Enter your keyword

Check My New Video On Youtube!


Alora Hotel Penang - Lokasi Hotel Terbaik di Pulau Pinang


Selain dari masalah memilih tempat makan, rakyat Malaysia ni pun selalu pening bila nak fikir tempat percutian yang menarik untuk dikunjungi. Iday selalu ada masalah macam ni dengan kawan-kawan bila kitorang plan for road trip atau food trip. 


> Roti Bakar Transfer Road Pulau Pinang <

Tapi ada satu tempat best dan selalu jadi pilihan utama kalau hendak bercuti iaitu Pulau Pinang. Iday dah pernah ke Pulau Pinang and tak sangka sebenarnya banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Pulau Pinang.

Satu tips yang Iday nak share dekat korang, kalau nak bercuti di Pulau Pinang kena pastikan pemilihan lokasi penginapan yang tepat. Maksudnya, kena pilih hotel terbaik dan lokasi strategik.  Iday selalunya akan check traveloka.com kalau nak cari penginpan terbaik di sekitar Pulau Pinang.

Antara salah satu tempat penginapan yang Iday nak cadangkan untuk korang pilih ialah Alora Hotel Pulau Pinang, one of best hotel in Penang. Dulu kawan iday yang cadangkan dekat Iday untuk stay dekat sini.



Apa yang best tentang hotel ini kerana dibina di tempat yang strategik yang dikelilingi oleh pantai yang luas dan juga kompleks membeli belah. Kedudukannya yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas Antarabangsa dan Universiti Sains Malaysia memudahkan lagi korang untuk mencari hotel ini. 

Kalau korang jenis yang suka membeli-belah, Alora Hotel Penang merupakan pilihan yang tepat la supaya korang tak perlu travel jauh untuk ke pusat membeli-belah. Apa taknya, Alora Hotel Penang terletak kira-kira 2 km dari Queensbay Mall. 



Queensbay Mall merupakan mall yang terbesar di Pulau Pinang. Bukit Jambul Shopping Complex pon terletak kira-kira 10 minit dari Alora Hotel Penang ini. Seronok kan?

Kalau datang Penang, benda wajib yang kena buat adalah food hunting! Hehehe Korang wajib ke Hawker Center yang terletak tidak jauh dari hotel ini. Hawker Center merupakan food court yang terkenal dengan pelbagai jenis makanan di Pulau Pinang. Antara makanan yang patut korang cuba ialah ais kacang, pasembur, penang rojak, laksa dan banyak lagi dan semua pada harga yang berpatutan.




Datang ke sini tidak lengkap jika korang tidak pergi Pesta Penang. Pesta Penang merupakan tempat yang patut korang pergi pada waktu malam kerana pelbagai jenis kedai makan, kedai pakaian, taman mini, tapak konsert, taman hiburan dan macam-macam lagi yang ada di Pesta Penang. 

Kalau korang berani, korang boleh cuba permainan yang agak extreme disini bersama rakan-rakan korang seperti Vortex Challenger, Top-Gun, dan jugak Flying Chair. Pesta Penang hanya terletak 2 km dari Alora Hotel Penang. Memang strategik betul la Alora Hotel Penang ni.

Alora Hotel Penang merupakan hotel yang memiliki sebanyak 306 bilik yang luas dihias dengan cantik dan dikelaskan kepada beberapa kelas iaitu Standard, Deluxe dan Family.

Bilik-bilik ini juga dilengkapi dengan kemudahan moden seperti saluran Astro, Safety Box Telefon IDD dan banyak lagi selain daripada WIFI percuma. Dengan bilik yang luas korang dapat merehatkan diri dengan lebih tenang dan selesa sambil menikmati permandangan malam di Pulau Pinang. 

Alora Hotel Penang sangat sesuai untuk pakej percutian dan perniagaan kerana untuk pakej perniagaan pihak hotel menyediakan beberapa kemudahan seperti bilik mesyuarat, kaunter Limousine dan pusat perniagaan untuk kemudahan ahli perniagaan.


Hotel ini juga menyediakan kemudahan dobi, tempat parking dan juga kaunter travel agen untuk kemudahan korang semua. 

Alora Hotel Penang merupakan pilihan yang sesuai kerana menyediakan pelbagai kemudahan, bilik yang banyak dan luas, dan dekat dengan tarikan utama di Pulau Pinang. Iday memang plan kalau ke Pulau Pinang, Iday nak menginap di Alora Hotel Penang ni.

Tapi, sedihnya sebab Iday baru check yang hotel ini telah ditutup baru-baru ini. Padahal kawan iday baru je promote dekat Iday hari tu. Hahaha



Tapi takpe, korang boleh je cari hotel yang sehebat Alora Hotel Penang ni dengan menggunakan Apps Traveloka. 

Cuma cari je hotel yang berdekatan dengan tempat pilihan korang di Penang. Mudah sangat. Untuk mendapatkan informasi dan maklumat mengenai hotel menarik di sekitar Pulau Pinang ini, layarilah https://www.traveloka.com/en-my/ hari ini!



Apa hotel pilihan korang kalau ke Pulau Pinang? Boleh share dekat komen bawah ye :)


5 comments:

  1. lama dh tak gi penang. rindu pulak

    ReplyDelete
  2. Lama tak pergi Penang. Huwarghh. Rinduu Penang.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  3. Nasib baik baca sampai habis.. dan nasib baik handphone kite tertinggal kat rumah.. kalau tak, laju2 bagitahu dekat en. hb.. kihkihkih..

    ReplyDelete

Blog Archive

My Blog List