Enter your keyword

Check My New Video On Youtube!



Terkejut Dengan Berita Pemergian Mohd Thaqif Amin

Thursday, April 27, 2017
Assalamualaikum,


Sebenarnya Iday masih terkejut dengan berita pemergian Thaqif. Allah lebih sayangkan Thaqif. Memang sedih and marah bila Iday tahu apa yang berlaku pada Thaqif. Dipercayai didera sehingga menyebabkan ke dua kaki dipotong. Tak lama lepas tu, tangan pula dijangkiti kuman. Apa la dosa anak kecil tu. 

Lagi sedih bila tersebarnya surat luahan Thaqif yang mendakwa dirinya beberapa kali ditumbuk tanpa sebab (sumber)

Iday harap pihak yang bertanggungjawab akan menerima balasan yang setimpal. 

Dulu adik lelaki Iday pon pernah kena buli dekat sekolah dia, memang sedih bila dia balik and cerita ada orang cari pasal dengan dia. Curi duit dia, selongkar almari dia and buang kasut dia dalam longkang. 

Last-last mak dan abang Iday mengamuk pergi sekolah dan bagi amaran pada pelajar yang buli adik Iday. Abang-abang Iday ni baran sikit, agaknya sebab tu budak dah stop buli adik Iday. 

Ini baru buli sikit, kalau jadi macam adik Thaqif tu memang tak terbayang perasaan. Semoga keluarga Thaqif sabar dan tabah.

Buat mereka yang tak faham tentang kes adik Thaqif, Iday ada terangkan sedikit info di bawah :

27 Januari : 
Thaqif mendaftar masuk ke pusat tahfiz. Tak lama kemudian, Thaqif mengadu pada ibunya yang dia dan rakan dipukul. Beliau merayu supaya dikeluarkan dari pusat tahfiz tersebut.

31 March :
Thaqif dikeluarkan dari pusat tahfiz tersebut oleh ibu beliau yang mula perasan perubahan ketara pada sikap Thaqif.

19 April :
Thaqif dimasukkan ke hospital dan pihak hospital terpaksa memotong kedua kakinya kerana terdapat  darah beku dan jangkitan kuman yang merebak ke buah pinggang.

Ibu Thaqif, Felda Wani membuat laporan polis.

25 April : 
Doktor memaklumkan tangan Thaqif itu perlu dipotong bagi memastikan dia berada dalam keadaan baik, selain untuk mengelak jangkitan kuman merebak ke kawasan lain anggota badan. 

26 April :
Selepas pemeriksaan dibuat(pagi), pembedahan terpaksa ditangguhkan ke satu masa yang belum ditentukan berikutan keadaan jantungnya.

Thaqif telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) kira-kira jam 2.05 petang.




Paling sedih bila baca setiap status dari Facebook ibu Thaqif yang sentiasa update tentang perkembangan Thaqif di hospital.

Mohd Thaqif Amin hanya berusia 11 tahun. Ya Allah :(

Semoga kamu ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman wahai adik Thaqif. Syurga buatmu InsyaAllah.







Resepi Ikan Singgang Mudah dan Cepat

Thursday, April 20, 2017
Resepi Ikan Singgang Terengganu Mudah dan Cepat | Membesar di Terengganu memang akan biasa dengan masakan Ikan Singgang. Itu memang favorite Iday sejak dari kecil. Antara makanan yang Iday takkan pernah bosan, lagi-lagi kalau mak yang masak. Hehehe

Lagi sedap bila makan dengan nasi putih panas, ulam-ulaman dan budu. Memang Terengganu style habis. Hehe

Tapi bila dah kahwin ni, takkan masih mengharap pada mak. Kena la belajar masak Ikan Singgang sendiri. Nasib baik resepi Ikan Singgang ni sangat mudah dan cepat. 



So, hari ini Iday nak share resepi Ikan Singgang cara Terengganu yang Iday belajar sendiri dari mak. :)


- Bahan-Bahan -

> Dua ekor ikan tongkol yang telah dipotong *korang boleh guna Ikan Tongkol, Selar Kuning atau Kembung
> 1-2 cm lengkuas 
*Mak iday letak  ikut rasa dia hahaha
> 1 cm kunyit hidup

> 5-6 ulas bawang di potong nipis
> 1/2 bawang besar di potong nipis
> 1 asam keping
> 2-4 biji cili padi
> 4-5 bendi (optional)
> Garam secukup rasa


Kalau takde asam keping boleh guna asam jawa tapi iday lagi suka asam keping. Masam-masam kuah sedap! Hehe






- Cara Memasak Ikan Singgang -

1. Korang masukkan semua bahan tersebut di dalam periuk :
- Asam keping, bawang, bawang putih, lengkuas dan kunyit hidup



2. Masukkan air, lebih kurang separuh periuk. Agak-agak la, kalau ikan banyak letak air banyak, kalau sikit, letak air sikit. Hehehe


3. Masak air dan bahan-bahan tadi sehingga air mendidih.


4. Kemudian masukkan ikan ke dalam air rebusan bahan-bahan tadi. Paling penting, pilih ikan yang segar. Supaya akan rasa manis ikan dalam kuah singgang nanti.



5. Biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan garam secukup rasa. Biarkan sehingga ikan masak.


6. Perlahankan api, kemudian masukkan bendi dan cili api. Cili api tak perlu potong, boleh letak macam tu je.


7. Agak-agak ikan dah masak and rasa masakan dah sedap, so siap! Alahai senang sangat nak masak Ikan Singgang ni sebenarnya. Hehehe


Dah boleh makan panas-panas dengan nasi putih, ulam-ulaman dan budu. Memang bertambah-tambah la nasi nanti. Hehehe

Kadang-kadang Iday buat macam bubur kuah singgang. Sedap! Hehehe


Selamat mencuba! Hehehe 


Jangan lupa check resepi lain dari blog Iday di link ini : https://goo.gl/upj3lu





Kelakar Teruk Pian Kpop Dalam Motif Viral

Sunday, April 16, 2017
Siapa yang tak kenal Pian Kpop, yang pernah viral dengan video marah wanita kentut dalam bank. Memang kelakar. Baru-baru ini Pian di jemput sebagai tetamu jemputan Motif Viral.


Iday memang sekarang selalu layan video Thinker Studios dekat Youtube sebab diorang ni memang kelakar, lagi-lagi video Troll-lala and Buruk Cantik. 

So, baru je tadi Iday tengok video Pian Kpop dalam Motif Viral. Iday rasa ini guest jemputan paling kelakar dan best. Tengok je la macam mana diorang gelak. Even iday ni dah gelak sampai keluar air mata. Hahaha


Kelakar kan?? HAHA

Personaliti Pian yang selamba dan self esteem 200% itu yang buat kelakar, Host Motif Viral pon pandai dalam memilih soalan. Hahahaha

Video Motif Viral bersama Pian Kpop ni pon tengah trending sekarang di Youtube. Tadi last iday tengok, #40 trending di Youtube.

Apa-apa pon, kita harap Pian semoga sukses dalam menjadi artis kpop pertama di Malaysia. Hehehehe





KFC Value Treats Dari RM 3.90

Wednesday, April 12, 2017
KFC antara restoran fast food yang Iday takkan pernah bosan. Iday rasa takde restoran fast food yang dapat lawan rasa ayam dekat KFC, bagi pendapat Iday la. Hehehe Then KFC selalu menawarkan hidangan menu baru dan promosi kfc yang best-best. 


So, baru-baru ni KFC baru keluarkan menu baru untuk KFC Value Treats yang bermula dengan harga RM 3.90. Murah kan?! Walaupon hindangan nampak ringkas tetapi mengenyangkan. Confirm korang akan nak lagi dan lagi. Iday siap bila 2 taw sebab murah. Hehehe

Ada 5 hidangan dalam KFC Value Treats iaitu  :



1. Zinger Slider - hidangan ringan Crunchy Zinger bersama sos 'Island" terbaru. 




2. Salsa Roller - Kepingan ayam Golden Zinger dibungkus di dalam tortila bersama hirisan timun dan tomato. Ada creamy mayonis dan sos salsa. Sedap! Antara favorite Iday :)




3. Zinger Mushroom Soup - Sup cendawan yang sedap! Ada kepingan ayam dan jagung. 




4. Shoyuken Rice Bowl - Colonel chicken rice, crunchy Zinger chunks, hirisan timun dan tomato bersama mayonis dan Japanese soy sauce. Sedap dan mengenyangkan!




5. Loaded Potato Bowl - hidangan kegemaran semua orang.  Penuh dengan mash potato dan kepingan ayam zinger bersama sos mayonis dan sos cheese! 




Antara kelima-lima menu KFC Value Treats ni, paling Iday suka adalah Salsa Roller dan Zinger Mushroom Soup. Kalau makan masa lunch, comfirm kenyang. Dah la harga berbaloi. Hanya dari RM 3.90! 

KFC Value Treats kini terdapat di semua restoran KFC seluruh Malaysia. Jangan lupa singgah dan rasai sendiri hidangan yang berbaloi-baloi ni. Hehehe

Untuk maklumat lanjut, check website di bawah :



So, korang dah cuba? Yang mana pilihan KFC Value Treats korang?






Note : baru-baru ni Iday ada join fan party anjuran KFC untuk rasa sendiri kesedapan KFC Value Treats. Iday juga bertuah dapat melihat persembahan Aizat Amdan secara live. Nanti Iday story di next entry okay. Hehehe



11 Websites Untuk Pre-Order Samsung Galaxy S8 & S8+

Tuesday, April 11, 2017

Yes, new Samsung Galaxy S8 & S8+ is here and korang boleh mula pre-order bermula hari ni di 11 website yang Iday senaraikan di bawah. Senarai ini memang rasmi dikeluarkan oleh pihak Samsung sendiri di website diorang. 



Paling best, kalau korang direct order dari website diorang, korang akan dapat reward sehingga RM900! 


Ingat, pre-order ends 13 April 2017.



Sebelum Iday senaraikan senarai website untuk pre-order Samsung Galaxy S8 & S8+, korang boleh check video samsung dibawah :




Best kan? Screen lebih besar dan lebih banyak features yang diperkenalkan. 

Okay, ini senarai 11 website berserta link untuk pre-order Samsung Galaxy S8 & S8+.

1. Samsung
https://s8preorder.samsungmy.com/register.aspx
- Korang akan dapat gift/reward sehingga RM900
- Deposit RM300
- Samsung S8 : RM3299
- Samsung S8+ : RM3699


2. Celcom
https://www.store.celcom.com.my/store/preorder.jsp
- Plan 24 bulan dengan upfront payment RM600/RM300 (bergantung pada jenis plan)

- Samsung S8 : From RM2168
- Samsung S8+ : From RM2808

3. Digi
http://www.digi.com.my/S8
- 24 month plan

4. Maxis
http://www.maxis.com.my/en/personal/devices/all-phones/samsung/samsung-s8-product.html

5. Umobile
https://store.u.com.my/preorder/



6. Yes
https://shop.yes.my/shop/productCatalog.do
- 24 Month Plan 
- Samsung S8 : RM2726
- Samsung S8+ : RM3199

7. Courts
http://www.courts.com.my/pages/samsung-galaxy-s8/pgid-1226228.aspx
- Samsung S8 : RM3299
- Samsung S8+ : RM3699

8. Harvey Norman
http://www.harveynorman.com.my/promotions/samsung-galaxy-s8.html
- Samsung S8 : RM3299
- Samsung S8+ : RM3699

9. Seng Heng
http://www.senheng.com.my/samsung-s8-preorder
- Samsung S8 : RM3299
- Samsung S8+ : RM3699

10. Lazada Malaysia
- Express delivery
- Samsung S8 : RM3299
- Samsung S8+ : RM3699

11. 11 Street
http://www.11street.my/benefit/promotionDetail.do?planDisplayNumber=587865
- Samsung S8 : RM3299
- Samsung S8+ : RM3699
- Pre-order end 20 April


Cukup 11 website untuk pre-order Samsung Galaxy S8 & S8+ . Kalau berminat, korang boleh check website di atas ye. 

Iday tak sure lagi nak beli ke tidak, macam nak tunggu iPhone 8 je. Hahaha

So, ada yang nak beli Samsung Galaxy S8? Website mana yang korang prefer untuk beli smartphone?





Senarai Pemenang Dan Video Anugerah DFKL 2017

Monday, April 10, 2017

Anugerah DFKL adalah singkatan bagi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur. Anugerah DFKL 2017 telah diadakan semalam iaitu 9 April 2017 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Iday tak sempat tengok sebab hantar parent balik kampung. Tapi Iday dah jangka siapa pemenang untuk drama terbaik. Hehehe

7 Hari Mencintaiku telah bolot 6 Anugerah iaitu :

Pelakon Lelaki Pilihan: Shukri Yahaya
Drama Pilihan: 7 Hari Mencintaiku 
Pengarah Pilihan: Jamal Khan 
Penulis Skrip Pilihan: PGRs Team
Pasangan Pilihan: Shukti Yahaya & Siti Saleha 
Lagu Tema Pilihan: Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah - OST)

Tahniah team 7 Hari Mencintaiku! Drama tu memang patut menang pon sebab jadi fenomena dekat Malaysia semasa ditayangkan. Hehe

Kalau korang nak tengok online 7 Hari Mencintaiku, boleh klik sini : 7 Hari Mencintaiku Online


Kalau korang terlepas tengok Anugerah DFKL, jangan risau. Korang boleh tengok online di link bawah. Iday sendiri pon baru lepas tengok dan gembira dengan kemenangan besar drama 7 Hari Mencintaiku. 



Senarai penuh pemenang Anugerah DFKL 2017 :

Pelakon Lelaki Pilihan: Shukri Yahaya (7 Hari Mencintaiku) 
Pelakon Wanita Pilihan: Mira Filzah (Cinta Si Wedding Planner) 
Drama Pilihan: 7 Hari Mencintaiku 
Pengarah Pilihan: Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku) 
Penulis Skrip Pilihan: PGRs Team (7 Hari Mencintaiku) 
Antagonis Pilihan: Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap) 
Pasangan Pilihan: Shukti Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku) 
Lagu Tema Pilihan: Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah) 
Drama Radio Pilihan: Terima Kasih Ex 
Drama Pilihan Tonton VIP: Meh Sandar Pada Aku 
Drama Pendek Pilihan: Kongsi Kalau Malu


Tahniah kepada semua pemenang! :)




Pengaruh Kartun, Kanak-Kanak 7 Tahun Terjun Dari Tingkat 10 Dengan Payung

Sunday, April 09, 2017

Seorang kanak-kanak dari wilayah Suzhou, China cedera parah setelah terjun dari tingkat 10 menggunakan payung. Kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu ingin meniru perbuatan siri kartun dimana salah satu wataknya menggunakan payung itu sebagai ‘parachute’ - Astro Awani


Nasib baik kanak-kanak tersebut selamat kerana terkena kabel dan mengurangkan effect kalajuan jatuh dari tempat tinggi. Doktor sahkan, kanak-kanak tersebut dalam keadaan stabil.



Macam-macam mainan la. Dah la baru umur 7 tahun, terpengaruh dengan rancangan kartun terus cuba-cuba tiru aksi yang dipaparkan di dalam video.

Iday dulu pernah juga cuba terjun guna payung, tapi dari tingkap rumah dekat kampung. So, memang tak tinggi sangat. Ini 10 tingkat, alahai adik oi. 

Itu baru kartun, belum lagi diorang acah-acah cuba yang dalam The Fast and the Furious tu. Minta jauh la kan. Tapi sebenarnya banyak kes yang melibatkan kanak-kanak cedera atau meninggal kerana follow aksi-aksi didalam movie.

Tadi Iday ada tengok cartoon Popoyo, dalam tu pon ada aksi terjun dan terbang guna payung. Nampak cartoon macam comel dan tak membahayakan. Tapi kalau kanak-kanak tengok, tertarik and mesti nak follow sebiji macam dalam cartoon. 


So, macam mana cara nak halang dari berlaku kejadian ni lagi? Ada cadangan atau tips? Boleh share di komen bawah ye :)




Ini Cara Iday Atasi Masalah Bloglist Selalu Hilang

Thursday, April 06, 2017
Iday rasa kebanyakkan blogger menghadapi masalah bloglist hilang terutama mereka yang menggunakan platform blogspot. Kan? Iday perasan yang kalau Iday edit code html, bloglist akan automatik hilang. Harap isu ini dapat diselesaikan oleh pihak Blogger. 



Iday memang selalu letakkan bloglist di blog Iday supaya senang Iday nak blogwalking, walaupon tidak tinggal jejak komen, Iday suka singgah dan baca cerita terbaru dari blogger lain. So memang agak kecewa dan leceh nak pilih dan letak satu-satu link url.

Tapi, iday akhirnya buat keputusan untuk letak url blog yang iday follow melalui widget "Follower". Lagi senang. Hehehe

Contohnya Iday nak follow blog CikAsh dan nak letakkan dalam Blog List Iday,

1. First, Iday akan follow blog Cik Ash di widget "Followers" seperti gambar di bawah.





2. Iday buka "Layout" pada blog Iday dan configure Blog List. Iday akan klik "Add to list"





3. Paparan dibawah akan keluar. Biasanya Iday akan add by URL tapi kali ini iday "tick" pada "Blogs I'm Following" dan sellect all dari list tersebut. Kemudian Iday tekan button Add.




Nampak tak nama blog Cik Ash dalam list?








So, tiap kali Blog List Iday hilang, Iday akan repeat step 3. Takde la buang masa untuk letak satu-satu URL. Kan?

Ini cara Iday atasi masalah bloglist yang selalu hilang tu. 

Sekarang ni Iday dalam proses untuk follow semua blogger yang Iday selalu dan suka baca. Iday juga remove mana-mana blogger yang dah tak update lebih dari 6 bulan. Iday nak blogger yang aktif dalam senarai Blog List Iday. 

Iday akan buka page Reading List dan klik gambar pensil di bawah kanan iaitu "Manage Reading List"




Then paparan dibawah akan muncul dan Iday start check blog yang Iday nak delete. Cara senang, korang boleh check Blog List di blog korang, check yang dah tak berupdate lama, kemudian search di list ini dan remove. Hehe




Iday akan sentiasa update blog list ini.  Hehe :)


Macam mana dengan mereka yang tiada widget "Followers"? Yang guna platform Wordpress?

Ada caranya, tapi Iday akan share di next entry okay. Komen kalau korang nak tahu macam mana caranya. hehehe

Buat mereka yang ingin berada dalam Blog List Iday, jangan lupa komen di bawah :)

Kalau sudi, follow la Iday and letakkan blog Iday dalam blog list korang. Hehehe Kalau sudi la, Iday tak paksa :p


Till Then, Bye!



Kisah Seram Rumah Sewa

Wednesday, April 05, 2017
Tadi Iday ada baca 1 kisah seram yang tengah viral. Memang menakutkan dan Iday memang tak kuat untuk hadapi keadaan seperti itu. Alhamdulillah, rumah yang Iday tinggal sekarang belum lagi terkena gangguan-gangguan makhlus halus ni. 


Iday sebenarnya nak cerita pengalaman seram ketika menyewa rumah di Shah Alam sewaktu zaman Iday belajar dulu. 

Iday sebenarnya tak sure seram ke tidak, korang sendiri la decide ye. Hehe

Kisahnya, dulu Iday dan 6 orang rakan menyewa di sebuah rumah sewa di Shah Alam. Iday dan 4 kawan Iday tidur di satu bilik yang besar. Dalam bilik tu ada 1 katil sahaja. So, kitorang cuma beli tilam and letakkan di atas lantai. So, 3 orang tidur di bawah dan seorang tidur di atas katil. Susunan tilam tu dari tingkap adalah tilam Iday, tilam Yanie and tilam Shida.

Iday ada sejenis perangai, kalau datang bulan dan sakit perut, Iday akan meniarap pada lantai sejuk. So, Iday akan selalu baring di sebelah tilam Shida. 

Ada satu malam tu, Iday dan Yana stay up sebab prepare for final project. Iday tak tidur dalam bilik tapi tidur di ruang tamu. 

Keesokan harinya, Shida tanya Iday soalan. 


Shida : Semalam kau sakit perut ke? Senggugut er?

Iday : Taklah, aku mana ada period. Kenape?

Shida : Yeke, habis, kenapa kau baring sebelah aku semalam? Meniarap macam sakit perut.


Iday terkejut. Seingat Iday, memang tak masuk bilik and buat kerja sampai pagi. 

Siapa yang tidur di sebelah Shida?

Yang bestnya, Shida ni pulak rabun. Kalau dia buka spek, memang tak berapa nampak. Cuma kabur-kabur je. Dia cerita, yang dia pandang lembaga yang tidur di sebelahnya. Tapi just buat biasa sebab dia tak nampak and memang dia ingat Iday yang tidur di sebelah dia. 

Nasib baik la Shida ni rabun. Cuba kalau dia boleh nampak jelas. Agak-agak macam mana la rupa lembaga yang tidur sebelah dia tu. 

Sampai sekarang kitorang tak tahu siapa yang tidur sebelah shida. 

Lepas dari kejadian tu, kitorang amalkan bacaan Yasin and minta jauh segala gangguan di rumah sewa tersebut. 

Takde la seram sangat kan? Hahaha



So, korang ada pengalaman seram ketika menyewa rumah sewa? Boleh share okay :)



Monthly Recap : March 2017

Tuesday, April 04, 2017
Selamat datang April! My favorite month sebab Iday dilahirkan pada bulan and start bercinta dengan Islam pon bulan April :p

Tapi entry kali ni, Iday taknak cerita tentang bulan April tapi nak story apa yang berlaku sepanjang bulan March. Sebelum ni, Iday selalu buat artikel "My Monthly Favorite" and fokus pada apa yang Iday suka sepanjang bulan tu. Tapi sekarang, Iday nak tulis Mothly Recap, yang mana Iday akan story apa yang berlaku sepanjang bulan tu. Hehehe


Expenses/Pembelanjaan

Since motor Islam hilang sebab kena curi, Iday ke tempat kerja dengan Grab/Uber sebab Islam keluar awal pagi. So, dia tak boleh hantar Iday. Setiap hari, Iday akan bayar RM23 untuk perjalan dari Bukit Jalil ke Menara Worldwide. Tak sure sampai bila akan guna Grab/Uber pergi kerja Hahaha

Shopping? Walaupon Lazada ada buat Birthday Sale, Iday tak sempat nak shopping sebab busy prepare for next campaign iaitu Big Baby Fair. Mampu tengok kawan-kawan shopping je. 

Tapi Iday ada spent duit dekat skin care baru iaitu Mary Kay. Iday nak stop guna Olay which is dah lebih 5 tahun Iday pakai. Iday tengok feedback mereka yang pakai Mary Kay banyak yang positif, so decide nak tukar ke Mary Kay. 

Oh, Iday juga spent untuk dinner celebration untuk Birthday Islam. Kitorang celebrate dekat Bijan. Then, Iday ada staycation dekat Sekeping Jugra. Nanti Iday update :)


Oh Iday perasan yang sepanjang March, Iday selalu ajak Islam pergi makan Korean Food. Paling suka makan dekat Dubuyo. Rasanya dekat 3 kali makan dekat Dubuyo sepanjang bulan March. Nanti la Iday review, kenapa Iday suka sangat makan dekat Dubuyo. Hehe



Entertainment/Hiburan

Setelah lama tak tengok movie, Iday and Islam pergi tengok movie Life. Story not bad la walaupon ending dia macam unexpected. Haha

Then, drama korea yang Iday tengok sepanjang bulan March adalah :

1. Strong Woman Do Bong Soon
2. Ms. Perfect
3. Radiant Office
4. Queen Of The Ring

Strong Woman Do Bong Soon
Lagu yang Iday selalu dengar sepanjang March adalah Maybe IDK by Jon Bellion. Serius best! And Iday asyik ulang-ulang dengar semua lagu Jon Bellion

Then bulan March, akhirnya Zombie Castaways update game and tambah island. Siapa yang main game ni confirm faham. Hehehe

Work/Kerja

March adalah minggu paling hectic bagi Iday. Lazada Malaysia ada dua campaign besar iaitu Birthday and Big Baby Fair. Serius, muka Iday naik jerawat dengan rancaknya. Haha

After March, kena plan for Raya campaign pula. Bila la kerja nak habis. Haha

Bonus? Belum dapat lagi. Apa entah yang buat lambat pon tak tahu. Hahaha

Blog & Social Media

Iday hanya publish 18 post sepanjang bulan March disebabkan Iday busy dengan kerja.

Ini pula trafik info sepanjang bulan March (sumber GA). Trafik blog sayaiday memang kebanyakannya dari Organic Search. 



Target Iday untuk bulan April, UV adalah melebihi 100K. So, kena lebih rajin update blog and share post on social media. 

Iday start jaga theme Instagram Iday. Iday memang dari dulu tak suka post terlalu banyak gambar review. Kalau ada pon, Iday akan cuba edit or upload gambar yang lebih sesuai. 



Relationship/Friends/Family

Iday celebrate birthday Islam dekat Sekeping Jugra. Hari tu Iday lambat period selama 30 hari. Ingatkan dah ada isi, tapi belum rezeki lagi. Hehehe

Hari tu ada lepak dengan Geng Kemarau tapi Via je tak join sebab busy kerja. Hopefully akan datang boleh lepak together. Hehehe

Kawan iday dah tunang and kelakarnya, dia inform the day after dia tunang. Memang terkejut la sebab tak pernah tahu dia ada BF. Pandai dia rahsiakan dari kitorang (Geng SWAT) . Apa-apa pon doakan semoga dipermudahkan. InsyaAllah, majlis bulan ogos berjalan lancar.

Iday balik kampung Kedah dari 2 March hingga 5 March. Then Iday balik kampung Terengganu 11 March sebab mak ada buat kenduri kesyukuran. Seronoknya sebab dapat balik kampung. Kalau ada rezeki lebih, InsyaAllah akan cuba balik kampung every month. Hehehe



Okay itu je lah yang berlaku dalam hidup Iday sepanjang bulan March. Maybe ada yang Iday termiss sebab lupa. Haha Iday harap April lebih baik dari March :)




p/s: Actually this post inspired by Eecashyaa. Korang boleh check Monthly Recap Eecashyaa di link ini : http://www.eecashyaa.com/2017/04/monthly-recap-march-2017.html

Blog Archive

My Blog List