Enter your keyword

Check My New Video On Youtube!


Kahwin Dengan Islam Sebab Dia Pakai Kaca Mata


September ini, genap 3 tahun Iday kahwin dengan Islam. Alhamdulillah, tak hilang rasa sayang dan bertambah rasa cinta. awhhhh HAHA 



muntah.

Okay serius ye. 

Betul ke Iday nak kahwin dengan Islam sebab dia pakai kaca mata?



Percaya tak?

Actually, itu antara reason kenapa Iday pilih Islam as my boyfriend and kemudian jadi suami. Hehehe 

Ceritanya macam ni, 

Dulu masa Iday mula-mula kenal Islam, kitorang ni just rakan satu tempat kerja. Takde lepak sama-sama pon. Awal-awal memang tak rapat. Salah satu sebab adalah, Islam lain department and dia ada geng lepak dia dekat office. 

Even dia punya first birthday dekat office tu pon, Iday tak join celebrate sebab memang kitorang tak rapat. Nampak la kawan-kawan dia tengah buat suprise birthday dekat dia. 


Muka Islam macam adik-adik sangat. Hahaha Gambar dari FB Kak Ida :p

So yes, masa ni kitorang tak rapat pon. Hahaha

Then tiba-tiba Iday start lepak dengan diorang. Lepas lepak-lepak dengan diorang, tiba-tiba ada gosip yang Islam ni suka dekat Iday. Ada la dia mesej-mesej Iday, tapi Iday tak reply sangat. Time tu pulak tengah ada masalah dengan ex-bf. 

Lama juga tak layan Islam punya mesej sampai dia dah give up. Haha 

Tapi ada satu malam tu bulan, Iday follow diorang pergi karaoke and lepak-lepak. Iday tak menyanyi pon. Diorang-diorang je yang menyanyi. Then, tiba la turn Islam nyanyi and dia pilih lagu favourite dia yang kebetulan Iday pon suka lagu tu. Haha

Before dia menyanyi, Iday nampak dia cari something dalam bag. Masa tu jarak kitorang jauh sebab kitorang book bilik besar tu. Tiba-tiba, dia pakai spek mata. Rupa-rupanya time tu dia nak menyanyi tapi tak nampak screen. 

Rabun rupanya,

Then masa tu, muka Islam nampak lain. Tak nampak budak-budak dah. Nampak hensem berkaca mata. Tiba-tiba jatuh suka dia. Haha motif sangat kan. Tapi serius, disebabkan dia pakai spek mata, Iday suka and start mesej dia. 

Pendekkan cerita, kitorang kawan-kawan and bercinta and kahwin. Hahaha


Btw, 

Baby, selamat hari lahir.


2 comments:

  1. hahahaha...comel sangat ni...shuhhh..pi sana semut!

    ReplyDelete
  2. waaahh.. gitu rupanya.. heee.. sib baik keluar sama ritu ye.. kalau tak.. tak tau dia pakai spek.. heee

    ReplyDelete

Blog Archive

My Blog List