 : Selalu ucapkan ayat Terima Kasih

Dari awal-awal kahwin sampai sekarang, Islam memang selalu cakap "Terima Kasih Sayang" bila Iday buat something untuk dia. Lepas masak and hidang, dia akan cakap " Terima Kasih Sayang sebab Masak" 

Rasa dihargai sangat. Sebenarnya, ada isteri tak kisah pon sebab apa dia buat memang ikhlas untuk suami dia. Tapi bila suami hargai and cakap Terima Kasih, lagi semangat isteri nak buat apa-apa untuk suami. 

Ingat! Ringankan mulut cakap "Terima Kasih" okay! :)


Tips 3 : Tolong Isteri Buat Kerja Rumah - Simple2 pon okay


Bukan semua kerja okay, kan ada lelaki yang datang kecam aku. Hahaha Yang simple-simple macam sidaikan baju, tolong basuh pinggan sendiri and wife bila lepas makan. 

Islam selalu tolong basuhkan pinggan sendiri and pinggan Iday everytime kitorang habis makan. Dia buat tu sebagai penghargaan la sebab Iday masakkan untuk dia. Give and take gituu. Banyak la kerja rumah yang kita sama-sama share buat.  Hehehe


Tips 4 : Offer Pertolongan

Apa kata, kadang-kadang tu offer pertolongan pada Isteri. Contohnya nampak Isteri tengah duduk berehat lepas buat kerja, then offer untuk urut bahu atau boleh offer air minuman. Ataupon, kadang-kadang bila tengok tv, saja-saja tanya dia "Sayang, awak nak tengok cerita apa? " 

Isteri mesti rasa dihargai, alahai baiknya suami aku ni. Hehehe


Tips 5 : Cium tangan/dahi Isteri setiap kali keluar and balik dari Kerja

Kalau jenis Suami Isteri yang kerja 9 pagi - 6 petang, mesti jarang ada masa sama-sama. So, bila nak keluar kerja, cium la dahi isteri atau cium tangan isteri. Macam Iday, Iday tiap kali pergi kerja and balik kerja mesti salam and cium tangan Islam. And Islam pon buat benda sama. 

Memang rasa disayangi. Hehehe

Tips 6 : Kadang-kadang Buat Keputusan untuk Barang Dapur

Ini basic je sebenarnya, rasanya semua suami akan temankan isteri beli barang dapur. Bukan barang dapur tapi shopping sekali. Hehe So, masa beli barang dapur tu, cadangkan la si Isteri apa yang nak dibeli. Iday selalu akan tanya Islam, apa yang dia nak makan, nak beli ape, sayur apa yang dia nak makan. Awal-awal dulu, Islam selalu jawab "Ikut suka awak, saya makan semua awak masak" . 

Iday apa lagi, asyik beli shitake. Sebab Iday tahu yang dia suka sangat makan shitake. Last-last dia dah muak. HAHAHA Then lepas-lepas tu, dia sendiri cakap apa nak makan. Sebenarnya memudahkan Iday, takyah pening-pening dah. Hehehe


Tips 7 : Duit saku

Walaupun Isteri berkerja, tak salahnya hulurkan duit belanja hari-hari/mingguan untuk Isteri. Terpulang pada Isteri untuk terima atau tak. Macam Iday, Islam selalu bagi duit belanja, kadang-kadang dia siap selit dalam wallet. Tapi selalunya Iday tak guna, Iday akan simpan. 

Then, kalau kitorang makan malam dekat kedai, Iday akan tolong bayarkan guna duit yang Islam bagi tadi. Hehehe Or kadang-kadang, Iday just letak dalam tabung duit dapur rumah. Hehehe 




Okay la, itu je la kot tips2 yang dapat Iday kongsikan. Kiranya ni tips dari seorang Isteri kepada suami-suami di luar sana. Hehehe 

Ada tips lain? Boleh kongsikan diruangan komen ye. :)

My Blog List