Enter your keyword


Subscribe To My Youtube Channel



Kes Bunuh Racun Rakan Sendiri - Jessica Kumala Wongso Dipenjara 20 Tahun

Friday, October 28, 2016
Bunuh rakan dengan letak racun dalam coffee.


Terkejut iday bila Jessica Kumala Wongso dijatuhkan hukuman 2o tahun penjara. Sebenarnya iday dah follow lama kes pembunuhan ni. Jessica Kumala Wongso dituduh membunuh rakannya Mirna dengan meletak racun kedalam vietnam coffee di sebuah cafe. Rakaman CCTV menunjukkan detik Mirna diracun dan pengsan sebelum mati.




Gambar lama Mirna dan Jessica



Serius scary kalau tengok balik rakaman tu. Iday siap ikut perbicaraan kes ini sebab diorang memang live dekat youtube.

Okay, mesti ramai yang belum tahu tentang kes ini, iday nak share kronologi kes ini, so harap korang faham :

6 Januari 2016

- Jessica berjanji berjumpa Mirna, Hani dan Vera di Kafe Oliver, Indonesia. Jessica memilih meja 54 di cafe tersebut. Jessica datang awal dan sempat membeli barang di Body & Bath untuk kawannya. 

- Jessica memesan coffee kesukaan Mirna iaitu Vietnam Ice Coffee. 

- Kemudian Mirna dan Hani datang ke cafe tersebut. Vera tidak jadi datang. 

- Mirna meminum kopi dan mula merasakan bau kopinya sangat pelik dan meminta Jessica dan Hani turut bau kopinya. 


- Jessica bangun dan cuba meminta air dengan pelayan dan meninggalkan Hani dan Mirna di meja. Hani sempat merasa sedikit dan tidak tahan dengan rasa air coffee tersebut.


- Tiba-tiba Mirna pengsan dan tidak sedarkan diri. Mirna akhirnya dikatakan meninggal di klinik.

Cuba check video detik-detik kematian Mirna diterangkan oleh saksi iaitu Hani:






Ini pula saat Mirna dah pengsan dan cafe kecoh, Jessica nampak tenang je. 



- Racun cyanide dijumpa dalam badan Mirna dan menyebabkan kematiannya. Hasil forensik, terdapat 3 gram racun cyanide dalam coffee tersebut dan mampu membunuh 5 orang sekaligus.

29 Januari 2016

- Jessica ditangkap dan menjadi suspek kepada pembunuhan Mirna. Jessica ditangkap di sebuah hotel iaitu Hotel Neo, Mangga Dua, Jakarta Utara.

- Kemudian kes pembunuhan dibicarakan di Mahkamah. 

27 October 2016

- Jessica didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman selama 20 Tahun. Penguambela Jessica tidak berpuashati dan ingin membuat rayuan.

- Tapi serius, Jessica memang nampak tenang je waktu dijatuhkan hukuman. Itu yang buat iday confuse, betul ke dia bersalah? Hahaha (check minit ke 19.40)





Sepanjang sidang perbicaraan tu, banyak lah bukti-bukti ditunjukkan, ada juga tayangan CCTV sepanjang dalam cafe tersebut. Memang macam tengok telenovela pembunuhan dah. 


Kenapa Jessica nak bunuh Mirna?

Dari apa iday baca and dengar, Jessica berdendam dengan Mirna kerna Mirna pernah minta Jessica putus dengan teman lelakinya yang baran dan kaki pukul. Setelah putus, Jessica menuduh Mirna  cuba menghancurkan hidupnya. Then ada juga yang kata Jessica cemburu dengan Mirna.

Ramai yang tanya, kenapa 20 tahun je?

Jessica ni kan dah jadi penduduk tetap Australia, Polis persekutuan dekat sana dah cakap yang hukuman mati tidak akan dikenakan. Sebab kalau dekat Australia, law dekat sana dah tetapkan tiada hukuman mati untuk kes bunuh. Sebab banyak kes, yang bila dah hukum mati, tiba-tiba tak bersalah. Korang boleh baca banyak tentang ni dekat wiki. Hehehe

Padahal kalau dekat indonesia, kalau kes bunuh macam ni patut kena hukuman mati.



Gigih tahu follow kes ni sampai subsribe semua video news dekat Indonesia. Haha Tapi sekarang kan nak dibawa ke Mahkamah Rayuan so, nanti nak tengok update terbaru. 


p/s : untuk lebih details, boleh search "jessica kumala wongso". Article ini just summary dari keseluruhan kes. Senang nak faham :)

Video dan Gambar Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor

Tuesday, October 25, 2016
Ya Allah, terkejut bila tahu tentang kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor tadi.



Pagi tadi, iday ada check ramai yang tweet dengan hashtag #PrayForHSA . So, iday check la beberapa post lain yang menggunakan hashtag yang sama. Rupa-rupanya Wad ICU di Hospital Sultanah Aminah Johor terbakar. 


Dari twitter Bernama, 6 pesakit iaitu 4 perempuan & dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran.




Tak dapat bayangkan suasana di hospital waktu tu. Ini pula live twitter update dari staff di Hospital Sultanah Aminah 







Gambar-gambar lain adalah sumber dari twitter :






Ingat, jangan buat sebarang spekulasi kalau tak yakin dengan kesahihan cerita. Diorang ada family dekat sana and risaukan keadaan family diorang. Iday pon bergantung dari sumber Bernama dan berita yang boleh dipercayai. 


Ini pula video ketika kejadian :




Untuk update terbaru tentang kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor boleh la check di twitter Bernama : https://twitter.com/bernamadotcom


Doakan semua selamat! 

Ballotin Chocolate Kota Damansara

Thursday, October 13, 2016
Tiap kali birthday kawan, bagi Ballotin Chocolate je la. Hehehe





2 benda paling iday kagum waktu pertama kali jejak kaki ke dalam kedai Ballotin Chocolate adalah hiasan kedai yang sangat elegant bertemakan warna putih dan corak unik pada chocolate yang dijual di Ballotin Chocolate.

Paling penting, halal sebab founder Ballotin Chocolate sendiri adalah muslim. Dia la yang bertanggungjawab dalam membuat Ballotin Chocolate ni. Hand-made okayyyy! Hehe


// Founder of Ballotin Chocolate sibuk melayan customer yang datang
Tapi, bila tengok corak unik yang cantik pada Ballotin Chocolate ni, memang sayang betul nak makan. Macam tak sanggup je. Hahaha

Sebab tu Ballotin Chocolate ni memang sesuai sangat kalau nak dijadikan sebagai hadiah buat mereka yang istimewa. Itulah konsep yang dibawakan oleh founder Ballotin Chocolate, beliau mencipta creative chocolate bonbon dengan pelbagai jenis isi coklat. 


Setiap corak coklat membezakan isi coklat yang ada didalamnya. Nak tengok apa corak-corak chocolate yang ada di Ballotin Chocolate? Check gambar bawah, pasti korang pon kagum dengan kecantikan chocolate yang ada disini. Hehehe






















Untuk memudahkan customer yang datang, owner Ballotin Chocolate ni dah susun chocolate-chocolate mengikut kadar peratusan chocolate. Dari dark chocolate, milk chocolate hingga ke white chocolate. 



Biasanya kalau customer datang, kita akan tanya dulu, suka chocolate yang manis atau kurang manis, white chocolate, milk chocolate atau dark chocolate supaya senang untuk diorang buat pilihan 

Bagus kan? Hehe


Then setiap chocolate kan ada different filling, so customer juga boleh pilih filling apa yang diorang nak. iday ada suka 1 chocolate yang ada pistachio. Serius sedap! Hehe

Yang penting, akan sentiasa ada corak baru yang diperkenalkan. Bukan corak yang sama je. Contohnya semasa musim merdeka baru-baru ini, ada chocolate Teh Tarik dengan corak bendera Malaysia di Ballotin Chocolate. Kreatif kan?
Ada 3 jenis box di dalam Ballotin Chocolate, setiap box mempunyai kuantiti dan harga chocolate tertentu.



Small Box (6 pieces) : RM36

Medium Box (12 pieces) : RM66


Large Box (24 pieces) : RM126

Each : RM6









Oh tadi kan iday ada mention yang iday kagum dengan dekorasi elegant di Ballotin Chocolate kan? Macam ni la suasana dalam kedai Ballotin Chocolate. 


Customer akan datang dan pilih chocolate kemudian bayar. Prosedur dia lebih kurang macam kita beli donut. Pilih box then pilih jenis/corak chocolate yang kita nak. Simple :)



Fouder Ballotin Chocolate ni sebenarnya anak kelahiran Sarawak, memang minat dengan bidang pastry dan ada pengalaman bekerja di hotel sebelum ni. 


Kerana minat mendalam pada chocolate, beliau berjaya memiliki 1 kedai chocolate di Kota Damansara dan baru dibuka pada awal August tahun ni. Baru lagi kan? Tapi masa iday datang, banyak chocolate yang sold out. Hehehe



Kalau nak tahu, proses nak buat chocolate ni bukan senang taw. Kena masa yang tepat dan teliti semasa proses. Kalau tak, nanti tak cantik berkilau macam ni. So, memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. 








So, kalau korang memang peminat chocolate atau nak cari hadiah untuk yang tersayang, boleh la beli chocolate dekat sini. Cantik dan sedap! 

Boleh check details and alamat dibawah :


Ballotin Chocolate
12 Jalan PJU 5/4, Petaling Jaya, Selangor 47810

Masa operasi : Mon-Sun 11am-7pm

https://www.instagram.com/ballotinchocolate/


http://www.foodink.com.my/listing/ballotin-chocolate/

Korang boleh order melalui email ini >> ballotin.chocolate@outlook.com
 dan akan terima pesanan melalui Ta-Q-Bin.




Kalau suka artikel ni, boleh la share! :)


Resepi Mudah Ayam/Daging Stew Kentang Lobak Bersama Herba

Saturday, October 01, 2016

Antara masakan kegemaran iday, cara masak sangat mudah tetapi sedap!

Resepi ini korang boleh guna samaada ayam atau daging. Cuma kalau masak daging kena lama sikit supaya daging dimasak empuk. 

Bahan-bahan untuk resepi ini :

Daging yang dipotong nipis
Minyak masak

A - 2 cawan tepung gandum
A - 1 sudu kecil lada hitam - lebih pon boleh, ikut selera masing-masin
A - 1/2 sudu kecil garam
A - 1 sudu kecil daun rosemary
A - 1 sudu kecil lemon & pepper seasoning (optional)

B - 4 biji kentang
B - 2 batang lobak
B - 2 ulas bawang merah besar
B - 1 biji bawang putih (dilenyek atau potong halus)

C - Air masak 2 cawan
C - 1 kiub ayam atau stop rebusan daging

D - 1 sudu kecil aregano
D - 1 sudu kecil daun rosemary
D - 1 sudu kecil daun parsley



Cara nak masak :

1. Mula-mula korang campurkan bahan A seperti gambar dibawah.


2. Gaulkan daging bersama tepung tersebut.



3. Panaskan minyak dan goreng didalam kuali sehingga warna keperangan. Jangan terlalu lama.



4. Potong lobak dan kentang - terpulang korang nak size macam mana. Ida suka masak kecil-kecil tapi tak terlalu nipis. 



5. Panaskan periuk atau kuali besar, goreng bahan B dengan tanpa minyak. Biar sampai warna kentang keperangan, kalau hangus sikit pon takpe. Hehe Gambar tak berapa nak cantik sebab pakai kamera phone. Hehe



6. Bila kentang dah warna perang, bawang pon dah lembut, boleh campurkan dengan bahan C . Biarkan mendidih.




7. Dah mendidih boleh letak bahan D dan daging yang digoreng tadi. Korang perlahankan api dah tutup kuali atau periuk. Biarkan seketika sampai daging masak. Nanti kuah akan jadi pekat. Boleh letak garam untuk sedapkan masakan. 



8. Kemudian siap! and dah boleh makan dengan nasi atau makan macam tu je. Hehehehe :)



Ini memang resepi kegemaran iday, iday selalu masak sama ada menggunakan daging atau ayam. Baru-baru ni kan Hari Raya Korban, so banyak dapat daging segar. Terus iday masak guna resepi ni. Hehehe sedap ! Cuba laaaa!

Iday ada banyak lagi share resepi-resepi mudah dekat blog ni, korang boleh check resepi lain di link bawah :




Selamat mencuba! Kalau suka, boleh share :)



p/s : resepi ini diolah dari sini.


My Blog List