Enter your keyword


Kisah Seram Rumah Sewa


Tadi Iday ada baca 1 kisah seram yang tengah viral. Memang menakutkan dan Iday memang tak kuat untuk hadapi keadaan seperti itu. Alhamdulillah, rumah yang Iday tinggal sekarang belum lagi terkena gangguan-gangguan makhlus halus ni. 


Iday sebenarnya nak cerita pengalaman seram ketika menyewa rumah di Shah Alam sewaktu zaman Iday belajar dulu. 

Iday sebenarnya tak sure seram ke tidak, korang sendiri la decide ye. Hehe

Kisahnya, dulu Iday dan 6 orang rakan menyewa di sebuah rumah sewa di Shah Alam. Iday dan 4 kawan Iday tidur di satu bilik yang besar. Dalam bilik tu ada 1 katil sahaja. So, kitorang cuma beli tilam and letakkan di atas lantai. So, 3 orang tidur di bawah dan seorang tidur di atas katil. Susunan tilam tu dari tingkap adalah tilam Iday, tilam Yanie and tilam Shida.

Iday ada sejenis perangai, kalau datang bulan dan sakit perut, Iday akan meniarap pada lantai sejuk. So, Iday akan selalu baring di sebelah tilam Shida. 

Ada satu malam tu, Iday dan Yana stay up sebab prepare for final project. Iday tak tidur dalam bilik tapi tidur di ruang tamu. 

Keesokan harinya, Shida tanya Iday soalan. 


Shida : Semalam kau sakit perut ke? Senggugut er?

Iday : Taklah, aku mana ada period. Kenape?

Shida : Yeke, habis, kenapa kau baring sebelah aku semalam? Meniarap macam sakit perut.


Iday terkejut. Seingat Iday, memang tak masuk bilik and buat kerja sampai pagi. 

Siapa yang tidur di sebelah Shida?

Yang bestnya, Shida ni pulak rabun. Kalau dia buka spek, memang tak berapa nampak. Cuma kabur-kabur je. Dia cerita, yang dia pandang lembaga yang tidur di sebelahnya. Tapi just buat biasa sebab dia tak nampak and memang dia ingat Iday yang tidur di sebelah dia. 

Nasib baik la Shida ni rabun. Cuba kalau dia boleh nampak jelas. Agak-agak macam mana la rupa lembaga yang tidur sebelah dia tu. 

Sampai sekarang kitorang tak tahu siapa yang tidur sebelah shida. 

Lepas dari kejadian tu, kitorang amalkan bacaan Yasin and minta jauh segala gangguan di rumah sewa tersebut. 

Takde la seram sangat kan? Hahaha



So, korang ada pengalaman seram ketika menyewa rumah sewa? Boleh share okay :)





Others Post




4 comments:

  1. ada guna bantal peluk panjang tak? kot2 bantal peluk panjang jatuh atas lantai.. hehehehe
    Mujur la kan rabun. Kalau nampak mau histeria tengah2 malam pulak

    ReplyDelete
  2. alahai..ngerinya macam tu..so far akak tak pernah alaminya lagi..mintak dijauhkan ler..
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  3. Misteri jugak.. Siapalah agaknya.. 😕

    ReplyDelete

New Video On My Youtube Channel




Follow My Instagram

Blog Archive