Unboxing dan Review | GT-888 Smartphone From GT Mobile



Hello people! Assalamualaikum! Hehe :)


Hari ni iday nak cerita sikit tentang smartphone yang iday dapat baru-baru ni iaitu GT-888 from GT Mobile. Iday sebenarnya dah lama tak pakai smartphone sebab pakai tab. So, macam excited la nak guna smartphone balik. Yang penting, iday puas hati dengan camera GT-888 and boleh la ambil gambar banyak-banyak. HAHA


So, iday nak explain sikit tentang GT-888 ni. Mana tahu kalau korang berminat, korang boleh beli. Hehehe


Oh, iday ada buat video unboxing GT-888. Dalam video ni, Islam ada tunjuk apa yang ada dalam kotak and apa yang korang dapat kalau korang puchase phone ni. 





Okay, sambung cerita tentang GT-888. 



GT Mobile merupakan jenama telefon pintar yang pertama based di Singapura. GT Mobile mengeluarkan 2 jenis smartphone iaitu GT-886 dan GT-888. Oh, untuk pengetahuan korang GT Mobile sebenarnya milik GT Group yang baru-baru ini melancarkan aplikasi terbaru mereka iaitu GT Dollar. 

Related Post : Pelancaran GT Dollar



GT-888 hadir dengan 2 jenis warna iaitu Silk White and Metal Grey. Berat telefon pintar ini adalah 160 gram. Memang ringan and slimming. Fit well dekat tangan iday. 


Ini antara spefikasi pada GT-888 :

CPU : 24 bit processor Quad core 1.0GHz CPU
RAM : 2GB/1GB
ROM : 16 GB
Battery : 2550mAh

Size : 5.5 inch
Resolution : HD 1280*720 pixels
Material Display : Corning Gorilla Glass 3

Rear Camera : 8MP
Front Camera : 8MP
Video : up to 4K

Dual Sim
Bluetooth 4.0
Android 5.1 Lollipop




Kalau korang buka box, apa yang ada bersama GT-888 adalah :

> Bateri
> Charger
> USB Cable
> Earphone
> Phose Case
> Screen Protector


Antara kelebihan yang iday suka pada GT-888 adalah :

1. Kelebihan untuk charge lebih cepat dan tahan lama


Serius cepat, iday charge kejap je dah penuh. Then bateri tahan lama. Islam pernah guna untuk waze pergi somewhere and bateri reduce sikit je. Kalau pakai phone iday sebelum ni, dari 100% terus jadi 50% lepas guna untuk waze. Then terpaksa pakai power bank. Leceh kann. Tapi GT-888 memang bateri tahan lama. So, thumbs up! Hehehe

2. Kualiti Camera 8MP &  5MP


Iday suka kamera GT-888 especially front camera sebab ada flash. Hahahaha Dasar perempuan kan, kerja nak selfie je. Tapi serius gambar cantik. Macam flawless camtu, lagi-lagi bila ada front camera. Camera belakang 8MP pon cantik. 

Korang boleh check video unboxing di atas, Islam ada cuba-cuba kamera depan and belakang GT-888 ni. 


So far, iday memang berpuas hati dengan GT-888, iday suka dengan size phone ni yang tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Macam elok-elok je dipegang. Display phone cantik, resolution screen pon terbaik. 

Apa yang penting pada satu-satu phone, GT-888 ada semua. Bagi iday memang okay sangat untuk sebuah company iaitu GT Mobile yang pertama kali mengeluarkan smartphone sendiri. 

Kalau korang berminat, boleh check website diorang dibawah : 




So, apa komen korang tentang phone ni? 






+++++++++++++++++++++++++++++

Kita kawan nak? 
Check akaun social media Iday dibawah :


+++++++++++++++++++++++++++++

Bye! :)





Others Post




5 comments:

  1. wahhh...ada smartphone baru...seronoknya! seronok kalau kamera cantik tapi video kualiti?

    ReplyDelete
  2. wah menarik :D singgah sini dan follow ..
    http://mellyacrayola.blogspot.my/

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive