Enter your keyword

Check My New Video On Youtube!





Monthly Recap : April 2017

Monday, May 22, 2017
April oh April. 

Ini artikel "Monthly Recap" yang ke-2 di blog Iday. So, iday akan update apa yang berlaku sepanjang bulan April.






Expenses/Pembelanjaan

Highlight pembelanjaan untuk bulan ni adalah Adidas NMD. Iday sebenarnya dah lama nak kasut NMD, akhirnya beli jugak. Sebenarnya Iday nak NMD Merah Biru, tapi disebabkan dekat store takde, so Iday beli yang latest iaitu Black Pink. 





Iday ada juga beli jaket dari Pull & Bear, sekarang memang rasa nak pakai jaket besar-besar. Hahahaha 

Shopping clothes macam tak banyak sangat masa bulan May. Maybe sebab dah spent banyak dekat NMD.

Oh, Iday pergi makan dekat Kyochon Pavilion. Sedap! Nak pergi makan lagi tapi tak tahu bila. Maybe makan time balik kerja before start bulan puasa. Kyochon ni stail makanan korea yang pelbagai jenis ayam goreng. Tapi sedap! Heheheh


Entertainment/Hiburan

Iday, Islam, Ami dan Cah pergi tengok Guardian Galaxy vol 2. Best! Groot sangat comel. Memang dah plan nak tengok movie ni sebab Iday suka tengok yang first. Jalan cerita memang best and ada certain scene korang takkan expect akan berlaku. 

Mostly, scene Groot paling best. Sebab dia comel and blur-blur. Hehehe



Watak Yondu paling Iday suka and sedih at the same time. Yang tu korang kena tengok sendiri okay. Hehehe

Then, drama korea yang Iday tengok sepanjang bulan April adalah :

1. Individualist Ms. Ji-Young (2 episode)
2. The Liar and His Lover
3. Chicago Typewriter (tengok 2 episode, then bosan)
4. Man To Man
5. My Secret Romance


Man To Man

Lagu yang Iday selalu dengar sepanjang April adalah Attetion by Jon Charlie Puth. Serius best! Suka dengar suara dia. Hehehe And Iday asyik ulang-ulang dengar semua lagu Jon Bellion

Then bulan April, Iday main game Zombie Castaway. As usual, takde lagi game yang boleh buat Iday main lama-lama macam ni. Dah setahun lebih main game Zombie Castaway. Hehehe




Work/Kerja

Iday dinaikkan gaji. Alhamdullilah, bertukar la angka paling depan tu. Hehe

Boleh la bagi dekat parent lebih sikit. 

Kerja macam biasa, still busy dengan campaign preparation. 

Blog & Social Media

Iday hanya publish 13 post sepanjang bulan April. Takde alasan, rasanya sebab busy kerja kot. Huhuhu

Ini pula trafik info sepanjang bulan April (sumber GA). Trafik blog sayaiday memang kebanyakannya dari Organic Search. 

Bulan ni, trafik blog Iday memang drop sebab tak banyak new content and tak banyak share.



Target Iday untuk bulan May, UV adalah melebihi 100K. So, kena lebih rajin update blog and share post on social media. 

Iday start jaga theme Instagram Iday. Iday memang dari dulu tak suka post terlalu banyak gambar review. Kalau ada pon, Iday akan cuba edit or upload gambar yang lebih sesuai. 



Relationship/Friends/Family

Ami dan Cah dah start tinggal dengan Iday. Cah dapat kerja dekat Shah Alam, so dia ulang alik dengan LRT. 

Oh, birthday Iday hari tu dapat suprise kek dari Lana, Aina and Linda. Takde la suprise sangat sebab boleh agak sebenarnya. Hahaha

Thanks korang, terharu. Hehehe



Okay itu je lah yang berlaku dalam hidup Iday sepanjang bulan April. Maybe ada yang Iday termiss sebab lupa. Haha Iday harap May lebih baik dari April :)

Monthly Recap bulan sebelum ni :

> Monthly Recap : March 2017


Hero Seorang Cinderella - Fattah Amin Dan Fazura #FattZura

Sunday, May 21, 2017
Hero Seorang Cinderella - Fattah Amin Dan Fazura #FattZura | Ini antara drama yang Iday tengah tunggu sekarang. Iday memang minat Fazura sejak era Gol Dan Gincu lagi. Fazura sangat cantik and natural bila berlakon. Tak sabar nak tengok sebab dia. Hehehe

Full episode dan Live Streaming dibawah :



Baru je tengok video interview Fattah Amin dan Fazura dekat HLive, memang diorang serasi bersama. Korang boleh check sini kalau nak tengok : Hero Seorang Cinderella Special - HLive Interview

Drama bersiri Hero Seorang Cinderalla ini adalah adaptasi novel karya Anjell yang akan ditayangkan bermula 22 Mei ini di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam. Kalau yang ada Astro dekat rumah, pukul 10 malam mesti dah terpacak depan tv kan. Hehehehe


Selain Fazura dan Fattah Amin, ada pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri ini ialah Uqasha Senrose, Zizie Ezette dan Jasmine Suraya.

Info Hero Seorang Cinderella

Jumlah Episod : 24 episod 
Tarikh Tayangan : 22 Mei 2017 
Hari/Masa : Isnin-Khamis 10.00 malam 
Siaran TV : Slot Mega Drama (Astro Ria 104 & HD 123) 
Penulis Novel : Anjell 
Pengarah : Michael Ang / Hadith Omar 
Terbitan: Cube Film Sdn Bhd 

Watak Pelakon Hero Seorang Cinderella

Fattah Amin sebagai Tengku Ian Uzzam 
Nur Fazura sebagai Nura Medina 
Zizie Izette sebagai Puan Sri Mawar 
Uqasha Senrose sebagai Puteri Emallyn 
Fikry Ibrahim sebagai Farizzam Aedy 
Ashraf sebagai Darius 

Sinopsis Hero Seorang Cinderella

Nura Medina hidup bersama dengan ibu tiri, Datin Mawar(Datin Zizie Ezette) dan kakak tiri, Puteri (Uqasha Senrose) selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tidaklah begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehinggalah dia difitnah lalu telah dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. 

Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu muncul dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.

Live Streaming Hero Seorang Cinderella 

- video mungkin hanya available semasa episode disiarkan.


Live Streaming Hero Seorang Cinderella Episod 1 (available) - 22 May 2017


Senarai Episod Hero Seorang Cinderella 

Untuk mereka yang terlepas drama ni, korang jangan risau sebab boleh tengok online. Iday ada share link drama setiap episode Hero Seorang Cinderella dibawah :


Senarai Full Episod Hero Seorang Cinderella
 Hero Seorang Cinderella Episod 1 
 Hero Seorang Cinderella Episod 2
Hero Seorang Cinderella Episod 3
Hero Seorang Cinderella Episod 4
Hero Seorang Cinderella Episod 5
Hero Seorang Cinderella Episod 6
Hero Seorang Cinderella Episod 7
Hero Seorang Cinderella Episod 8
Hero Seorang Cinderella Episod 9
Hero Seorang Cinderella Episod 10
Hero Seorang Cinderella Episod 11
Hero Seorang Cinderella Episod 12
Hero Seorang Cinderella Episod 13
Hero Seorang Cinderella Episod 14
Hero Seorang Cinderella Episod 15
Hero Seorang Cinderella Episod 16
Hero Seorang Cinderella Episod 17
Hero Seorang Cinderella Episod 18
Hero Seorang Cinderella Episod 19
Hero Seorang Cinderella Episod 20
Hero Seorang Cinderella Episod 21
Hero Seorang Cinderella Episod 22
Hero Seorang Cinderella Episod 23
Hero Seorang Cinderella Episod 24




+ Kalau korang tak boleh klik link tu, boleh tinggalkan mesej di facebook page iday di link ini ye :https://www.facebook.com/sayaiday/ . Sila la follow page iday ye :) 
+ Video yang belum ada link kerana belum ditayangkan di tv. Selepas ditayangkan, baru iday letakkan link video yang betul.
+ Selamat menonton! 


Ada drama lain yang korang tengok? Boleh share di komen bawah :)


True Love - Kata Hati | Persembahan Live Lagu Dari Video Neelofar Hijab

Friday, May 19, 2017

Siapa dah tengok video promo Neelofar untuk Raya tahun ini, True Love? Kalau dah tengok, mesti ada thought yang short film tu betul-betul follow kisah cinta #Lofattah. Kan? Dari scene berlakon filem bersama, makan McD and Neelofa teman Fattah main futsal. 


Sampai kawan yang teman pon orang yang sama dalam video. Hehehe

Sebenarnya, Iday taknak cerita tentang video or jalan cerita or #Lofattah. Iday nak cerita tentang lagu dalam video tu. Ada satu scene, lelaki dalam cerita tu dedikasikan satu lagu untuk Neelofa (eh, macam gosip Fattah Amin buat lagu untuk Neelofa sebelum ini hehe).

Tajuk lagu itu adalah True Love dan Neelofa adalah producer lagu tersebut. Lagu tu ciptaan Aizat Amdan dan Anas Amdan rupanya. Dhany pula dari band Kata Hati di Indonesia. Serius suara dia best. Dengar apa kata Dhany dan Neelofa tentang lagu tersebut.


Lagu tu akan mula disiarkan di radio-radio di Malaysia. Iday suka. Iday suka suara Dhany and lagi-lagi ciptaan Aizat Hamdan. Dhany ada buat persembahan live di program Meletop baru-baru ini. Korang boleh dengar dan tengok live persembahan Dhany di bawah.


Part korus dia memang terbaik. Suara serak-serak. Ada sikit suara macam Azlan Typewriter kan. Hehehe Lagu ni memang akan masuk AJL. Confirm! Tapi Iday nak try Aizat nyanyi live sekali. Hehehe

Then rupanya lagu "Takkan Pernah Jauh" pon nyanyian Kata Hati. Okay, dah ada band Indonesia yang Iday suka. Campak dalam list lagu-lagu Indonesia best. Hehehe

--------------------------

Lirik Lagu True Love by Dhany Kata Hati

Kau penyeri dalam hidupku 
Ku kan menjagamu tiap detik waktu 
Moga kita bahagia 
Selamanya 

Seribu batu terpisah 
Takkan berubah kasihku 
Hanya kau saja yang aku mahu 
Sejujurnya 

(korus)
Kau penyeri dalam hidupku 
Ku kan menjagamu tiap detik waktu 
Moga kita bahagia 
Selamanya 

Genggam tanganku 
Jangan pernah lepaskan 
Izinkan aku mencintai dirimu 
Moga kita bahagia

Hu hu hu hu hu hu (banyak kali tak kira hahaha)

Till the day I die (part english tak dengar sangat, nanti iday update)

--------------------------

Tapi memang kebetulan ke? Wanita Terakhir pon Aizat Amdan yang cipta. Lagu Neelofa pon Aizat juga yang cipta. eh eh. Hehehe

Siapa suka lagu ni? Best tak?


Gesel Gigi Ketika Tidur

Wednesday, May 17, 2017

Siapa yang pernah gesel gigi semasa tidur?

Sebenarnya, Iday baru je tahu yang Iday ada tabiat gesel gigi ni and Iday sangat risau kalau tabiat ni tak hilang. Kita yang tidur memang takkan sedar tapi orang yang tidur dengan akan rasa ngilunya. 


Bila Iday tahu yang Iday ada tabiat macam ni, rasa malu lagi-lagi kalau tertidur dalam bas. Iday ada baca yang orang cakap, orang yang ada tabiat gesel gigi ni banyak cacing. Iday pon tak sure betul ke tak. Ada juga yang cakap, sebab letih dan banyak tekanan. So, kena selalu amalkan selawat sebelum tidur dan dapatkan rehat yang betul.


Iday start tahu yang Iday gesel gigi ketika tidur dari adik iday. Shida, kawan serumah Iday pon perasan yang Iday gesel gigi ketika tidur. Tuan punya badan takkan dengar sebab tuan badan tidur Hahaha


Sebenarnya penyakit waktu tidur ni ada nama saintifiknya dalam perubatan iaitu Bruxism :

Bruxism ini memang ada dalam perubatan, cuma usually tindakan akan dibuat jika ia mengganggu kehidupan ataupun aktiviti harian - definition of sickness.

Jadi, kalau ia tidak mengganggu aktiviti harian, biasanya pengamal perubatan takkan buat apa2, atau hanya bagi reliever sahaja.

Contohnya,  kalau sampai menyebabkan sakit rahang/jaw muscle, maka rawatan perlu dicari.



#Artikel ni sebenarnya artikel lama. Iday tulis tentang penyakit gesek gigi ni tahun 2010.

Alhamdulillah, sekarang Iday dah takde masalah penyakit gigi gesel ni. Tapi Iday ada buat sedikit research tentang Penyakit Gesel Gigi atau Bruxism. Korang boleh check info dibawah.


Penyebab Bruxism/Gesel Gigi


70% dari mereka yang ada Bruxism kerana keletihan dan stress. Bruxism juga dikaitkan dengan OSA itu gangguan pernafasan ketika tidur. Bruxism juga terjadi kerana side effect dari pengambilan ubat. 


Cara lifestyle korang juga boleh jadi penyebab Bruxism, antaranya :


- kerap minum minuman keras

- merokok
- mengambil dadah (ecstasy and cocaine)
- caffeine addicted

Dari sebab-sebab di atas, iday rasa iday kena Bruxism sebelum ni sebab letih dan stress sebab kerja. Hehe


Cara Merawat Bruxism/Gesel Gigi


Ada orang yang tiada masalah dengan bruxism. Yang menjadi masalah jika ada rasa sakit pada rahang dan gangguan ketika tidur. Antara cara-cara merawat Bruxism :


- menggunakan "mouth guard" ketika tidur. Boleh jumpa doktor atau farmasi untuk dapatkan mouth guard.

- rawatan psikologi 

Ada banyak lagi, korang boleh check link di bawah ni ye :





So, ada antara korang yang hadapi masalah ni? apa solution korang? Boleh share di komen bawah okay :)


Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort

Tuesday, May 16, 2017

Restorang Bangi Golf Resort (BGR) memang sentiasa menjadi lokasi pilihan untuk berbuka puasa. Terkenal dengan sajian buffet gastronomi yang menawarkan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa dan kualiti makanan terbaik dengan harga buffet yang berpatutan. 





Untuk Ramadhan Buffet 2017, BGR akan menampilkan sehingga 200 jenis juadah berbuka puasa istimewa bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur. Harga buffet bermula RM58 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak.


Tahun lepas Iday memang datang berbuka puasa di BGR dan memang berpuas hati dengan pilihan juadah berbuka puasa yang ada. Semua sedap dan menepati selera Iday. Hehehe 

So, Iday memang tak sabar untuk berbuka puasa di BGR tahun ini. Antara sajian menu-menu popular yang ada di BGR yang sentiasa menjadi pilihan Iday adalah Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak. Ini memang menu wajib tiap kali berbuka puasa di BGR. 

| Sup Kambing |

| Kambing Bakar |

| Kambing Bakar |

Kalau nak tahu, Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak juga dihidangkan panas-panas dari kuali. Itu yang iday paling suka dengan perkhidmatan terbaik dari BGR. Menu wajib seperti Sate Ayam dan Sate Daging juga ada di BGR. 

| Sate Ayam |

| Sate Daging |

Iday nak share dekat korang senarai juadah yang disediakan di BGR sempena Buffet Ramadhan 2017 di bawah. Jangan marah Iday, kalau korang baca artikel ni siang hari di bulan puasa. Hehehe


Menu Melayu

Untuk buffet ramadhan 2017 kali ini, BGR memperkenalkan menu Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama pada tahun ini. 

Menu tersebut akan dihidangkan bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato. 

| Nasi Lemak Special |

| Ikan Masak Asam Kari |

| Rendang Daging Taik Minyak |


Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato memang kegemaran Iday. Hehe

| Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato |

Menu Barat

Tahun lepas, antara menu kegemaran Iday adalah "Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma", serius sedap. Nasib baik tahun ini, sekali lagi menu ini dihidangkan kepada semua tetamu. Hehehe Korang patut cuba. 

| Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma |

Antara menu barat yang lain adalah Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara. Menu baru makanan barat untuk tahun ini adalah Peri-Peri Chicken Drumlets. Tak sabar nak cuba nanti.

| Lasagna Ayam |

| Peri-Peri Chicken Drumlets |

| Spaghetti Carbonara |


Menu Masakan Oriental

Menu utma yang ingin dipertengahkan kali ini adalah Nasi Ayam Hainanese. Ayam yang dimasak elok dan digadingkan bersama sos cili halia dan bawang putih yang pasti buat korang menambah lagi. Hehehe


Sebenarnya banyak lagi menu lain yang dihidangkan tetapi senarai di atas adalah menu utama yang disediakan khas untuk tetamu yang datang ke BGR untuk berbuka puasa nanti. 200 jenis juadah kan, kalau cerita semua dekat blog Iday, memang takkan habis. Hehehe

Selain dari menu juadah berbuka puasa, pencuci mulut juga ada di BGR. Beraneka jenis pencuci mulut yang disediakan pasti memberi kepuasan kepada para pengunjung. 



Spanish Churros bersama sos coklat pasti menjadi pilihan Iday nanti. Disamping itu terdapat pelbagai variasi kuih muih tradisional melayu, puding, agar-agar dan buah-buhan. Terdapat penambahan variasi pencuci mulut khas untuk pengunjung yang datang pada tahun ini iaitu Serawa Durian, Assorted Swiss Rolls, Lychee Rose Cake, Pandan Gula Merah, Salted Corn Green Velvet Cake dan banyak lagi. 


Antara aktiviti dan jualan makanan lain yang terdapat di BGR adalah : 

1. Pengunjung berpeluang membeli barangan dengan harga istimewa di tapak jualan khas di BGR

2. Promosi jualan "Durian Runtuh" yang dibawa khas dari ladang di Raub, Pahang.

3. Aiskrim Gelaro yang diproses segar oleh Sweer Scoopz.

4. Persembahan muzik secara "live" dari jam 6.30 petang - 9.30 malam setiap hari.


Menarik kan?


Untuk kemudahan semua pengunjung, BGR menawarkan lebih dari 800 ruang parkir serta ruang solat untuk tetamu. 

Lagi gambar di Page Bangi Golf Resort : sini




Untuk tempahan dan pertanyaan :

BANGI GOLF RESORT RESTAURANT
Address : No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650. Malaysia.
Telephone : 03 8925 3728, 03 82100265
Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram : https://www.instagram.com/bangigolfresortofficial/
Email : sales@bgrrest.com

Koordinat GPS : 2.95716N,101.76518E


-----------------------------------------------------------
BGR Ramadhan Buffet 2017 Giveaway
-----------------------------------------------------------

Iday nak hadiahkan 4 set voucher (2 keping voucher setiap set) kepada 4 orang pembaca bertuah.

Korang boleh check FB post dibawah, jangan lupa like Facebook Page Iday. InsyaAllah akan datang, lagi banyak contest/giveaway yang Iday akan adakan.







Till then,

Terima kasih baca Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort



Keputusan Anugerah Bintang Popular 30 2017

Sunday, May 14, 2017
Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular 2017 | Satu-satunya anugerah yang iday ambil kisah walaupon iday tak pernah undi. Hahaha 

Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular 30 2017



Iday ada senaraikan keputusan Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular 30 dibawah, iday juga ada highlight mana yang Iday jangka akan menang berdasarkan kepada cerita dan kontroversi yang melanda artis-artis berikut sepanjang tahun 2017. 

Yang Iday highlight font warna merah adalah mereka yang menang tahun ini :)

Siapa yang nak tengok live streaming boleh check link ni : Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular


Artis Baharu Lelaki Popular
  1. Aiman Tino - Pilihan Iday
  2. Haqiem Rusli
  3. Khai Bahar
  4. Tajul
Artis Baharu Wanita Popular
  1. Azira Shafinaz
  2. Elvina Mohamad
  3. Wany Hasrita
  4. Sweet Qismina
  5. Mawar Rasid - Pilihan Iday
Pelakon Filem Lelaki Popular
  1. Alif Satar - Pilihan Iday
  2. Izzue Islam
  3. Remy Ishak
  4. Syamsul Yusof
  5. Zul Ariffin
Pelakon Filem Wanita Popular
  1. Erra Fazira
  2. Fazura - Pilihan Iday
  3. Nelydia Senrose
  4. Reen Rahim
  5. Siti Saleha
Pelakon TV Lelaki Popular
  1. Aiman Hakim Ridza
  2. Ashraf Muslim
  3. Shukri Yahaya
  4. Fattah Amin - Pilihan Iday
  5. Syafiq Kyle
Pelakon TV Wanita Popular
  1. Ayda Jebat
  2. Janna Nick
  3. Mia Ahmad
  4. Mira Filzah
  5. Neelofa - Pilihan Iday
Penyanyi Lelaki Popular
  1. Aiman Tino
  2. Alif Satar - Pilihan Iday
  3. Faizal Tahir
  4. Khai Bahar
  5. Tomok
Penyanyi Wanita Popular
  1. Amira Othman
  2. Ayda Jebat
  3. Siti Nordiana - Pilihan Iday
  4. Stacy
  5. Wany Hasrita
Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular
  1. Akim&The Majistret - Pilihan Iday
  2. Bunkface
  3. Forteen
  4. Khalifah
  5. Projector Band
Artis Komedi Popular
  1. Abam
  2. Issey
  3. Jep - Pilihan Iday
  4. Johan
  5. Zizan Razak
Artis Versatil Popular
  1. Alif Satar - Pilihan Iday
  2. Didie Alias
  3. Ifa Raziah
  4. Zizan Razak
  5. Zulin Aziz
Pengacara TV Popular
  1. Alif Satar
  2. Mira Filzah
  3. Nabil Ahmad - Pilihan Iday
  4. Neelofa
  5. Zizan Razak
Penyampai Radio Popular
  1. DJ LIN (Suria)
  2. Haiza (Kool)
  3. Ikhwan (Kool)
  4. Johan (Era)
  5. Radin (Era) - Pilihan Iday
Kategori Online:
Gandingan Serasi Drama
  1. Alif Satar & Siti Nordiana (Dia Semanis Honey)
  2. Fattah Amin & Neelofa ( Suri Hati Mr Pilot) 
  3. Raja Afiq & Niena Baharun (Sayangku Kapten Mukhriz)
  4. Sharnaz Ahmand & Ayda Jebat (Awak Sangat Nakal)
  5. Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku) - Pilihan Iday
Gandingan Serasi Filem
  1. Awie & Erra Fazira (Warna Cinta Impian)
  2. Izzue Islam & Juliana Evans (Alif Dalam 7 Dimensi)
  3. Keith Foo & Fazura (Langit Cinta)
  4. Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik) - Pilihan Iday
  5. Zahiril Adzim & Shera Aiyob (Juvana 3)
Personaliti Media Sosial
  1. Luqmanpodolski - Pilihan Iday
  2. Makhlokmancho
  3. Mat Luthfi
  4. Nizam Rahman
  5. Vivvy Yusof
Artis Berpengaruh Di Laman Sosial
  1. Ayda Jebat
  2. Datuk Siti Nurhaliza - Pilihan Iday
  3. Neelofa
  4. Nora Danish
  5. Zizan Razak
Artis Sensasi 
  1. Adira
  2. Elly Mazlein
  3. Fattah Amin - Pilihan Iday
  4. Neelofa
  5. Uqasha Senrose

Bintang Paling Popular 30 2017

Fattah Amin



Tahniah kepada semua pemenang!



Blog Archive

My Blog List