Enter your keyword

Check My New Video On Youtube!


Wangikanlah Hatimu - Lagu Terbaru Noraniza Idris dan Tyka


Siapa yang tak kenal dengan Noraniza Idris, penyanyi hebat Ratu Irama Malaysia sejak dulu lagi. Iday sentiasa kagum dengan lunak suara unik Noraniza Idris. Memang susah nak cari penyanyi lain seperti Noraniza Idris yang tegar dalam memperjuangkan Irama Malaysia sehingga kini.



Baru-baru ini pula Noraniza Idris telah mengeluarkan single terbaru beliau iaitu Wangikanlah Hatimu. Single terbaru terbitan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd adalah nyanyian Noraniza Idris dan Tyka yang mana pernah dipersembahkan mereka ketika pentas akhir 3 Juara pada 15 Januari 2017 yang lalu. 



Tyka merupakan peserta daripada rancangan realiti tersebut dalam kategori Irama Malaysia. Single terbaru Noraniza Idris ini berkonsepkan Pop Etnik dan Tradisional. Terdapat juga elemen nyanyian Dikir Barat dan Siam serta Sunda. Memang unik.



Okay, iday nak belanja sikit lagu Wangikanlah Hatimu :





Paling suka part ni :

"Mengapa mereka yang mengaku suci 
Sering lupa mencermin diri sendiri 
Mengungkit kesalahan 
Molek andai bersama bina impian 
Wangikanlah hati"

Siapa komposer lagu ni? Bukan calang-calang orang taw. Amir Jahari dan AG Coco adalah komposer serta lirik lagu ini ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya. Kalau nak tahu, single ini merupakan kerjasama Luncai Emas Sdn Bhd dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) sebagai tanda menyokong irama tradisi kita secara berterusan. 



Lagu ini akan dipasarkan terus secara digital melalui saluran iTunes Store dan aplikasi streaming. Iday pon banyak kali ulang-ulang dengar dekat Spotify. Hehehe

Single ini secara rasminya dilancarkan pada satu majlis pada 21 Februari lepas bertempat di L’Clasico Publika.


Lagu "Wangikanlah Hatimu" ini dilancarkan dengan meriahnya oleh Y.M Tengku Dato' Hishammudin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Azman Shah Al-Haj.



Iday memang suka setiap ayat baris lirik lagu ini kerana berunsur nasihat dan ingatan. Sinopsis lagu ini sendiri mengambarkan bahawa setiap kejayaan datang dari hati yang bersih. Sikap menunding jari dan suka melihat kejatuhan orarang lain menerusi kelemahan sebagai manusia yang tidak lari dari kesilapan daripada berusaha untuk memperbaiki diri sendiri hanya akan menjadi sia-sia. Hargai setiap ruang dan peluang yang diberi tanpa menambah kebencian orang lain adalah nilai-nilai murni yang dituntut. Bergantung bahu demi mencapai kejayaan bersama. Apa yang dimiliki di dunia ini hanyalah bersifat sementara. Setiap nafas kebaikan adalah jaminan syurga di dunia abadi.

Kempen #saveiramamalaysia

Kempen #saveiramamalaysia adalah kempen bagi mendapatkan sokongan pelbagai pihak untuk mengangkat irama Malaysia ke tahap global tanpa menjejaskan keunikan dan keaslian irama ini menerusi pemantauan khusus untuk terus bersaing dalam industri muzik Malaysia.

Kempen ini turut mendapat sokongan dan kerjasama penaja yang sudi membiayai aktiviti secara turun padang yang diatur oleh pihak NIPVSB dalam siri jelajah Malaysia yang akan diumumkan pada majlis pelancaran kelak. Antara penaja terlibat adalah L’Clasico, Mewangi Satu Dunia dan Permata Saadah. 

Kempen ini bermula pada 15 Januari 2017 dan akan berakhir pada 31 Ogos 2018. Dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd.



Untuk lebih details, check info dibawah :

Facebook : https://facebook.com/noraniza8/ 
Instagram : https://instagram.com/noraniza_idris/ 
Website : http://akarkitazapin.com.my/

Dengar lagu Wangikanlah Hatimu di Spotify : 
https://play.spotify.com/album/3H9ufAJU2SZphUnLCzHsbn




No comments:

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List