Enter your keyword

Check My New Video On Youtube!



CNY Blogger Contest - Menang Voucher Shopping RM2017

Wednesday, January 25, 2017
Korang dah join belum CNY Blogger Contest anjuran Lazada Malaysia? Mana tahu berpeluang untuk menang shopping voucher RM2017. Dah boleh beli macam-macam dengan amount voucher tu. Hehe



Macam mana nak join? 

Korang boleh check page contest disini : http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ atau pon follow instruction di bawah :


1. Contestants (bloggers) have to write a post on their wish list for the year 2017 and choose the product from Lazada website.
Peserta hendaklah menulis tentang barangan impian yang ingin dibeli atau barangan yang penting untuk dibeli pada tahun ini.

2. The Wish List must contain five (5) products only and the total price of all five (5) products must be Ringgit Malaysia two thousand and seventeen (RM 2,017)
Jumlah harga barangan mestilah bernilai RM 2017 dan jumlah barang adalah 5 jenis barang.

3. The Article must contain the links to the product listing pages of all five products mentioned in the Wish List. (it's important to take screenshots of the price too as prices can change)
Setiap artikel hendaklah disertakan dengan gambar produk (harga barang sentiasa berubah) dan pautan halaman tersebut.

4. Blogger need to include this link: http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale/ but it should not be an affiliate link. The link must be clickable.
Peserta hendaklah meletakan url ini : http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale/ di dalam artikel.

5. Contestants are free to decide on the title of the Article, but are encouraged to refrain from mentioning this contest in the Article.
Tajuk artikel bergantung kepada peserta tetapi cuba elakkan dari menggunakan perkataan "contest/pertandingan"

6. Contestants are required to submit the link of their posts via e-mail to contest@lazada.com.my with the subject titled: CNY Blogger Contest
Peserta hendalah menghantar penyertaan berserta link artikel ke alamat e-mail ini contest@lazada.com.my dengan subject : CNY Blogger Contest

7. One winner will be selected randomly and will win shopping cash vouchers for a grand total of RM 2017 allowing him/her to buy the products listed on his/her Wish List subject to the terms and conditions of the vouchers.
Seorang pemenang akan dipilih dan memenangi hadiah shopping voucher bernilai RM 2017 dan membeli barangan impian dengan menggunakan voucher tersebut.



Mudah kan? Kalau iday kena pilih 5 produk dengan jumlah RM2017, iday akan pilih :

1. GoPro Hero 5 : RM 1738 - link


2. ANELLO Backpack : RM39 - link


3. Beanbag : RM84.60 - link

4. Converse : RM119



5. Wallet : RM36 - link




Seronoknya kalau dapat menang RM2017 tu. hehehe Macam-macam boleh beli. Korang apa lagi, cepat la join contest tu. Contest akan berakhir tak lama lagi iaitu 31 January 2017. 

For more detail, boleh check : http://www.lazada.com.my/blogger-contest/


All the best!


Rindu Nak Bebel!

Wednesday, January 25, 2017
Omgadd, 

punyala malas buat header blogpost, amik youtube thumbnail HAHA

p/s : check my latest video here : Resign From Lazada?

rindu sangat nak bebel dalam blog ni. hehehe

sebenarnya, iday baru je baik demam teruk selama seminggu and now busy kerja sebab banyak sangat tinggal office and kerja tergendala. sighhhh ~~

Tak tahu apa nak update, macam banyak sangat story nak cerita and i dont know where should i start. hehe 

for 2017, I decided to do more video as many as I can. Iday kan dah beli A6000 baru-baru ni. Iday beli kamera ni dekat Lazada Malaysia. 

Check sini kalau berminat : https://goo.gl/2s5ift



Setakat ni iday pakai, memang puas hati. Dengan kualiti gambar dan video. And sekarang pon dalam proses untuk belajar la. Belajar dari Islam and video dekat youtube untuk guna A6000 ni. 

Hopefully akan datang, banyak la hasilkan video-video yang berkualiti. Hehehe

Abang iday baru dapat baby hari tu, nama dia Arissa. Anak kedua abang and perempuan. Iday ada buat short video, boleh check bawah. Hehehe



Drama Goblin pon dah habis, tapi iday macam tak puas hati tapi ending dia okay. Sebenarnya iday pon tak faham kenapa iday nak beremosi sangat dengan drama ni. Hahaha

Apa lagi ye nak story, 

oh, iday ada beberapa draft blog post yang nak kena siapkan and publish. Sorry sangat sebab lambat, demam hari tu memang tak boleh gerak sangat. suhu sampai 40celcius. Boleh goreng telur atas dahi. Hahaha

And korang, please bagi suggestion. untuk tahun 2017 ni, what kind of content patut Iday post, tak kisah la blog or vlog. Okayyyyy! hehehe

Okay tak kalau iday buat segmen every week, macam segmen kenal-kenal blogger. Sebab iday perasan, iday tak kenal ramai blogger and blogger pon tak kenal iday. HAHAHA

penal la bebel. 

Signing off! bye~~


Suamiku Paling Sweet | Tonton Online Episode 1 - 28 Akhir

Wednesday, January 25, 2017
Yeay! Drama baru!


Iday suka drama ni sebab nak tengok lakonan Mawar Rashid dan Shafiq Kyle. Hehehe

Iday nak share sikit details tentang drama Suamiku Paling Sweet yang ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.58 petang.  

Info Suamiku Paling Sweet

Terbitan : Primeworks Studios
Mula siaran : 13 Februari 2017
Pengarah : Zul Huzaimy
Jumlah Episode : 28


Pelakon Urusan Cik Drama Queen

Mawar Rashid sebagai Qisya Iriz 
Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal 
Nik Adam Mika sebagai Hafiey 
Liza Abdullah sebagi Puan Fatimah 
Natasya Mahyan sebagai Maya 
Fazren Rafi sebagai Qairul 
Aedy Ashraf sebagai Hakimi 
Lia Natalia sebagai Deena

Sinopsis Urusan Cik Drama Queen

Suamiku Paling Sweet memaparkan kisah Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah). 

Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan. 


Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey. 


Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua. 


Full sinopsis : HERE


Tonton Online Suamiku Paling Sweet

Untuk mereka yang terlepas drama ni, korang jangan risau sebab boleh tengok online. Iday ada share link drama setiap episode Suamiku Paling Sweet dibawah :


Senarai Full Episode Suamiku Paling Sweet
Suamiku Paling Sweet Episode 1
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 2
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 3
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 4
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 5
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 6
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 7
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 8
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 9
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 10
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 11
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 12
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 13
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 14
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 15
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 16
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 17
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 18
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 19
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 20
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 21
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 22
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 23
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 24
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 25
Available
Suamiku Paling Sweet Episode 26
Video Not Available
Suamiku Paling Sweet Episode 27
Available

Suamiku Paling Sweet Episode 28
Available


Korang boleh tengok episode akhir iaitu episode 28 dibawah :

Nota : 
+ Kalau korang tak boleh klik link tu, boleh tinggalkan mesej di facebook page iday di link ini ye : https://www.facebook.com/sayaiday/ . Sila la follow page iday ye :) 
+ "Video Not Available" kerana belum ditayangkan di tv. Selepas ditayangkan, baru iday letakkan link video yang betul.
+ Selamat menonton! 



Ada drama lain yang korang tengok? Boleh share di komen bawah :)


+++++++++++++++++++++++++++++

Kita kawan nak? 
Check akaun social media Iday dibawah :


+++++++++++++++++++++++++++++

Bye! :)


Persidangan FinTech Ekosistem Malaysia dan Pelancaran GT Dollar

Tuesday, January 24, 2017
Korang pernah dengar tentang GT Dollar?


Kalau nak tahu, pada 16 Januari 2016 bertempat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara telah diadakan Persidangan FinTech Ekosistem Malaysia dan Pelancaran GT Dollar. Persidangan tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia.


Majlis itu disaksikan oleh tetamu kehormat pegawai-pegawai kerajaan beserta 3,000 tokoh-tokoh pemimpin industry tekonologi maklumat dan e-dagang yang menyokong pembangunan dinamik FinTech ekosistem, yang memacu inovasi SMART seperti GT Dollar, menjadikan Malaysia satu kuasa yang berpengaruh dalam sektor FinTech.

Kerjasama di antara kerajaan Malaysia dan GT Dollar dapat membantu untuk meringankan kehidupan rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih GT Dollar yang merupakan “platform mudah alih sehenti e-dagang” yang bertujuan membina sebuah masyarakat yang padu di antara pengguna dan peniaga dari pelbagai industri berinteraksi di dalam pasarannya.


Bagi melengkapkan usahasama ini, GT Robot sebuah inovatif teknologi tinggi di bentuk di bawah GT Group, merupakan pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid. Bagi mengiktiraf kemajuan ini, kerajaan Malaysia sedang merancang untuk memperuntukkan pelaburan satu kawasan kilang pembuatan dan pemasangan sendiri GT Robot di sepanjang sempadan Negeri Sembilan-Melaka yang bernilai lebih kurang RM300 juta. 

Pelaburan ini dianggarkan menjana pertumbuhan pendapatan bagi syarikat sebanyak lebih kurang USD20 Billon (yang bersamaan dengan 10 juta unit Mobile Robot) dan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Kilang GT Robot ini akan menjadi kilang mesra alam pertama di Asia dalam pembuatan dengan peralatan teknologi tinggi selepas China.


Acara pecah tanah hari ini menandakan pelancaran yang akan tersemat dalam sejarah tanah air. GT Dollar melancarkan applikasi utama mereka yang telah di kemas kini, sebuah perisian mudah alih sosial e-dagang yang pertama di dunia. 

Konsep baru ini yang ditemui oleh Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif GT iaitu Dr. Paul Zhang Baolu pada tahun 2014, seorang yang mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam industri pengurusan berteknologi tinggi, pembangunan ekonomi dan pelancongan di seluruh dunia. 


Syarikat GT Group ini bernilai lebih daripada USD4.7 bilion. Persidangan ini bertujuan untuk memacu pembangunan penggunaan internet serantau, di mana pengguna dan perniagaan berhubung dengan lancar tanpa halangan. Ini memberi manfaat sangat besar kepada pengguna apabila harga menjadi lebih murah sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi, hasil cukai negara dan pertumbuhan pekerjaan.

Kemas kini utama perisian, terdapat ciri-ciri utama yang baru dipertingkatkan untuk membantu pengalaman pengguna secara keseluruhan. Melalui penggunaan teknologi SMART yang terdiri daripada teknologi reality tambahan (Augmented Reality) bagi melaksanakan “ciri mendapatkan madu (seek the honey feature)”, “ciri-ciri menangkap lebah bagi mendapatkan GT Tunai (catch a bee to earn GT Cash features)” yang boleh digunakan untuk pembelian dalam pasaran interaktif. Serta menjadi peralatan Bee Commerce yang membantu pengguna menguruskan kewangan mereka dengan berkesan dengan menikmati simpanan jangka panjang yang eksklusif, menjadikan Malaysia sebagai trendsetter dalam dunia e-dagang.



Applikasi ini bertujuan menjadikan teknologi sebagai penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sebuah platform komprehensif untuk pengguna dan peniaga yang menggalakkan transaksi tanpa tunai (cash free) di seluruh dunia. Dengan tiada yuran pendaftaran, langganan atau pengiklanan, peniaga hanya perlu membeli GT Dollar (Mata Wang Maya) dan mengedarkannya kepada pengguna mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja. Ini akan bertukar bentuk menjadi e-promosi atau e-pengiklanan dengan caj minimum. Gerbang pembayaran atas talian akan digunakan untuk menerima bayaran dalam talian – E-wallet / Visa (Kredit, Debit, Prepaid) / MasterCard (Kredit, Debit, Prepaid) / CUP Kad (Kredit, Debit, Prepaid) / Akaun Debit langsung untuk melaksanakan caj transaksi.

Fokus utama GT Dollar adalah mewujudkan satu dunia kemudahan berpusat di sekitar akaun kredit maya bagi membolehkan pengguna membuat pembayaran melalui sistem e-wallet, yang membolehkan carian luas untuk produk atau perkhidmatan melalui pasaran.

GT Dollar membolehkan Perusahaan Kecil Sederhana (SMEs) untuk berfungsi di alam maya. Ia menghubungkan mereka dengan pengguna baru dan sedia ada dan mengekalkan penguna dengan program kesetiaan (loyalty program) melalui pengagihan kredit maya (GTD). Komunikasi antara peniaga dan pengguna dipermudahkan melalui lokasi GPS dan platform tempahan mesra pengguna.

Aplikasi ini berfungsi sebagai komposit gaya hidup seharian seseorang, juga panduan bagi melengkapkan dan memudahkan gaya hidup pengguna yang semakin sibuk dengan menyediakan akses ke pangkalan data besar yang mempunyai lebih dari 80,000 peniaga di seluruh dunia, yang sebelum ini tidak berada di internet, tetapi menawarkan pelbagai produk. Selain menikmati perkhidmatan membeli-belah atas talian, peniaga dan pengguna juga boleh menikmati perkhidmatan lain seperti pemindahan dana, pembayaran bil utiliti, tambah nilai kad prabayar, Rangkaian Perbualan Sosial (sehingga 20 orang dalam setiap kumpulan) dan lain-lain lagi.

Mengikut statistik, terdapat lebih daripada 18 juta pengguna digital yang aktif di Malaysia dan sehingga tahun 2015, sebanyak 77.3% daripada isi rumah di Malaysia mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar.

Applikasi ini adalah aktif sepanjang hari, bagi membolehkan pengguna untuk membeli-belah mengikut kelapangan masa mereka dan hanya melalui kemudahan telefon pintar. “Kami nampak peluang untuk mengambil kesempatan daripada ledakan digital dan membangunkan penyelesaian inovatif yang memberi manfaat kepada peniaga dan pengguna,” kata Encik Patrick Chew, Ketua Pegawai Eksekutif GT Dollar Malaysia.


YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri di MOSTI menyebut, “pada tahun 2015, terdapat 3.4 bilion pengguna internet di seluruh dunia dengan jangkaan ia akan meningkat kepada 9 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Malah, kerajaan mengiktiraf kepentingan teknologi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Kami gembira melihat sebuah syarikat tempatan memulakan usaha inovatif yang sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melonjak dalam pembangunan teknologi. Kami memuji GT Dollar kerana menjadi ejen pengubah dalam sektor e-dagang. Dan saya yakin pengguna yang akan mendapat manfaat besar dari hasil penggunaan platform ini dan ciri-cirinya”.

GT Dollar berhasrat membentuk perjalanan mudah alih di masa akan datang dan memacu pertumbuhan pelancongan dengan bekerjasama dengan Persatuan Pelancongan yang berpotensi bagi meningkatkan landskap pelancongan di Malaysia. Paul Zhang merupakan Pengerusi China Tian Ma Travel Group, penyedia ketiga terbesar perkhidmatan pelancongan dan rekreasi di China berharap dapat menarik pelancong China ke Malaysia dengan GT Dollar, yang berfungsi sebagai panduan bandar yang utama kepada pelancong.

GT Robot telah merancang untuk memulakan sebuah kilang pembuatan dan pemasangannya di Malaysia yang terletak di sepanjang sempadan Negeri Sembilan-Melaka yang pelaburannya bernilai lebih kurang RM300 juta. 





Kilang ini dianggarkan akan menjana pendapatan bagi syarikat sebanyak lebih kurang USD20 Bilion (yang bersamaan dengan 10 juta unit Robot Mobile) dan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Kilang GT Robot ini akan menjadi kilang mesra alam pertama di Asia dalam pembuatan dengan peralatan teknologi tinggi selepas China.




GT Dollar Malaysia berharap dapat mengembangkan perniagaan e-dagang keseluruh dunia dan menjadi gerbang masuk ke Asia. Pada majlis ini, GT Robot, pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid merupakan sayap inovatif teknologi tinggi GT Group akan melancarkan dua robot yang dikenali sebagai GT Wonder Boy, sahabat robot sosial SMART dan GT Gobot, perkhidmatan robot pelbagai fungsi yang disasarkan untuk meningkatkan kualiti hidup keseluruhan rakyat, merentasi ke era kepintaran baru.

All the best GT Dollar!

Korang boleh check website diorang for more details :

https://www.gtdollar.com/




Urusan Hati Cik Drama Queen | Tonton Online Episode 1 - 16 Akhir

Monday, January 23, 2017
Yeay! Drama baru!



Iday sebenarnya dah lama follow update drama Scha Alyahya dan Aiman ni. Dari diorang upload gambar masa shooting lagi. Suka tengok penampilan Scha Alyahya dalam drama ni sebab nampak style.



Then, iday suka Aiman berlakon, dah la hensem. Hehehe Oh ada Randy Pangalila dan Adriana Adnan. 

Siapa yang tengok Buruk Cantik dekat youtube mesti kenal Adriana Adnan. Hehehe


So, memang tak sabar nak tengok lakonan mereka bersama dalam drama baru iaitu Urusan Hati Cik Drama Queen. 

Iday nak share sikit details tentang drama Urusan Hati Cik Drama Queen ni. 

Info Urusan Hati Cik Drama Queen

Terbitan : Dark Wave Pictures
Mula siaran : 6 Februari 2017
Pengarah : Michael Ang
Jumlah Episode : 16

Ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pada 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.

Pelakon Urusan Cik Drama Queen

Scha Alyahya sebagai Syazlin 
Aiman Hakim Ridza sebagai Fadhlan 
Randy Pangalila sebagai Faris 
Ozlynn sebagai Husna 
Ungku Hariz sebagai Yeop 
Adriana Adnan sebagai Zehra 
Isyariana sebagai Hanissa

Sinopsis Urusan Cik Drama Queen

Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. 

Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru. Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. 

Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. 

Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. 

Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya. Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. 

Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang? 

Eh! Tapi… takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak? 

“Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.”


Tonton Online Urusan Hati Cik Drama Queen

Untuk mereka yang takde Astro atau terlepas drama ni, korang jangan risau sebab boleh tengok online. Iday ada share link drama setiap episode Urusan Hati Cik Drama Queen dibawah :


Senarai Full Episode Urusan Hati Cik Drama Queen
Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 1Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 2
Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 3Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 4
Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 5Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 6
Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 7Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 8
Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 9Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 10
Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 11Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 12
Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 13Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 14
Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 15Urusan Hati Cik Drama Queen Episode 16


Nota : 
+ Kalau korang tak boleh klik link tu, boleh tinggalkan mesej di facebook page iday di link ini ye : https://www.facebook.com/sayaiday/ . Sila la follow page iday ye :) 
+ Selamat menonton! 


Ada drama lain yang korang tengok? Boleh share di komen bawah :)



+++++++++++++++++++++++++++++

Kita kawan nak? 
Check akaun social media Iday dibawah :


+++++++++++++++++++++++++++++

Bye! :)

Blog Archive

My Blog List