Enter your keyword

Check My New Video On Youtube!


Senaman Kuruskan Badan Sambil Buat Kerja Rumah


Ramai di luar sana yang ingin tubuh badan sihat, kurus dan langsing tetapi tidak ada masa untuk bersenam. Ada yang bagi alasan terlalu banyak kerja di tempat kerja dan di rumah sampai tidak sempat untuk pergi ke gym, berjogging, berzumba dan sebagainya. Tetapi itu bukan lagi alasan. 




Di sini ada pergerakan senaman yang anda boleh lakukan sambil buat kerja rumah yang mungkin anda pernah buat tanpa sedar.

1. Sental Dinding Bilik Air atau Tingkap Rumah


Dengan menyental kekotoran yang ada di kawasan dinding bilik air ataupun tingkap, dengan secara automatiknya anda akan melakukan pergerakan di bahagian lengan anda. 

Gunakan kedua-dua belah tangan anda, kiri dan kanan sambil membuat pergerakan dalm bentuk membulat, dari atas ke bawah hingga lah kiri ke kanan. Peryerakan ini juga adalah senaman untuk bahagian otot lengan dan abs.  

2. Berjalan atau berlari menggunakan tangga 

Cuba berjalan laju atau berlari menaiki anak tangga di rumah anda. Anda boleh melakukan pergerakan ini contoh semasa ingin mengemas kawasan rumah yang lain, atau mengambil barang dari tempat lain, atau merajinkan diri member barang untuk di pass kepada seseorang. 

3. Ambil Bakul Kain Jemuran



Secara tidak langsung, anda boleh melakukan squat semasa anda menggerak dan mengambil bakul kain jemuran anda dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dalam masa yang lain, sambil anda menunggu baju di dalam mesin basuh, cuba lakukan squat. Sandar di dinding anda, dan berdiri dalam keadaan bersedia untuk squat. 

Cuba juga untuk squat setiap kali anda ingin mengambil sesuatu objek yang berkedudukan di bawah anda. Membengkokkan badan tanpa melakukan squat akan membahayakan posisi tulang belakang anda. Squat membantu anda member keselesaan pada bahagian belakang semasa melakukan kerja dan juga member bentugk kepada bahagian punggung anda.

4. Sapu Sampah, Mop Lantai dan Vacuum Karpet


Sapu sampah, mop lantai dan vacuum karpet  memang perkara biasa anda semua lakukan setiap hari. Paling teruk pun setiap minggu. Sebenarnya pergerakan menyapu dan mengemop juga boleh dianggap sebagai senaman jika kekerapan anda konsisten. Otot-otot abdomen dan tangan anda bergerak dengan laju dan kerap . 

Ini boleh membakar sekurang-kurangnya 195 kalori setiap jam. Tetapi pastikan anda bertukar-tukar posisi tangan anda dan pergerakan kaki anda harus memainkan peranan.

Untuk lebih tips kuruskan badan boleh baca di facebook page Kurus Oh Kurus dan kurusdancantik.com


So, ada senaman yang korang selalu buat seperti senarai di atas? Atau korang ada senaman jenis lain, boleh share ye! Hehehe



1 comment:

  1. hahahahah tips yang sangat bagus ni. tak payah susah2 keluar rumah dok

    ReplyDelete

Blog Archive

My Blog List