Enter your keyword

Check My New Video On Youtube!


Persidangan FinTech Ekosistem Malaysia dan Pelancaran GT Dollar


Korang pernah dengar tentang GT Dollar?


Kalau nak tahu, pada 16 Januari 2016 bertempat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara telah diadakan Persidangan FinTech Ekosistem Malaysia dan Pelancaran GT Dollar. Persidangan tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia.


Majlis itu disaksikan oleh tetamu kehormat pegawai-pegawai kerajaan beserta 3,000 tokoh-tokoh pemimpin industry tekonologi maklumat dan e-dagang yang menyokong pembangunan dinamik FinTech ekosistem, yang memacu inovasi SMART seperti GT Dollar, menjadikan Malaysia satu kuasa yang berpengaruh dalam sektor FinTech.

Kerjasama di antara kerajaan Malaysia dan GT Dollar dapat membantu untuk meringankan kehidupan rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih GT Dollar yang merupakan “platform mudah alih sehenti e-dagang” yang bertujuan membina sebuah masyarakat yang padu di antara pengguna dan peniaga dari pelbagai industri berinteraksi di dalam pasarannya.


Bagi melengkapkan usahasama ini, GT Robot sebuah inovatif teknologi tinggi di bentuk di bawah GT Group, merupakan pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid. Bagi mengiktiraf kemajuan ini, kerajaan Malaysia sedang merancang untuk memperuntukkan pelaburan satu kawasan kilang pembuatan dan pemasangan sendiri GT Robot di sepanjang sempadan Negeri Sembilan-Melaka yang bernilai lebih kurang RM300 juta. 

Pelaburan ini dianggarkan menjana pertumbuhan pendapatan bagi syarikat sebanyak lebih kurang USD20 Billon (yang bersamaan dengan 10 juta unit Mobile Robot) dan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Kilang GT Robot ini akan menjadi kilang mesra alam pertama di Asia dalam pembuatan dengan peralatan teknologi tinggi selepas China.


Acara pecah tanah hari ini menandakan pelancaran yang akan tersemat dalam sejarah tanah air. GT Dollar melancarkan applikasi utama mereka yang telah di kemas kini, sebuah perisian mudah alih sosial e-dagang yang pertama di dunia. 

Konsep baru ini yang ditemui oleh Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif GT iaitu Dr. Paul Zhang Baolu pada tahun 2014, seorang yang mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam industri pengurusan berteknologi tinggi, pembangunan ekonomi dan pelancongan di seluruh dunia. 


Syarikat GT Group ini bernilai lebih daripada USD4.7 bilion. Persidangan ini bertujuan untuk memacu pembangunan penggunaan internet serantau, di mana pengguna dan perniagaan berhubung dengan lancar tanpa halangan. Ini memberi manfaat sangat besar kepada pengguna apabila harga menjadi lebih murah sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi, hasil cukai negara dan pertumbuhan pekerjaan.

Kemas kini utama perisian, terdapat ciri-ciri utama yang baru dipertingkatkan untuk membantu pengalaman pengguna secara keseluruhan. Melalui penggunaan teknologi SMART yang terdiri daripada teknologi reality tambahan (Augmented Reality) bagi melaksanakan “ciri mendapatkan madu (seek the honey feature)”, “ciri-ciri menangkap lebah bagi mendapatkan GT Tunai (catch a bee to earn GT Cash features)” yang boleh digunakan untuk pembelian dalam pasaran interaktif. Serta menjadi peralatan Bee Commerce yang membantu pengguna menguruskan kewangan mereka dengan berkesan dengan menikmati simpanan jangka panjang yang eksklusif, menjadikan Malaysia sebagai trendsetter dalam dunia e-dagang.



Applikasi ini bertujuan menjadikan teknologi sebagai penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sebuah platform komprehensif untuk pengguna dan peniaga yang menggalakkan transaksi tanpa tunai (cash free) di seluruh dunia. Dengan tiada yuran pendaftaran, langganan atau pengiklanan, peniaga hanya perlu membeli GT Dollar (Mata Wang Maya) dan mengedarkannya kepada pengguna mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja. Ini akan bertukar bentuk menjadi e-promosi atau e-pengiklanan dengan caj minimum. Gerbang pembayaran atas talian akan digunakan untuk menerima bayaran dalam talian – E-wallet / Visa (Kredit, Debit, Prepaid) / MasterCard (Kredit, Debit, Prepaid) / CUP Kad (Kredit, Debit, Prepaid) / Akaun Debit langsung untuk melaksanakan caj transaksi.

Fokus utama GT Dollar adalah mewujudkan satu dunia kemudahan berpusat di sekitar akaun kredit maya bagi membolehkan pengguna membuat pembayaran melalui sistem e-wallet, yang membolehkan carian luas untuk produk atau perkhidmatan melalui pasaran.

GT Dollar membolehkan Perusahaan Kecil Sederhana (SMEs) untuk berfungsi di alam maya. Ia menghubungkan mereka dengan pengguna baru dan sedia ada dan mengekalkan penguna dengan program kesetiaan (loyalty program) melalui pengagihan kredit maya (GTD). Komunikasi antara peniaga dan pengguna dipermudahkan melalui lokasi GPS dan platform tempahan mesra pengguna.

Aplikasi ini berfungsi sebagai komposit gaya hidup seharian seseorang, juga panduan bagi melengkapkan dan memudahkan gaya hidup pengguna yang semakin sibuk dengan menyediakan akses ke pangkalan data besar yang mempunyai lebih dari 80,000 peniaga di seluruh dunia, yang sebelum ini tidak berada di internet, tetapi menawarkan pelbagai produk. Selain menikmati perkhidmatan membeli-belah atas talian, peniaga dan pengguna juga boleh menikmati perkhidmatan lain seperti pemindahan dana, pembayaran bil utiliti, tambah nilai kad prabayar, Rangkaian Perbualan Sosial (sehingga 20 orang dalam setiap kumpulan) dan lain-lain lagi.

Mengikut statistik, terdapat lebih daripada 18 juta pengguna digital yang aktif di Malaysia dan sehingga tahun 2015, sebanyak 77.3% daripada isi rumah di Malaysia mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar.

Applikasi ini adalah aktif sepanjang hari, bagi membolehkan pengguna untuk membeli-belah mengikut kelapangan masa mereka dan hanya melalui kemudahan telefon pintar. “Kami nampak peluang untuk mengambil kesempatan daripada ledakan digital dan membangunkan penyelesaian inovatif yang memberi manfaat kepada peniaga dan pengguna,” kata Encik Patrick Chew, Ketua Pegawai Eksekutif GT Dollar Malaysia.


YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri di MOSTI menyebut, “pada tahun 2015, terdapat 3.4 bilion pengguna internet di seluruh dunia dengan jangkaan ia akan meningkat kepada 9 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Malah, kerajaan mengiktiraf kepentingan teknologi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Kami gembira melihat sebuah syarikat tempatan memulakan usaha inovatif yang sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melonjak dalam pembangunan teknologi. Kami memuji GT Dollar kerana menjadi ejen pengubah dalam sektor e-dagang. Dan saya yakin pengguna yang akan mendapat manfaat besar dari hasil penggunaan platform ini dan ciri-cirinya”.

GT Dollar berhasrat membentuk perjalanan mudah alih di masa akan datang dan memacu pertumbuhan pelancongan dengan bekerjasama dengan Persatuan Pelancongan yang berpotensi bagi meningkatkan landskap pelancongan di Malaysia. Paul Zhang merupakan Pengerusi China Tian Ma Travel Group, penyedia ketiga terbesar perkhidmatan pelancongan dan rekreasi di China berharap dapat menarik pelancong China ke Malaysia dengan GT Dollar, yang berfungsi sebagai panduan bandar yang utama kepada pelancong.

GT Robot telah merancang untuk memulakan sebuah kilang pembuatan dan pemasangannya di Malaysia yang terletak di sepanjang sempadan Negeri Sembilan-Melaka yang pelaburannya bernilai lebih kurang RM300 juta. 





Kilang ini dianggarkan akan menjana pendapatan bagi syarikat sebanyak lebih kurang USD20 Bilion (yang bersamaan dengan 10 juta unit Robot Mobile) dan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Kilang GT Robot ini akan menjadi kilang mesra alam pertama di Asia dalam pembuatan dengan peralatan teknologi tinggi selepas China.




GT Dollar Malaysia berharap dapat mengembangkan perniagaan e-dagang keseluruh dunia dan menjadi gerbang masuk ke Asia. Pada majlis ini, GT Robot, pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid merupakan sayap inovatif teknologi tinggi GT Group akan melancarkan dua robot yang dikenali sebagai GT Wonder Boy, sahabat robot sosial SMART dan GT Gobot, perkhidmatan robot pelbagai fungsi yang disasarkan untuk meningkatkan kualiti hidup keseluruhan rakyat, merentasi ke era kepintaran baru.

All the best GT Dollar!

Korang boleh check website diorang for more details :

https://www.gtdollar.com/



1 comment:

Blog Archive

My Blog List