Salah Ke Hantaran 20K?



Ingatkan isu ni orang dah takkan sentuh. Tapi datang lagi sebab ada video viral.

Sebenarnya ada beberapa soalan yang bermain dekat kepala iday dengan isu hantaran ni. Tapi ini antara yang iday rasa macam perlukan penjelasan yang lebih. Kenapa orang nak merumitkan keadaan sampai macam ni sekali. Kenapa nak jadikan ini sebagai isu yang besar. 


Salah ke hantaran 20K?


Iday tak faham kenapa ramai sangat merungut and tak puas hati tentang hantaran 20K. Konsep dia, kalau kau mampu, memang takde hal berpuluh ribu sekali pon. Satu lagi, yang perempuan yang cakap akan letak 20K tu, diorang cakap je(mungkin). 

Pernah korang tengok dia betul-betul kahwin and letak 20K? Maybe dia cakap dulu, tapi bila dah jumpa calon, mungkin dia letak harga hantaran lain. Kan?


So, kenapa nak marah or melenting sangat bila ada perempuan cakap kena letak hantaran 20K? 


Then, ada la lelaki-lelaki yang cakap :

"Bukan setakat 20K, RM50 pon susah"

"Kau ingat kau sape nak letak 20K, sopan ke, berhijab ke, muka cantik ke"

Masalahnya perempuan yang cakap tu, minta kat awak ke? Kalau betul, ye Iday faham kalau korang marah. Tapi wanita yang cakap 20K or lebih ni, dia expect dia akan dapat orang mampu bagi dia banyak tu. Biar dia lah.


Kelakar sebab tak faham kenapa nak marah sangat. 


Bila dah jumpa calon sesuai and memang saling sayang, kalau betul "I heart you, You heart me" memang InsyaAllah takde isu-isu hantaran. Kalau yang ada isu, mesti ada something wrong dalam your relationship, yang tu kena la check mana-mana kurang. Betul yakin ke dah sedia nak berumah tangga? Gitu. 



Bukan sepatutnya kalau dah serius, nak ke arah hubungan halal, patutnya ada usaha? Bukan setakat cari alasan.


Maksud Iday kat sini, kalau betul la kau serius and rasa gadis pilihan memang jodoh kau yang betul. Apa salahnya usaha ke arah itu. Aku rasa lelaki-lelaki yang bising ni, maybe diorang belum start usaha ke arah tu. Atau belum jumpa calon pilihan.


Kalau dapat perempuan yang jenis letak hantaran tinggi and kau dah usaha tapi tak dapat penuhi permintaan dia, cuba tanya dia 


"awak ni betul ke nak saya?betul ke nak kahwin dengan saya?"


Sebab aku pon tak faham dengan perempuan yang letak hantaran melampau tinggi sampai menyusahkan bakal suami. Cuba letak harga hantaran setimpal dengan kedudukan lelaki tu. Bincang betul-betul. Kalau betul sayang, permudahkan lah. Kan?


Ada yang cakap, tak perlu hantaran semua tu, bukan wajib pon!

Iday ada baca dari 1 website ni, 

"Sekiranya hantaran tersebut diberikan kepada wanita itu, maka wang tersebut dianggap milik keluarganya. Keluarganya boleh mengambil wang tersebut untuk menanggung kos majlis kenduri kahwin dan sebagainya."- sumber

So, mungkin duit hantaran itu untuk keluarga atau hadiah kepada si isteri. Kalau pihak keluarga isteri yang minta, bincang baik-baik harga hantaran.

Kalau hantaran ini diletakkan oleh ibu bapa, then nilainya tak munasabah. Sebenarnya, diorang tak berkenan dengan calon pilihan anak diorang. 


Kalau diorang suka pon, mungkin diorang pikir yang calon pilihan diorang mampu. 


atau memang perangai diorang yang nak jadikan sesuatu perkara tu complicated. Yes, ada parent yang macam tu. 



Pengalaman Iday tentang hantaran ni


Islam kahwin dengan Iday masa umur dia 23 tahun. Dia baru lagi bekerja ketika itu, baru habis belajar. So, Iday faham situasi dia. 


Bila kitorang decide nak kahwin, Islam tanya Iday, berapa Iday nak letak untuk hantaran?


Iday nampak usaha Islam untuk halalkan hubungan kitorang. Iday ada bincang dengan ibu bapa Iday and tetapkan harga hantaran ikut kemampuan Islam. 


Kalau nak tahu, jumlah hantaran Iday tak mencecah 10 ribu pon. Alhamdulillah sampai sekarang takde bebanan hutang hantaran. Hehehe


Kitorang tunang bulan 3 dan berkahwin pada bulan 9.




Senang cerita,


Hantaran ni kena ikut pada kemampuan. Merepek sangat la nak ikut tahap pelajaran perempuan. Siapa entah yang start dengan teori tak betul ni. 


Dan, jangan cepat melenting kalau ada wanita yang cakap nak hantaran 20K sebab mungkin calon pilihan diorang mampu. Lantak diorang. 


Kalau kita(pihak lelaki) kisah sangat tentang isu hantaran, takut sangat hantaran nanti mahal, cari la calon yang tak kisah berapa nak letak. Cari lah calon yang senang bincang dan yang faham kemampuan lelaki. 


Benda boleh bincang sebenarnya. 

Pendek kata, jangan melenting sahaja tapi usaha takde. 


Bukan setakat 2oK, 1000 pon belum tentu dapat kumpul kalau setakat bising kat mulut tapi takde usaha. 


Betul tak? :)





Itu je lah komen Iday tentang isu hantaran yang takkan habis sampai bila-bila ni. Hehehe


Atau korang ada pandangan lain tentang isu ini? Cuba komen di bawah :)







Others Post




6 comments:

  1. betul tu, usaha tu penting dalam apa jga perkara.

    ReplyDelete
  2. kalau lelaki tu mampu mintaklah walau 100k pun

    ReplyDelete
  3. kecoh je lebih kak lelaki ni. kadang bukan perempuan nak duit sngt pon, nak tgk je usaha tara mana. ni dengar 20k dah gelabah biawak pastu nak maki2 perempuan. Usaha apa macam tu, cakap lelaki ada tangungjawab, dgr hantaran je nak melenting. ada mak sye cerita, ayh prempuan letak 20k, tak de lelaki nak kawin dgn ank dia. sampai sorang mekanik tu cari duit dapatkan 20k, masuk minang ank dia. lepas kawen, ayh dia bg balik duit tu dekat mekanik tu. dia cakp dia taknak duit. dia nak tgk macam mana lelaki usaha untuk kawen dgn ank dia. see. bukan perempuan sje2 letak harga mcm jual diri. ok panjang pulak membebel. kahkahkah

    ReplyDelete
  4. ikutlah kemampuan lelaki yg dia nak kahwini...ukur bdn sendiri..kalau kerja kilang klu letak rm20k parahlah jugak...takut hutang piutang lak dgn pihak lain..klu keluarga senang xjdi masalah...apapun kahwin biar kerana Allah...bab pasal hntaran tu kelima perlu difikir..

    ReplyDelete
  5. Prmpuan smbang mcm hgpa bleh smpan ja 20 k tu... stkat men sbut bdak2 pown bleh.. toya

    ReplyDelete
  6. SEKARANG AKU DALAM DELEMA NII LAA. MAK ABAH AKU LETAK HANTARAN 20K. ALHAMDULILLAH AKU TAHU MASAK AKU TAHU KEMAS RUMAH AKU BERKERJA DAN GAJI AKU 3.5K. AKU PON BANTU BAKAL SUAMI AKU HALF2 SORANG 10K. BAGOS NYA BAKAL SUAMI AKU DIA NAKKKK SANGAT KAHWIN SAMPAI HARI2 DIA SEBUT BENDA SAMA. AKU SEBAGAI PEREMPUAN PON TAK MACAM TUUU. TAPI DIA BERSUNGGUH2. KEKADANG AKU MALU DENGAN BAKAL SUAMI AKU SAMPAI AKU MARAH MAK ABAH AKU. BAKAL SUAMI AKU NASIHAT. JANGAN JADI ANAK DERHAKA SEBAB DIA.

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive