Guna ShopBack Untuk Beli 6 Produk Idaman - Nike, AirAsiaGo, Sephora dan etc


Korang pernah dengar tentang ShopBack Malaysia?

Kalau korang pembeli tegar di online shopping website mesti tahu tentang ShopBack. ShopBack adalah website no #1 Malaysia yang menawarkan pulangan wang dalam setiap pembelian mengikut kadar peratusan dari merchant/store masing-masing.


Contohnya, kalau shopping di Lazada, korang akan dapat 6% kembali duit korang dari jumlah pembelian. Best kan?



22 February 2017, sudah genap 2 tahun ShopBack beroperasi! Lama kan, rasa macam baru semalam sign up dengan ShopBack. Hehehe Sepanjang 2 tahun bersama ShopBack, macam-macam dah Iday beli and dapat pulangan wang yang banyak.

Dari booking hotel, pembelian di Lazada dan Zalora, booking tiket flight dan macam-macam lagi di ShopBack. Sekarang dah lebih 500 merchant yang ada di ShopBack. 


ShopBack juga banyak kali muncul di media-media seperti The Star Online, New Straits Times, Says.com, The Borneo Post, TechInAsia, Channel News Asia dan banyak lagi.

Sempena menyambut 2 tahun ShopBack, Iday nak senaraikan 6 produk wishlist yang Iday nak dapatkan melalui ShopBack. Semua produk ini dari berlainan merchant/store di ShopBack. Hehehe 




Wishlist #1 : Philips Airfryer dari Lazada Malaysia

Iday memang sangat beruntung dengan adanya ShopBack sebab Iday memang selalu shopping di Lazada Malaysia. Philips Airfryer ini adalah salah satu produk wishlist Iday.

Produk ini best sebab bila masak, tak guna minyak. Hehehe



Tadi Iday ada check di website ShopBack, Iday akan dapat pulangan wang 4% kalau beli produk ini menggunakan ShopBack. 

So, iday akan dapat RM31.96 (4% x RM779 = RM31.96) dan terus masuk ke akaun ShopBack Iday. Dah boleh cashout dan transfer ke akaun Maybank Iday. Best kan! :)


Wishlist #2 : Fjallraven Kanken dari Zalora Malaysia

Bag ini memang idaman iday, walaupon tak tahu macam mana nak sebut nama bag ni. Hahaha Iday suka dengan design beg ni yang simple tapi smart. 

Backpack yang iday selalu bawa ke ofis pon dah lama. So, iday plan nak dapatkan bag ini nanti. Hehehe Nasib baiklah Zalora pon salah satu store yang tersenarai didalam ShopBack. Jimat la duit iday nanti. Hehe


Sekarang harga bag ini adalah RM359 dan kalau iday beli melalui ShopBack, iday akan dapat pulangan wang sebanyak 9% dari harga beg ini. 

Kalau guna ShopBack, Iday dapat balik RM32.31 (   9% x RM359 = RM32.31   )! Wahhhh seronoknya! Basically, iday cuma bayar RM326.69 untuk beg idaman iday ni. Hehehe


Wishlist #3 : Four Points Sheraton Sandakan untuk 3 hari 2 malam - Booking.com

Iday dah lama nak ke Sandakan sebab dekat sana kalau makan seafood memang terbaik la. Iday banyak juga survey hotel yang best dekat sana dan Iday paling berkenan dengan hotel Four Points by Sheratin Sandakan. 



Siap ada infinity pool yang menghadap laut. Best kan?! Hehehe



Tadi iday check tarikh yang iday nak iaitu tarikh annivesary perkahwinan iday yang ketiga and dapat harga yang sangat murah bagi iday iaitu hanya RM648 untuk 3 hari 2 malam. 

Kalau booking melalui Booking.com, iday akan dapat  ( 9%xRM648=RM58.32 ) 9% dari harga hotel tersebut iaitu RM58.32. So, iday hanya bayar dekat Booking.Com sebanyak RM589.60. Hehehehe


Wishlist #4 : Nike Pink dari Nike Malaysia

Nike shoes! and warna pink pulak tu! Iday dah lama nak kasut ni! Serius idaman kalbu ni. Haha Tak sangka pula dekat ShopBack pon ada store Nike. Lepas ni memang sakan la iday beli Nike guna ShopBack. Hehehe



Yang penting bukan sikit taw ShopBack bagi pulangan wang, 12% dari harga belian! Kalau iday beli kasut ni and guna ShopBack ( 12%xRM439=RM52.68 ), iday akan dapat pulangan wang sebanyak RM52.68. Siapa nak bagi kan? Shopping and dapat duit! Hahaha

So, korang nak bijak membeli, kena la register dengan ShopBack. Hehehe


Wishlist #5 : Too Faced Sweat Peach Eye Shadow Collection - Sephora Malaysia

Kalau cerita tentang Sephora, semua wanita memang kenal. Ini la syurga barangan MakeUp ye. Iday memang tak pandai sangat make up tapi iday nak belajar. 

Then, Iday tengok ramai yang share tentang produk Too Faced Sweet Peach Eye Shadow ni, teringin pula nak try. Hehe



Korang pon boleh beli produk Sephora dan cashbask dengan ShopBack taw! Korang boleh dapat 8% dari jumlah pembelian. 

Kalau iday beli produk ni, iday akan dapat ( 8%xRM199=RM15.92 ) balik 8% iaitu RM15.92. Lagi jimat la kan. Hehehe So, untuk yang selalu shopping Sephora, kena lah check ShopBack. Tak rugi pon. Hela nafas lega suami/bf bila ada diskaun macam ni. Hehehe



Wishlist #6 : Penginapan dan Tiket Kapal Terbang ke  Chiang Mai - AirAsiaGo.com

Iday memang suka guna AirAsiaGo sebab harga tiket lebih murah. Lagipon boleh buat pembelian untuk tiket kapal terbang dan booking hotel sekaligus. Kalau nak tahu, AirAsiaGo ini pon salah satu store/merchant ShopBack. Hehehe

Iday plan nak ke Chiang Mai, Thailand  selama 3 hari 2 malam. Iday dah pilih Lanna Dusita Boutique Resort sebagai lokasi penginapan Iday. Termasuk dengan tiket kapal terbang, hanya RM776! Murah kan!



Cantik kan? Hehe



Korang boleh dapat pulangan wang sebanyak 1% untuk flight, 9% untuk hotel dan 4% untuk package. Disebabkan iday pilih package so iday akan dapat 4% dari RM776 iaitu RM31.04 :)



Serius, dengan pembelian melalui ShopBack ini iday jimat beratus-ratus. Yela, iday memang selalu shopping online. Hehehe

Best kan, macam-macam website yang menawarkan perhidmatan ShopBack ni. Seronok sebab kita dapat komisyen setiap kali pembelian melalui ShopBack. Setakat ini, iday dah pernah 3 kali booking hotel dan cashback dengan ShopBack. 

Iday ke Seremban, Melaka dan Ipoh dan ini gambar iday dan kawan-kawan iday di Melaka. 



Untuk mereka yang tak pernah dan tak tahu nak guna Shopback, ida boleh tunjukkan macam mana nak guna Shopback. Sebelum tu, korang boleh check video dibawah :




Cara-cara untuk guna ShopBack, iday bagi contoh bila beli online di website Lazada Malaysia.

1. Buka website Shopback dah log in. Kalau belum log in, korang boleh register terlebih dahulu.




2. Korang boleh search Lazada/Store pilihan atau klik pada banner di ruangan Stores. Bila korang klik, akan popup maklumat seperti gambar dibawah.



Bila korang klik button "Shop Now", korang akan ke paparan website Lazada Malaysia.




3. Bila di page Lazada, korang boleh shopping seperti biasa dan buat pembayaran.




Bila ada pembayaran, barulah ShopBack akan kesan dan masukkan nilai casback ke dalam akaun Shopback masing-masing.


Syarat korang nak cashout adalah bila reedemable korang minimum RM10.




Kalau korang kurang faham, korang boleh check sini : https://www.shopback.my/how-it-works


Bagi Iday, lagi bagus kalau korang guna Shopback bila booking hotel atau shopping online. Kalau korang nak register ShopBack, boleh klik link ni :




Memang best dan menjimatkan setiap pembelian online korang! Hehehe Selamat mencuba!








-------------------------------------

Nota : Artikel ini adalah penyertaan Iday dalam ShopBack Blogger Contest. Penyertaan tamat 15 March 2017. Sempat lagi kalau korang nak join :)

Hadiah-hadiah yang ditawarkan pon sangat menarik. Korang boleh check di page di link bawah, jika berminat :




All the best!







Others Post




4 comments:

  1. Eh..menarik ni..akak nak skodeng la..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Iday! menang kan? Nany pun menang gak..masa tengok list nama pemenang tuh terus blogwalking sini ;)

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive