Enter your keyword

Check My New Video On Youtube!


Food Review : The Basikal @ Jalan Bangsar


Hello people & Assalamualaikum, 

Korang pernah dengar tentang "Makan @ The Basikal"? Kali ini dalam segmen Food Review dalam blog sayaiday, Iday nak share makanan dan pandangan iday tentang cafe The Basikal yang terletak di Jalan Bangsar. 


The Basikal sebenarnya telah dibuka pada tahun 2013, pada asalnya cuma kedai menjual basikal dan aksesori basikal. Cuma baru-baru kedai basikal ini mula dijadikan cafe. Menariknya, cafe ini terletak di ruangan "roof top". 

Iday sebenarnya tahu tentang cafe ini apabila viral di Facebook. So, iday pon ajak Islam untuk cuba sendiri makanan di The Basikal ini. Iday ada buat video food review di The Basikal. Korang boleh check video bawah ini :



Sebenarnya cafe The Basikal ini agak tersorok sebab pintunya di belakang bangunan tersebut. Lagi senang kalau korang waze la. Nanti korang akan nampak mural art monyet tengah baring atas basikal. 



Comel kan? Hehehe


Then, korang kena naik tangga untuk sampai ke cafe yang terletak di "roof top". Dalam video di atas pon, iday ada tunjuk macam mana tangga tu. Hehehe Bagi iday, ini antara keunikan cafe The Basikal ni. 




Bila dah sampai cafe, iday kagum dengan dekorasi dan susunan meja makan di sini sebab sangat cantik. Ala-ala hipster gitu. Hehehe Tapi paling iday suka adalah "open air" style. 


Ada laluan train and kadang-kadang ada train yang lalu. Seronok. Hehehe


Hiasan mural art yang cantik, bahagian atas pula ada susunan rim basikal. Kreatif kan. Oh, kat sini ada wifi. Password? Check dekat mural art tu. Hehehe



Yang ini pula ada dapur, so segala penyediaan makanan dan minuman dekat sini. Comel je dalam box macam tu. 


Iday duduk di bahagian tengah, like meja panjang.  Kerusi dia agak tinggi. Kalau datang ramai-ramai, boleh pilih meja yang personal. Kalau meja yang iday duduk ni macam style "open bar". 


Dekat atas meja tu ada pasu and pokok kecil comel. Tengah-tengah tu iday letak barang-barang iday, memang convenient. 


Nama pon kedai basikal, so basikal memang jadi hiasan utama dekat cafe ni. Paling iday suka ada hiasan basikal di atas balkoni ni. 


Comel siap ada pokok-pokok menjalar. Hehe








Kalau dari menu, The Basikal menyediakan local food seperti Mee Kari, Terengganu Laksa, Penang Asam Laksa dan Nasi Lemak. Kadang-kadang, diorang ada buat menu khas macam iday pernah tengok dekat Facebook diorang, diorang ada serve menu Mee Kari Ketam. 

Wahhhh best kan. Hehe Harga pon boleh tahan kan. Kalau minuman pula, ada banyak pilihan. Tapi yang antara popular dekat sini adalah Bandung Soda. 


So, iday order Penang Asam Laksa sebab tiba-tiba iday rindu Penang Asam Laksa yang iday makan dekat Penang  tahun lepas. Hehehe


  Related Article : Tempat Makan Best Penang - Asam Laksa  


Islam dan adik Iday pula order Mee Kari. Awal-awalnya adik Iday nak makan nasi lemak tapi disebabkan kitorang datang awal, so belum masak sepenuhnya lagi. Hehehe

Biasalah, sambil-sambil tunggu makanan sampai, banyak la ambil gambar muka sendiri. Hahaha

Ni adik Iday, Cah. Nama panjang dia Nor Sahidah, tapi nama manja family panggil, Cah. Hehehe Masa ni baru lepas teman dia pergi job fair sebenarnya dekat Mid Valley. Alang-alang dah pergi Mid Valley, tu yang ajak dinner dekat sini. Hehehe





Cantik lampu ni :)



Masih tak boleh move on ye dengan mural art cantik ni. HAHA



Meja kayu hehehe



Masa kitorang datang dah ramai orang datang, so makanan sampai lambat sikit. Tapi owner cafe tu macam baik sebab datang and minta maaf sebab lambat. Hehehe

Akhirnya Penang Asam Laksa iday dah sampai. Agak kecewa pada mulanya sebab takde nenas. Sebab iday pandang meja sebelah ada nenas. Nenas la pelengkap Penang Asam Laksa sebenarnya. 

Maybe diorang dah kehabisan nenas atau lupa. Iday pon tak tanya, maybe sebab lapar sangat. Hahaha




Dalam Asam Laksa ni ada telur, salad, bawang dan daun mint. Ada juga cili. Kuah macam elok-elok, tak cair sangat and tak pekat sangat. Portion pon boleh tahan besar. 



Jujur iday cakap, bagi iday rasa asam laksa ni agak biasa bagi iday. Mungkin sebab iday pernah rasa asam laksa yang lebih sedap dari ini. Tapi korang bolej je cuba. Hehehe

Harga untuk 1 portion ini adalah RM 6. 




Iday order air Bandung Soda. Sedap! Biasanya iday minum time bulan ramadhan je, beli dekat bazar ramadhan. Hehehe 

Kalau nak tahu makanan tu sedap or tak, tengok pinggan mangkuk lepas makan.  Hehehe



Habis! Hahahaha so, memang sedap. Korang boleh try nanti ye. 

Islam pula order Mee Kari and berpuas hati dengan rasa mee kari dekat The Basikal. 



Kuah pekat dan sedap, mee memang dicelur elok. Dalam Mee Kari ni ada telur, sawi, taugeh, tahu, bawang goreng, fish ball, kenat dan ayam. Portion agak besar. Memang sedap and recommend sangat dekat korang. 



Harga untuk 1 portion Mee Kari ini adalah Rm7. 

Iday sebenarnya nak try Mee Kari Ketam tapi tak available pula masa iday datang. So, nanti korang sebelum datang, boleh check promosi diorang di FB diorang ye. 





Gaya Islam dah macam nak masuk dalam mangkuk Mee Kari tu. Hehehehe









Licin! :p



Lepas dah kenyang & lepak, kitorang terus gerak sebab dah nak masuk Magrib. Overall memang puas hati makan dekat The Basikal. Tempat cantik, layanan juga okay dan makanan sedap. Hehe

Cuma parking agak susah and lokasi The Basikal ni macam tersorok sikit. Tapi view cantik! Banyak pula gambar yang iday capture masa ni. Hehehe






Last sekali, terima la muka kami ni. HAHA Lama dah tak upload gambar macam ni. Hehehe





Kalau korang berminat nak datang sini, boleh check details di bawah :

Makan @ The Basikal
Address : Backlane of 90, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. 
Opening Hours : Tues-Sat,  5pm-11pm. 
Tel:  012-645-9560

Facebook : http://lynk.my/wG7D






+++++++++++++++++++++++++++++

Kita kawan nak? 
Check akaun social media Iday dibawah :


+++++++++++++++++++++++++++++

Bye! :)


2 comments:

  1. LIKE GAMBAR KAK IDAY DEKAT IG, TATAW PULAK RUPANYA GAMBAR KAFE BASIKAL

    ReplyDelete

Blog Archive

My Blog List