Cara Bayar Zakat Mudah Dan Cepat : Skim Thohir

Wednesday, June 21, 2017
Hi & Assalamualaikum,

Hari ni topik serius sikit di blog Iday. Hari ini Iday nak share tentang cara bayar zakat mudah dan cepat melalui skim thohir. Sebelum itu, iday nak bagi sedikit penerangan tentang Zakat.

2121



Zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak (sumber).

Zakat termasuk dalam rukun Islam, oleh itu wajib bagi setiap umat Islam. Antara manfaat dari mengeluarkan zakat adalah (sumber) :

  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat
  • Mewujudkan sifat bersyukur di kalangan golongan yang bernasib baik
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan mereka yang kurang bernasib baik
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan Allah SWT
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat

Salah satu cara mengeluarkan zakat secara dan mudah cepat adalah dengan Skim Thohir. Ida akan explain dekat korang, apa itu skim thohir dan bagaimana cara membayar zakat dengan kaedah Skim Thohir.

Iday ada buat video tentang zakat thohir, korang boleh check video di bawah ye :


Skim Thohir (Skim Potongan Gaji Zakat)

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) adalah institusi yang dilantik untuk melakukan kutipan zakat harta di Wilayah Persekutuan. Jadi Skim Thohir diperkenalkan oleh mereka bertujuan untuk memudahkan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat mereka.

Skim Thohir dalam erti kata lain adalah Skim Potongan Gaji Zakat, maksudnya masyarakat boleh membuat pembayaran zakat melalui potongan gaji mereka.


Kelebihan Skim Thohir

Bagi Ida, memang banyak kelebihan Skim Thohir terutama untuk mereka yang tinggal di Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan) kerana cara hidup bandar yang sibuk. Kesesakan lalulintas dan kesibukan kerja antara faktor yang menyebabkan kelambatan membayar zakat.

Antara kelebihan Skim Thohir adalah:
  • menjimatkan masa
  • menjimatkan tenaga
  • tidak perlu bersesak
  • mengurangkan kos seperti perjalanan, minyak, tol dan seumpamanya

PPZ-MAIWP sedang giat melaksanakan kempen Skim Thohir 2017 dan berkolaborasi bersama pihak CIMB Islamik dimana mereka menaja hadiah-hadiah menarik seperti pakej Umrah, percutian dan wang tunai. Menarik kan? Tujuan PPZ-MAIWP adalah untuk menyebarkan kepada semua orang tentang kemudahan Skim Thohir.

Terdapat dua fasa kempen dimana fasa 1 kini sedang berlangsung hingga Julai manakala fasa 2 akan berlangsung bermula Ogos hingga November 2017.

Cara Menyertai Kempen Skim Thohir 2017

Caranya mudah sahaja iaitu bagi mereka yang belum membuat bayaran zakat menerusi Skim Thohir, korang perlu melakukannya terlebih dahulu.

Sekiranya korang telah membuat bayaran zakat menerusi potongan gaji sekarang, korangperlu membuat penambahan kepada zakat anda dalam tempoh kempen berlangsung.

Borang boleh didapati di 11 kaunter tetap yang berada di sekitar Wilayah Persekutuan :

1) Wisma PPZ, Dataran Shamelin
2) Plaza RAH
3) Masjid Negara
4) Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
5) Presint 9, Putrajaya
6) Presint Diplomatik, Putrajaya
7) Masjid At Taqwa, TTDI
8) Masjid Abd Rahman Bin AUF, Puchong
9) Masjid Imam Al Ghazali, Kepong
10) UTC Pudu Sentral
11) Labuan Times Square, Labuan


Selain itu, borang juga boleh didapati di Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP. Terdapat sebanyak 10 lokasi tetap :

1) Perbadanan Putrajaya
2) KWSP Wangsa Maju
3) CIMB Bank Setiawangsa
4) Jalan Dungun
5) Masjid Asy Syakirin KLCC
6) JLN Tunku Abd Rahman
7) Menara Binjai
8) Surau Bank Islam
9) Surau Tabung Haji
10) Tmn Melati


PPZ-MAIWP akan berada bermula dari jam 11.00 pagi – 3.00 petang di setiap lokasi. Untuk sebarang update tentang lokasi mereka, korang boleh like Facebook page mereka di www.facebook.com/myzakat


Harapan PPZ-MAIWP Tentang Skim Thohir 2017

Dengan adanya kemudahan yang telah PPZ-MAIWP sediakan, dapat memberi lebih banyak ruang kepada masyarkat untuk mereka membuat pilihan untuk melunaskan tanggungjawab mereka kepada Allah s.w.t.

Tambah PPZ-MAIWP lagi,

“Kami selaku badan yang diberi amanah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyeru kepada masyarakat untuk menunaikan  zakat mereka. Yang paling penting, lakukan kiraan terlebih dahulu. Mungkin anda tidak dikenakan zakat malah mungkin anda seorang penerima zakat. sekurang-kurangnya apabila kita membuat kiraan, kita tahu dimana kedudukan kita”

Selain itu, dengan Zakat ini lah dapat mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada untuk menampung kehidupan seharian.

Maklumat Lanjut Jika Ada Pertanyaan Tentang Zakat

Boleh layari / hubungi Portal PPZ-MAIWP : www.zakat.com.my
Facebook : Facebook.com/myzakat
Talian zakat: 1 300 88 5757


Resepi Kari Ikan Mudah Dan Cepat Dengan Serbuk Rempah Kari Ikan Mak Siti

Tuesday, June 20, 2017

Kari ikan antara makanan favourite Iday.  Biasanya kalau makan dekat mamak, memang menu wajib Iday dan Islam. Iday sebelum ni memang tak pandai nak masak kari ikan sebab Iday rasa macam remeh pulak nak masak rempah kari tu. 



Tapi bila Iday tahu yang kita boleh masak Kari Ikan lebih mudah dan cepat dengan menggunakan Rempah Ratus Mak Siti, Iday cuba masak and menjadi! Hehehe Memang mudah dan cepat.


So, Iday nak kongsikan dekat korang Resepi Kari Ikan Mudah dan Cepat dengan menggunakan Rempah Ratus Mak Siti. Paling best, bahan yang diperlukan untuk resepi ini adalah 7 bahan sahaja termasuk Rempah Ratus Mak Siti. Mudah kan?

Resepi Kari Ikan Mudah Dan Cepat Dengan Rempah Ratus Mak Siti

Masa persediaan : 10 minit
Masa masakan : 40 minit
Hidangan untuk 2-3 orang


Bahan-bahan yang diperlukan :



→ 250g ikan - Iday pilih ikan merah
→ 1 pek 25g Serbuk Rempah Kari Ikan Mak Siti - dibancuh dengan sedikit air
→ Santan - 1/2 biji kelapa atau 1/2 kotak santan
→ 3/4 cawan air asam jawa
→ 1 ulas bawang merah besar / 2 ulas bawang merah saiz kecil
→ 1.5 cm halia
→ 2 sudu minyak masak

Bahan wajib untuk masakan sedap ini mestilah Serbuk Rempah Kari Ikan Mak Siti. Serius tak sangka senang rupanya nak buat kari ikan guna serbuk rempah ni. Paling best sebab ada cara-cara penyedian di bahagian belakan pek. Mudah je :)


Iday pilih ikan merah sebab memang sedap kalau dibuat kari. Islam pon suka. Hajatnya nak cari kepala ikan tetapi dah habis pula dekat pasar. Korang boleh juga guna ikan tenggiri.  



Asam jawa jangan lupa, dekat gambar atas tu takde Air Asam Jawa, boleh tertinggal pula. Make sure ada 3/4 cawan air asam jawa. Ini memang bahan penting. Hehe



Cara memasak Kari Ikan adalah :

1. Panaskan 2 sudu minyak masak terlebih dahulu.



2. Tumis bawang merah dan halia sehingga naik bau



3. Masukkan bancuhan serbuk Rempah Kari Ikan Mak Siti dan kacau rata-rata sehingga garing.






4. Apabila kelihatan garing, masukkan santan, air asam jawa dan ikan.







5. Biarkan sehingga mendidih. Kacau elok-elok supaya ikan tidak hancur. Korang boleh letak sayur bendi untuk menambah sedap kari ikan ni. Iday lupa pula nak beli bendi time ni. Huhu Next time masak wajib ada bendi. Hehe




6. Bila ikan dah masak, boleh siap dihidang bersama nasi. Makan panas-panas memang sedap. Lepas ni tak perlu susah-susah ke restoran mamak. Dekat rumah pon dah boleh masak. Hehehe

Next time kalau nak masak Kari Ikan ni Iday nak letak tomato dan bendi. Terliur pula tengok cara blogger masakan Maha Mahu masak Resepi Kari Kepala Ikan menggunakan Rempah Ratus Mak Siti. Tengok gambar di bawah, tergugat iman puasa Iday. Haha


credit : gambar dari blog www.mahamahu.com

Memang senang betul nak masak dengan serbuk Rempah Kari Ikan Mak Siti. Cepat dan mudah. Bahan-bahan yang diperlukan pon amatlah simple. Tiada alasan untuk takde masa nak masak. Rasa kari ikan tu memang kick and yang penting Islam pon suka makan. 



Kadang-kadang masyarakat ada persepsi yang wanita yang dah kahwin dekat KL ni jarang masak dekat rumah sebab busy kerja. Alhamdulillah, sepanjang kerja and kahwin ni, Iday selalu masak untuk Islam. Lagi mudah bila ada produk dari Rempah Ratus Mak Siti. Banyak lagi jenis masakan lain dari Rempah Ratus Mak Siti ni.


Pelbagai Jenis Rempah dan Produk Rempah Ratus Mak Siti

Dekat dapur rumah Iday tu ada macam-macam produk Rempah Ratus Mak Siti and paling Iday suka adalah Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan. Ini kalau masak, mesti teringat masakan mak. Elok sangatlah tagline Rempah Ratus Mak Siti ni, Ingat Mak meti Ingat Mak Siti. Hehehe



Mak mertua pon kagum kalau menantu pandai masak Kurma. Haha 



Selain dari produk di atas, Iday nak senaraikan produk utama keluaran Rempah Ratus Mak Siti iaitu :

+ Serbuk Rempah Kari Daging 
+ Serbuk Rempah Kari Ikan 
+ Serbuk Rempah Sup 
+ Serbuk Rempah Sup Soto 
+ Sebuk Rempah Rendang 
+ Sup Tulang 
+ Sup Punjut 
+ Sup Soto 
+ Raja Sup



Semua Produk Rempah Ratus Mak Siti ini boleh didapati dan dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket seperti Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco dan Mydin. Iday pon selalu beli produk Rempah Ratus Mak Siti dekat Giant. 

Apa yang Iday suka tentang Rempah Ratus Mak Siti adalah terjamin halal. Paling penting, produk-produk ini tidak mengandungi MSG dan bahan pengawet. 




Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Produk Rempah Ratus Mak Siti

Baru-baru ini pon Iday ada datang ke majlis berbuka puasa dan pelancaran produk terbaru iaitu dalam bentuk botol. Antara rempah terbaru dalam botol adalah Emping Cili, Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit.



Banyak penerangan dan info yang Iday dapat semasa majlis ini. Rupa-rupanya Rempah Ratus Mak Siti ini mempunyai ladang tersendiri dan telah mendapat pengiktirafan sebagai "The Largest Herbs & Spices Plantation" oleh The Malaysia Book of Records (MBR) yang terletak di Muar, Johor dengan keluasan 3,200 ekar. Besar kan?



Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan diisi dengan pelbagai program antaranya sesi memotong reben untuk pelancaran produk, pengagihan duit raya untuk anak-anak yatim dan sesi tazkirah bersama ustaz jemputan. 


Kemudian majlis berakhir dengan sesi berbuka puasa. Korang boleh check video pendek sepanjang event di bawah :)

Apa yang menariknya, kami dihidang dengan makanan 100% menggunakan produk Rempah Ratus Mak Siti. Memang sedap-sedap menu yang dihidang. Paling Iday suka adalah Soto. Tak sempat nak ambil gambar, dah licin habis. Hahaha





Untuk maklumat lanjut mengenai Rempah Ratus Mak Siti, sila layari : 

Laman Rasmi : www.maksiti.com 
Facebook Rasmi : www.facebook.com/rempahratusmaksiti 
Instagram Rasmi : www.instagram.com/rempahratusmaksiti 

Alamat : Rempah Ratus Mak Siti Nasuha Enterprise Sdn. Bhd. Ladang Rempah Ratus & Herba Batu 12, Jalan Muar - Pagoh 84500 Muar, Johor. 

No. Tel : 06-9737508 / 509 
Whatsapp : 017-3309330




Patutlah Paha Awak Besar - 10 Netizen Kongsi Pengalaman Diejek Oleh Penjual

Friday, June 16, 2017
Assalamualaikum,




Hari tu ada baca status Innanie dekat Facebook, cerita tentang dia diejek oleh penjual ketika membeli di Bazar Ramadan. Niat Innanie nak tolong tapi diejek bentuk fizikal pula. Itu kira "Verbal Bullying" taw. Apa teruk la perangai. 

Ini caption dari Facebook Innanie :


"Orang gemuk macam awak ni biasanya pelahap?" 

Ya Allah, mulut longkang betul abang ni. Nak bergurau pon ada batas. Then boleh bantai gelak dengan kawan-kawan dia. 





Tapi respon Innanie memang win. 




Padan muka. Baru dia tahu langit tinggi rendah. Bagi Iday, Innanie memang bertindak dengan bijak, eh kalau akak viral hari tu, selipar dah masuk mulut abang taw. 

So, Iday ada la nampak beberapa netizen kongsikan pengalaman diorang yang lebih kurang sama macam apa yang Innanie rasa and bagi Iday benda ini memang tak patut.

Kalau nak tahu, Iday sendiri dah banyak kali kena. Perli dengan warna kulit Iday. Itu memang dah lali sampai tak ambil kisah sangat. 

Iday ada listkan beberapa pengalaman mereka yang turut pernah diejek oleh penjual-penjual, tak kisah la bazaar or mana-mana. 

#1 Beli lebih dari 1 pon salah?




#2 "Muka macam JANDA je"



#3 "Patutla thigh awak besar"



#4 Melampau usha badan atas bawah



#5 "Sesak ke? Tak cukup duit ke nak beli?"





 #6 "Kalau nak beli, beli jer la, jangan nak pilih-pilih"



#7 "Betul ke 23, nampak tua je"



#8 Perli customer "sotong"



#9 Bebel dengan muka tak puas hati





#10 Salah bagi then marah-marah




Macam-macam perangai penjual ni kan. Iday tak kata semua taw. Ada je penjual yang Iday jumpa, layan Iday elok je. Bukan semua penjual ada perangai macam di atas ni. 

Iday pon pernah kena, masa tu dekat R&R Genting Sempah. Iday tengok-tengok lauk dekat 1 gerai makan ni. Memang Iday sorang je, Islam pon ada cuma dia dah beli dekat gerai lain. Iday tengah confuse nak pilih lauk apa. Tetiba makcik yang jual tu sound "Cepat-cepat la sikit, orang lain pon nak beli jugak" EH. BELAKANG AKU TAKDE ORANG LAIN PON.



Apahal la makcik ni, terus aku cancel beli kat situ. Apahal nak emo tetiba pulak kan. 

So, nasihat aku pada penjual-penjual, bermanis muka la, kalau susah nak senyum pon, jangan la perli-perli customer secara melampau. Lagi-lagi bulan puasa ni. Kena sabar. Hehe

Buat Innanie, sabar ye. Cara Innanie balas balik tu dah mengambarkan yang Innanie ni jauh lagi baik dari dia. Hehe

Korang pernah kena pengalaman macam ni? Boleh share dekat ruangan komen dibawah ye. Kalau suka artikel ni, boleh la share dekat kawan-kawan. Hehehe


Till then, Bye!




sumber komen : https://www.facebook.com/mynewshub/posts/1701695370139654


Street Churros Malaysia @ MyTown Cheras

Thursday, June 15, 2017
Siapa suka makan churros?

Isi dalam luar tapi dalam rangup. Biasanya kalau dekat negara luar, diorang makan semasa breakfast tapi kadang-kadang sebagai dessert atau snack. Sekarang dah memang popular dekat Malaysia.

Lokasi best kalau nak makan churros yang selalu Ida pergi adalah Street Churros dekat IOI City Mall sebab dekat dengan rumah. Favorite Ida adalah Filling Churros Chocolate. Serious sedap!


Then bila Ida dapat tahu tentang Street Churros yang baru buka dekat mall baru iaitu MyTown Cheras, Ida memang happy sangat sebab lokasi dekat dengan office. During lunch or balik kerja, boleh la Ida singgah beli my favorite churros. Hehehe

Kalau tengok gambar header post Ida ni, Ida highlight 2 menu baru churros yang available sekarang. Eh menu baru? Ida dah try and memang kena dengan selera Ida. Jom Ida share dulu dekat korang apa menu or jenis churros yang ada dekat sini. Senang nanti korang nak beli. Hehehe



Street Churros di MyTown Cheras terletak di Lot No, B1.046 Basement 1 Floor. Level tu memang level food court. Kalau korang first time datang MyTown, boleh tanya guard dekat situ. Hehehe

Dulu Islam(my husband) selalu tanya, best ke churros? Sebab dia cakap rasa macam cakoi. Tapi bila dia try yang Street Churros ni baru dia tahu macam mana sedap churros ni. Sekarang ni pon, paling dia suka Churros Fries.

Bestnya dekat sini, korang order baru diorang goreng. So, makan panas-panas lagi best. Lagi satu dekat Street Churros ni ada macam-macam perisa, topping dan filling. Bentuk pon ada macam-macam. Memang puas hati. Hehe

Kalau dekat sini, ada tempat duduk. So, sambil-sambil tunggu churros siap, boleh la selfie. Hehe



Kalau korang datang sini, korang boleh pilih antara menu di bawah:

Mula-mula Ida nak share menu baru dekat sini iaitu Churros Fries dan Stick Churros. Ida dah cuba dua-dua and suka dua-dua. Haha

Churros Fries

Churros fries ni bentuk dia macam fries, panjang-panjang dan kecil sedikit dari churros biasa. Then dia mix dengan 3 jenis perasa yang korang boleh pilih iaitu Sour Cream, Tomato dan Seaweed.



Stick Churros

Stick Churros ni besar sikit dari Churros Fries. Size lebih kurang macam Street Churros(basic) tapi dia buat panjang-panjang macam ni. Ada 3 seasoning juga iaitu Choco, Cinnamon dan Cheese. Paling banyak sambutan adalah Cinnamon. Isi dalam lembut, luar rangup. sedap!



Dua menu di atas ini adalah menu terbaru la, kalau nak check menu lain adalah seperti berikut :

Street Churros

Yang ni kira basic churros dekat sini. Ada 3 perisa iaitu chocolate, cheese dan cinnamon. Nampak warna pon dah tahu kan. Ada beza. Hehehe Yang paling Ida suka adalah chocolate.



Filling Chu


Ini favorite Ida! Churros yang ada filling dekat tengah-tengah. Makan panas-panas memang sedap. Ada 3 jenis filling iaitu chocolate, cream cheese dan custard.


Tak perlu dip dengan mana-mana sauce, dah ada siap-siap dekat tengah-tengah churros. Tunggu masuk mulut je. Hehehe

Ah-Chu

Ice cream churros! Churros + Ice cream, i can't ask more! Hehehe Siapa la tak suka makan aiskrim kan. Then makan pula dengan churros, memang layan. Ada 3 jenis perisa iaitu Choco-choco, Choco Berry dan Mango.



Minuman/Beverages

Selain dari churros, dekat sini pon ada pelbagai jenis minuman. Antaranya adalah :

Fruit Ade - Lemon, Passion Fruit dan Korean Citron. Seriously ketiga-tiga minuman ini adalah favorite Ida. Memang best digandingkan dengan menu churros. Korang kena try taw!



Spanish Latte - Chocolate, Green Tea Latte dan Milk Tea. Islam suka green tea and Ida pula suka milk tea.



Shake - O’My Mango dan O’My Coconut. Kalau korang suka minuman blended, korang patut try. Kalau O’My Mango tu memang pure rasa mango. 



Memang kick la. Then siap ada topping mango sauce. Sedap-sedap hehehe



Sayaiday Review

Outlook: 5/5
Creativity: 5/5
Taste: 4.5/5
Price: 4/5 ($$)
Overall: 4.6/5

Ambiance :
Lokasi best dan luas, selain dari tempat duduk yang disediakan, ada tempat duduk mall berhadapan dengan outlet.

Service :
Self service, kena queue untuk order dan kemudian tunggu nombor dipanggil. Staff layan dengan baik.

Food Service Speed :
Cepat tetapi bergantung kepada crowd customer. Churros digoreng bila dapat order.

Will revisit? :
Mestilah, boleh jadi tempat lepak every week. Hehehe


Outlet  Details

Lokasi untuk dapatkan Street Churros, akan update jika ada sebarang perubahan

One Utama Mall
Lot LG319A Lower Ground Floor,
1 Utama Shopping Centre 1,
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama City Centre,
Bandar Utama,
47800 PJ
Contact : 03-89592110

IOI City Mall
LG-66A Lower Ground Floor IOI City Mall,
62500 IOI Resort City,
Putrajaya.
Contact : 03-76810710


Sky Avenue
Lot No. T2-12, Level T2, Sky Avenue,
Genting Highland Resorts,
69000 Genting Highland,
Pahang Darul Makmur.
Contact : 03-61013110

Berjaya Times Square
Lot LG-36, Lower Ground Floor,
Berjaya Times Square,
No. 1 Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur.
Contact : 03-21106210

MyTown
Lot No. B1.046, Basement 1 Floor,
MyTown Shopping Centre 6,
Jalan Cochrane, Seksyen 90,
Taman Maluri, Cheras,
55100 Kuala Lumpur.
Contact : 03-92011099

Facebook

Instagram

Website


Berita Baik Untuk Pembaca Blog Ida Yang Suka Atau Nak Cuba Churros!

Iday ada 10 voucher untuk dimenangi, voucher 20% Street Churros di outlet MyTown Cheras. Kalau korang menang, korang kena pickup dekat office Iday dekat Bukit Bintang atau jumpa dekat MyTown Cheras.

Nak menang voucher ni? Cuma komen di ruangan komen dibawah ye :)


All the best!

Follow My Instagram

Blog Archive