Enter your keyword

Sayaiday's Categories











Viral : Pen Pineapple Apple Pen?

Tuesday, September 27, 2016
Aduhai penat 1 hari ni dengar lagu Pen Pineapple Apple Pen      


HAHA Semua orang dok bukak sampai dah naik jemu dah iday. Harap-harap cepat la hilang fenomena Pen Pineapple Apple Pen ni. Hahaha








iday tak tahu macam mana lagu ni boleh viral tapi iday pon mula-mula tengok dari IG Luqman Podolski. Then baru la check lagu ni yang original. Lirik lagu dia simple je tapi sangat catchy, terus melekat kalau sekali dengar. 


Tengok video version Luqman dulu ye :p





in pula video original, memang kelakar la uncle ni. Sebenarnya memang tak tahu motif lagu ni. tapi layankan aje. Hahahaha




Uncle ni punya mimik muka and gaya badan memang kelakar. Kalau tengok youtube, dah ramai yang cover. Cepat betul viral. Hehehe 

Orang Malaysia yang iday dah tengok cover, si Luqman ni je. Ke dah ada yang buat? HAHA 

Tapi seeloknya tak payah la buat, kita yang tengok ni pon rasa malu, apa lagi yang buat. :p






Kisah Hantu : Iday Kena Kacau Dalam Tandas Gelap

Wednesday, September 21, 2016


Tadi ada baca kisah hantu dari beberapa blog rakan blogger. Seram pula kita yang baca ni, dah la baca tengah malam. Hahaha

Tiba-tiba macam nak cerita pengalaman iday sendiri bila kali pertama dikacau oleh "benda" tu. Nak taip nama dia pon takut ni, so kita bahasakan "benda" ye.

Kisahnya, dulu iday berjaya mendapat tawaran di MRSM Kuala Lipis. Time tu iday batch pertama sebab MRSM tu baru dibuka. Iday dengar cerita, dah tergendala selama 3 tahun then baru dibuka. Kesnya ada kejadian pekerja jatuh dari tingkat atas, cerita ni iday tak sure kesahihan dia. Yelah, dari mulut ke mulut kan. 

Tapi tempat baru, lagi-lagi kita dikalangan orang pertama yang tinggal kat situ, mesti banyak kisah kan. Tapi pengalaman iday ni memang iday takkan lupa sampai bila-bila. 

So, malam kan selalu ada prep, macam kelas belajar sendiri. Lepas habis prep, iday naik la bilik. Masa tu bilik iday tingkat 2. Naik tangga tengah . Bangunan hostel iday masa tu bentuk macam T.

Okay gigih ni screenshot dari Google Earth, iday baru tahu yang nama MRSM Kuala Lipis dah tukar jadi Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghazali Shafie (MRSMTGS). Panjang betul. Hehehe



Ini pula hostel iday, anak panah biru tu menunjukkan tangga dekat situ. Iday naik tangga dekat situ untuk ke tingkat 2 iaitu bilik iday. Masa naik tangga tu, iday tak tahan nak buang air. So, iday decide nak ke toilet dekat tingkat level iday. 



Sampai tingkat 2, iday lupa yang toilet tepi tangga tu takde lampu. Lampu rosak. Nak pergi toilet lain memang iday dah tak tahan. Masa tu member-member ada yang dah masuk bilik and ada yang lepak bilik member lain. Nak tak nak, iday terpaksa juga masuk toilet gelap tu sorang-sorang. 

Masa tu, iday dah set kat mind iday, "jangan fikir macam-macam" .

So, bila dah masuk toilet, iday pon setelkan apa yang patut, tapi tiba-tiba rasa tak sedap badan. Rasa macam diperhatikan. Rasa macam ada "benda" tengok. 

Entah macam mana, iday boleh berani pandang ke atas. 

Ya Allah, terkejutnya masa tu sebab Iday nampak ada 1 lembaga rambut panjang, tengah cangkung dekat bahagian atas antara 2 toilet tu. Dia cangkung and pandang IdayMemang gelap and cepat-cepat iday pandang bawah. Tuhan je tahu macam mana takut iday masa tu. Tapi sepanjang iday pandang bawah tu, iday boleh rasa yang dia masih tenung iday. 

Tapi lagi nak berlagak cool. Taknak nampak sangat yang kita takut. Macam buat tak taw. Iday dengan coolnya flush, basuh toilet, keluar toilet perlahan-lahan. Taknak lari-lari, kononnya nak tunjuk yang kita berani dekat "benda" tu. Then buka pintu toilet, jalan slow-slow tapi sampai je dekat luar toilet, iday lari macam orang gila ke bilik. 

Hahahahah ingat balik memang kelakar, tapi seram pon ada. Sumpah memang taknak masuk toilet yang gelap takde lampu. Tu nasib baik "benda" tu tenung je, kalau dia pegang? kalau dia tegur? memang menangis la aku kat situ. Hahaha

Itu je la kisahnya, kalau nak ikut, banyak lagi pengalaman iday kena kacau "benda-benda" tu. Diorang pernah muncul dalam gambar iday. Ye la, dulu kan zaman pakai kodak. Bila cuci gambar baru nampak. Huhuhu



Ingat ye, jangan masuk toilet kalau gelap sebab lampu rosak. heheeeeeeee!





Ultraman Live in Genting Highland 2016 | Info Tiket & Live Show

Tuesday, September 20, 2016


Siapa peminat Ultraman? iday ada berita baik untuk korang. Sebelum ni, kita selalu tonton Ultraman di kaca tv atau laptop. Tapi kali ni, Resort World Genting akan bawakan "Ultraman Live in Genting Highland" khas untuk peminat Ultraman! 

Ini merupakan kali kedua mereka bawakan "Ultraman Live in Genting Highland" dan sebelum ini telah mendapat sambutan yang hebat sehinggakan semua tiket habis.



Baru-baru ini, iday telah menghadiri sidang media "Ultraman Live in Genting Highland" bertempat di Pavillion, Bukit Bintang. Dari apa yang iday dengar, "Ultraman Live in Genting Highland" kali ini, pasti lebih hebat dari sebelumnya.



‘The Ultraman Live in Genting 2016 – Revenge of Baltan’ dihasilkan oleh Tsuburaya Productions Japan. Mereka kagum dengan reaksi peminat di Malaysia dan menawarkan persembahan yang lebih hebat dari sebelum ini. Persembahan ini akan menggunakan gimik teknologi yang lebih hebat dan aksi yang lebih mendebarkan.



‘The Ultraman Live in Genting 2016 – Revenge of Baltan’ akan diadakan di Resorts World Genting pada 5 November 2016 hingga 2 January 2017.

Menurut Kevin Tann, Vice President of Promotions & Entertainment of Resorts World Genting, acara kekeluargaan ini amat digalakkan kerana Ultraman live show ini akan menyampaikan banyak nilai positif dan mesej yang baik. 



Walaupon Ultraman adalah mitos tetapi watak yang dibawa oleh Ultraman sendiri menunjukkan nila-nilai murni seperti membantu orang lain. Ultraman sendiri menunjukan yang kita boleh jadi baik dan hero kepada orang lain.




Tann juga menyatakan, akibat dari sambutan yang memberansangkan dan semua tiket yang habis dijual pada tahun lepas, mereka akan menambah lebih banyak shows dan membahagikan kepada 2 bahagian :

Part 1 : 5 November 2016 - 6 December 2016
Part 2 : 7 December 2016 - 1 January 2017

Sidang media yang diadakan di Pavilions baru-baru ini dihadiri oleh ramai orang. 26 orang kanak-kanak bertuah membawa pulang 4 tiket percuma. 



Manakala 10 orang pengunjung bertuah mendapat 2 keping tiket kerana berjaya menjawab soalan dari host.






Info Tentang Pertunjukan

Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge Baltan akan menampilkan 10 Ultraman yang akan melawan 6 watak jahat dan banyak lagi raksasa di planet Baltan. 



Misi mereka adalah menyelamatkan bumi dari jatuh ke tangan penjahat.

Peminat-peminat Ultraman nanti boleh memberi sokongan kepada Ultraman Z, Ultraman Hero dan hero-hero lain dalam menjayakan misi mereka. 



Watak-watak jahat yang akan menentang Ultraman  nanti adalah Chaos Ultraman Calamity, Dark Lops Zero, Kaiser Darkness, Dark Zagi dan Evil Tiga.

Persembahan ini akan bertempat di Genting International Showroom sebanyak 2 kali iaitu pada pukul 4 petang dan 8 malam. Nanti boleh beli tiket berdasarkan waktu-waktu yang korang inginkan okay!

Seronok kan! iday memang tak sabar nak menyaksikan Ultraman Live Show ini. Hehehe


Info Tentang Tiket


Tiket untuk Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge Baltan :



+ VIP : RM108 (Percuma Ultraman Watch)

+ PS1 : RM88 (Percuma Ultraman Watch)

+ PS2 : RM68 (Percuma Ultraman Watch)



Peminat Ultraman juga boleh memilih pakej penginapan dan tiket ke live show :



+ First Word Hotel (bilik deluxe ) dan 2 keping tiket : RM 169
+ First Word Hotel (bilik triple ) dan 4 keping tiket : RM 278


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-27181118 atau boleh book tiket dekat sini : 




Check this video, last year Ultraman Live Show :



Best kan! :)







Lara Oh Lara Episode 4

Wednesday, September 07, 2016
Suka betul tengok Lara comel ni!




Episode kali ni Lara nak suprisekan Scha Al-yahya Hehehe Then first time dengan Joy (pengasuh Lara) bercakap. Nampak la dia betul-betul sayang Lara. Then Awal ada mention yang Lara ni rezeki murah, selalu ada orang bagi Lara baju-baju and outfit comel-comel. 

Okay la, korang layan je episode 4 Lara oh Lara dibawah ye :)








Yeay! Baby :)

Sunday, September 04, 2016
Hi ❤



Comel kan baby ni :) Bestnya dah ada ahli keluarga yang baru. Hehehe


Sebelum korang fikir macam-macam which is ingat aku dapat baby, bukan ye. Belum ada rezeki baby lagi. Hehehe

Sebenarnya kakak ipar aku dah selamat melahirkan baby perempuan yang comel iaitu Zahra. Belum sure lagi nama penuh tapi since semua orang sebut Zahra Zahra. Hahaha

Comel sangat baby :)

Sebenarnya excited sebab ni kali pertama aku tengok or pegang baby yang lahir baru beberapa hari dari family aku. Dulu time kakak ipar lain or kakak sendiri dapat baby, aku tak dapat balik tengok sebab belajar and still remaja kecik lagi. HAHA Macam tak excited macam sekarang la. 

Maybe umur sekarang umur yang aku rasa aku patut ada dari rahim sendiri kot. HAHA

Then, semalam jugak first time aku dukung baby. comel sangat. kepala kecil, mulut kecil, mata kecil, tangan kecil, kaki kecil. Ya Allah, so tiny little creature. 




Seronok Alya dapat adik baru. Macam aku seronok dapat anak buah baru. Hehehe

Sebenarnya ada lagi 2 kakak ipar aku yang belum bersalin. Kakak ipar abang no 2 and Kakak ipar Islam. Semua jangka hujung tahun ni or awal tahun. 

Aku pon kalau boleh nak dapat baby tahun depan. Hehehe tapi risau pulak dengan penyakit Zika semua ni. Dalam Malaysia saja dah ada 2 kes kan? Itu pon bila aku baca artikel di blog Hasrul Hassan. Korang boleh check artikel dia di link dibawah :

2 Kes Zika di Malaysia


So rakyat Malaysia, berhati-hati ye. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk sebab virus Zika ni disebarkan melalui gigitan nyamuk. 

Okay, hari  ni Zahra dah boleh keluar, kejap lagi Iday akan pergi tengok baby Zahra lagi di Hospital Shah Alam. Hehehe



p/s : Doakan giliran aku pula ye dapat baby ;p



Follow My Instagram

Blog Archive